Alarm Clock!!!

Tuesday, June 14, 2016

Salam Ramadan ke 9. Kejap jer dah 9 hari kita berpuasa kan. *ayat cliche sangat kau kan...hahaha... Masih setia bangun sahur ker? Ker pernah terlajak sahur. Aku buat masa ni masih setia bangun sahur. Tak pernah terlajak lagi. Maklumlah... ada alarm clock baru yang tolong kerjutkan. Bersaing² ngan alarm clock kat HP. Tengok sapa dulu yang bernyanyi²...ekekeke...


Ni lah alarm clock nya. Bley kata hari² bangun. Nak sahur jugak gamaknya. Kalau bangun aku dah siap prepare untuk sahur tak per gak. Ni kekadang aku terbangun dia pon bangun jugak ko. Kelam kabut dibuatnya sebab nak kena susukan dia....Haishhhhh...

Jangan tak tau. Berderet² alarm clock aku set kat HP. Start dari pukul 4.00 pagi. Tak nak terlepas sahur punya pasal. Korang pon berderet gak kan. Ni dah bertambah lagi alarm clock aku. Alarm clock tak bunyi lagi dia dah bunyi dah.

Pagi tadi boleh plak si harraz ni bangun pukul 3 pagi. Awal sangat nak hoiii awak kejut ibu bangun sahur. Berjaga sampai lah pukul 5.20 pagi ni. Menyusu kejap pastu dah tak nak. Soh tido pon tak nak. Main lah kau sorang². Multi tasking aku sahur pagi tadi. Sambil makan sambil kaki henjut rocker. Baru lah anak soleh ni tido. Merengek sket dia pagi ni. 

Di sebabkan kemengantukan yang amat sangat bangun pukul 3 pagi, curi lah masa sket tido dalam 15 minit. Selalunya lepas sahur aku tak suka tido balik. Sebab kalau bangun dari tido lepas sahur tu ngantuk dia lagi lain macam. Rasa malas nak bangun gi kerja pon ada. Ni dah berpuluh kali menguap dah. 

Korang bangun sahur pukul berapa? Tido balik tak lepas sahur tu ☺☺

Note: Balik awal pukul 4.30 pm pon jalan sesak jugak. Stress jer rasa.


You Might Also Like

13 comments

  1. bangun pukul 4 pagi...tido balik..kul 6.30 bangun semula...hehehe..kekadang tak tidur

    ReplyDelete
  2. haha, samalah kiter pun ada alarm sahur..tapi entah kenapa hari ni hampir terbabas sahur..lagi 15 minit nak habis...

    ReplyDelete
  3. Kakak rasa rata-rata yg ada baby sebenarnya kalau tak ada alarm clock pun tak apa ramadhan ni. Cuma jgn dia pun lena sama habislah tak bersahur satu rumah:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum & Salam Ramadhan Fiza,

    Special alarm clock Fiza.. Harraz bangun teman mommy sahur..

    Samalah kita, saya pun set alarm banyak kali start pkl 4.00 dan setiap 15 minit hgga waktu kemuncak 5.30 am.. Heheheh takut tak sedar.. ;-)

    ReplyDelete
  5. baby saya pun memang jadi alarm clock saya. pernah kalau dia tak bangun, saya pun bangun lewat jadinya

    ReplyDelete
  6. I bangun pukul 5am. pastu hari hari berazam taknak tdo balik tapi lepas je subuh auto tergolek . hahahah

    ReplyDelete
  7. Awalnya dia terjaga nak bangun sahur. Haha

    ReplyDelete
  8. Alarm hp aku satu je babe..hehehe.. ;) amboiii alarm kauuu seawal 3 pagi takde ampun..kekekeke..

    ReplyDelete
  9. ini alarm clock yang paling win...paling best dan paling ori..kan Harraz...teruskan bertugas Harraz,,

    ReplyDelete
  10. puasa tahun ne 3 kali fae missed sahur huhu

    ReplyDelete
  11. Setakat ni masih bersahur macam biasa. Belum terlajak lagi. Saya selalu bangun pukul 4.30 pagi. Sahurnya pukul 5 pagi. Lepas tu tunggulah sampai masuk solat. Time anak tak sekolah adalah juga tidur kejap lepas solat. Time anak sekolah, tak dan nak menguap. Terus buat kerjarumah apa patut.

    Saya pun alarm clock berderet tapi macam yang dalam gambar ni takdalah ^_^

    ReplyDelete
  12. dah besar dah baby fiza, yg ni mmg alarm clock setia, asal kita bangun dia pun sedar juga

    ReplyDelete
  13. salam Ramadhan buat fieza n co..
    moga smuanya sihat2 aje ye..

    lya klo bgn sahur awl jam 3-4pg..tdo dlu..
    kdg klo terlewat, smpai k wktu imsyak.. mmg x tdo la.. trs solat.. lps tu tdur sejam..sblm g keje. hehe..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive