Beraya dengan Orang Baru??

Tuesday, July 26, 2016

Haishhhh... Ingatkan dah habis citer pasal raya. Ada lagi rupanya... hehehehe... Alaaaa... rajin plak jari ni main taip². Kebetulan idea pon datang mencurah² plak pagi nih. Maka terhasillah citer ni. 


Ini lah dia orang baru tu. Tahun lepas raya berlima. Tahun ni erkkkkk... macam magic plak. Sekejapan jer dah bertambah lagi sorang... Alhamdulillah. Baik budak ni. Tak banyak ragam pon. Meragam pon kalau perut kembong, nak susu dengan pampers kotor. 

2015

2016

Gambar raya tahun lepas dengan tahun ni. Yang pasti baju raya kau tetap sama...hahahaha... Dan yang lain bila bertambahnya sorang dalam gambar nih. Sekejap jer anak kau nak empat yerp.


Bila anak dah bertambah ni. Maka masa untuk bersiap pon akan bertambah masanya. Bila ada anak kecik ni faham² lah kan. Keperluan dia kena siap kan. Anak² yang lain boleh mandi sendiri dan siapkan diri sendiri. Si kecik ni kau kena mandikan dia dan siapkan dia dulu baru kau boleh bersiap. Nasiblah si harraz ni nyusu badan. Tak perlu nak siapkan keperluan susu.

Tapi tu lah... Kalau gi beraya umah orang atau keluar gi jenjalan, kawan baik tak boleh tinggal. Memang kena bawak sentiasa. Apa tu? Nursing cover lor... hehehe...

Note: Nak masuk 5 bulan dah si Harraz nih. Cepat betul rasa.



You Might Also Like

9 comments

  1. Magic, seronok tgk anak berderet emak maintain ja.
    Fiza, da kena tukar caption kat profile blog... hiii.

    ReplyDelete
  2. Alohr, hensem ya harraz berbaju melayu.. Sekejap je dah 5 bln.. Rasa mcm baru kg akak bersalin..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. beraya berenam ;)

    ReplyDelete
  4. alaaa sedap nyer bau org baru nie..muah ciked!
    jom baca entry baru aku beb..giler bloglist tak naik.

    ReplyDelete
  5. comel dia dah pakai baju melayu ye...

    ReplyDelete
  6. betnya beraya dengan orang baru kan

    ReplyDelete
  7. sekejap jer dah besar baby baru nya..selamat hari raya untuk fiza sekeluarga.

    ReplyDelete
  8. comelnya baby harraz pakai baju melayu =)
    haha...saya tahun lepas pun pakai baju lama aje fiza
    apa kisah, janji raya..haha

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive