Si Petite dan Boom Gate

Tuesday, May 17, 2016


Ada yang tak tau boom gate ker? Alaaaa…palang automatic ni haa. Apa kene mengena si petite ngan boom gate nih? Sebab aku menyampah dengan benda nih. Kesian dekat orang petite macam aku. Dah lah comel lote. Tangan pendek. Jumpa plak boom gate. Memang rasa…alahaiiiii… Sampai ker tak nak touch kad nih. 

Kat umah ni baru pasang boom gate. Kalau dulu best je rasa bila pak guard tolong bukak kan. Tapi sejak dikuatkuasakan pasang palang automatic ni, setiap penghuni kena beli touch card nak masuk. Nak tak nak aku terpaksa hadap hari² lah si boom gate. Ni yang jadi masalahnya. 

Ko kena adjust corner untuk dapat kan side supaya dekat dengan tempat touch card tu. Ko kena tinggikan sket badan tu takut terlanggar devider plak. Orang comel lote katakan. Kalau salah adjust, memang tak sampai lah jawabnya. End up pak guard yang tolong bukak kan dengan muka masam mencuka. Relax ah pak guard. Bukan suka suki aku nak soh ko bukak kan palang tu. Dah tangan pendek tak sampai. Nak buat macam mana.  

Kalau kat umah sendiri ok lagi. Kalau gi shopping mall?? Tak sapa nak tolong bukak kan. Ko kena bukak pintu nak touch card. Kekadang kena keluarkan badan sket dari tingkap sebab tak sampai. Kesian tau kat orang petite ni. Tu adjust corner tak betul lah sampai kena keluar. 

Gittew lah kisah orang petite dan boom gate nya. Tapi kelebihan orang petite ni best tau, sentiasa nampak awet muda even anak dah empat…erkkkkk…hahahaha…. #jangankecamsaya

Note: Sorry kawan. Tak dapat nak BW lagi. Mana yang sempat jer. 



You Might Also Like

15 comments

  1. Hihi, aloh pak guard jangan marah nak buat macam mana kan. Memang tak suka jugak gate macam tu. Eh blog dah lain, lawa laah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nani. Termasuk dlm job scope kot. Bukan sengaja nak buat tgn tu x sampai.

      Delete
  2. SALAMM PAGI FIZA...MASALAH KECIL JE TU YG PNTING SUKAHATI KAN..

    ReplyDelete
  3. Yg org tunggi pun kadang-kadang siap kena buka pintu tak sampai nak touch...hehehe.

    ReplyDelete
  4. Ciptaan Allah memang ada hikmahnya - comel awet muda:)

    ReplyDelete
  5. hehehe...ni ko kena wat mcm ala2 mr bean aje niii

    ReplyDelete
  6. heheh..bertabah je lah kan.. prefer gate y manual tu je..y pengawal keselamatan jaga & hulur kad

    ReplyDelete
  7. hahah aku pun tak suka kalau kena keluar masuk gate gini. sama la cam amik ticket kat shopping mall... confirm2 aku kena bukak pintu nak capai. dulu kat umah camni gak. skang dah upgrade macam smart tag, bezanya tak perlu ada device tu, kad tu saja pun ok dah. just wave dr dalam kete tak perlu bukak tingkap. lega sangat haha

    ReplyDelete
  8. Kalau tangan tak sampai, keluar le sekejab ikut pintu.. :p

    ReplyDelete
  9. Bila masa tukar template nih???

    Hahaha... kalau macam tu apa kata saya beri suggestion yang bernas sikit. Ambil sudip plastik yang buat halau lalat tu, gamkan card kat situ. Nanti dah sampai depan gate ni, tepuk ajelah macam kita pukul lalat tu. Hahaha!

    Yalah, yalah, I tak kecam! I rasa meluat aje dalam hati dengar statement last tu ^_^

    ReplyDelete
  10. Nasiblah keta mak kecik je tapi orangnya beso haha so kuranglah masalahnya. Kalau sesekali side tak cantik tu mmg bukak pintulah jawabnya

    ReplyDelete
  11. aduhai...
    seksa ekk? sabo nyer la fiza.

    ReplyDelete
  12. Hati hati... Pastikan free gear... Takut terlajak tekan

    ReplyDelete
  13. I pun tak suka benda ni. rumah I takde tapi kalau pegi mall mesti kena hadap benda ni -_-

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive