Bila Anak Buat Permintaan

Monday, July 18, 2016

Bukan sebarang permintaan. Memang banyak permintaan dari anak². Setakat nak buku kaler... Nak kaler warna atau nak makanan si ibu boleh bagi lagi. Tapi permintaan nan satu ni buat ibu garu kepala yang tak gatal, pening kepala secara tiba² dan hati rasa sendu tak semena². Permintaan dari the one and only Princess in my heart. Apa permintaannya???


Haritu #qahirah request:

Q: Ibu... Nak baby lagi
I: Tu, kan ada baby #ImanHarraz 
Q: Tapi kita nak baby girl. Sian kita sorang² pompuan. Tak der kawan 😔😔

Kau ghase??? Touching sentap syahdu dan macam² emosi bercampur baur ibu kau ni dengar nak. Tak der permintaan lain ker kakak? Masih terbayang sakit bersalinkan Iman Harraz bulan february haritu. Ni dia nak soh kau beranak lagi. Nak soh bagi dia adik pompuan. Kalau ibu beranak lagi dapat plak baby boy. Acaner tu kakak?


Alahaiiii kakak. Kawan jer lah ngan ibu yerp kakak. Walau pon ibu garang. Walaupon ibu hari² jadi makkauhijau dan tarzan. Skang ni kita ayik jadi kawan bergaduh jer. Sebab kakak suka cari pasal dengan ibu kan. Kekadang ibu sengak suka cari pasal ngan kakak.... Hahahaha.... Tapi satu hari nanti kita pasti akan jadi kawan baik jugak kakak. Sebab dalam umah tu kita berdua jer pompuan kakak. 

Korang jangan usul kat aku soh beranak lagi sorang yerp. Umur dah makin lanjut ni memang tak sesuai dah nak mengandung lagi, Cukuplah pengalaman [Penangan Darah Rendah] yang buat aku pitam kat skolah Qahirah awal tahun haritu. Korang yang masih muda ni silalah menambah umat Muhammad. Kalau mengandung dah melebihi usia 35 tahun memang terasa kelainannya. 

Lagi pon expenses untuk anak² kecik ni makin meningkat. Baby jer skang ni RM450 kat tempat aku. Paling tinggi kat area Bangi ni RM500 untuk seorang baby. Tu belum masuk expenses lain lagi. Kalau boleh memang tnak tutup kilang dah. Tapi kita hanya merancang. Siapa kita yang nak menidakkan apa yang telah dirancangkan olehNYA. Kalau diberi rezeki lagi, aku terima. Setiap anak tu dah tertulis rezekinya kan. 

Note: Bila nak citer pasal raya ni haaaa... ☺☺☺ 


You Might Also Like

13 comments

  1. uit.nampaknya tak boleh la nak ttup kedai lg ni..heheh

    ReplyDelete
  2. selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D hehehe..layankan je

    ReplyDelete
  3. kak... mahalnya..huhuu.. Mikhail, dari kecik sampai sekarang rm350. tu pun penat nak membayar.. tapi berbaloi la ada yang nak jaga anak kita.

    ReplyDelete
  4. alala pandainya dia nak request adik :D

    ReplyDelete
  5. Alah kak..takpe aunty ade 2 anak dara yang sama bagi aunty hijau hari-hari..kekeke..meh kawan dgn anak aunty mehhh ;)

    ReplyDelete
  6. Takpe.. nanti pasti jadi kawan baik ibu dia bila dah besar nanti...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    sila citer pasal raya pulak

    ReplyDelete
  8. Sabar sikit ye kakak bagi ibu rehat sekejap.
    Lepas ni bolehlah jgn takut ibu tak kisah pun..:)

    ReplyDelete
  9. haha..nice girl..sian dy...bg la ibu!! hikhikhik

    ReplyDelete
  10. sedap die order ye fiza heheehehe..mcmbeli anak patung kat kedai dah caranye heheeheh...tapi bijak die fiza..tau nak berkawan kan...

    tu laa lieya ni darah rendah mmg takut kalo peknen balik... kene extra jaga2 laaa..siap lee vitamin pun lebih...masa peknen mija kene mcm tu dulu...pil zat besi tu sampai 3 bijik sekali ....tapi tak naik2 jugak...

    ReplyDelete
  11. Permintaan yg hampir sama.. Dr aiman dan papa.. Cuma aiman nk adik yg dh pandai jln dan blh berckp.. Mn nak dpt..?? Huhu.. Maknya nih dah tua utk pegang baby.. Xlarat sudah.. Hhuhu

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive