Pelancaran Scott’s® DHA Gummies untuk Bright Little Explorers

Monday, August 29, 2016


Makanan tambahan untuk anak² seperti Vitamin adalah sangat penting untuk memantapkan ketahanan sistem badan anak². Bermacam2 jenis vitamin yang ada dipasaran skang nih. Tapi ada masanya anak² agak memilih dalam pengambilan vitamin. Mungkin tak menepati citarasa mereka. Memahami keperluan ini, Scott’s®… Jenama makanan kesihatan tambahan kanak² nombor 1 di Malaysia telah memperkenalkan produk yang inovatif dan menyeronokkan dikenali sebagai Scott’s® DHA Gummies.


Apa DHA tu? DHA (Asid Docosahaxaenoic) merupakan sejenis asid lemak Omega-3 yang penting untuk pembentukan otna dan mata, serta Vitamin D yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan yang sihat. Scott’s® DHA Gummies dilancarkan sebagai tambahan kepada produk warisan Scott’s® Emulsion Cod Liver Oil. Ianya khusus untuk kanak2 berusia empat tahun dan ke atas.


Saya telah berpeluang untuk turut bersama² dalam majlis pelancaran Scott’s® DHA Gummies yang berlangsung di Aquaria, KLCC. Di majlis pelancaran itu, Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Malaysia dan Brunei, Stacy Wallace berkata, produk baru Scott’s® DHA Gummies memastikan usaha seoran ibu dalam menyediakan cara yang lazat dan menyeronokkan untuk menbantu anak² memenuhi pengambilan DHA harian mereka. DHA membantu menyokong fungsi dan pembangunan otak yang normal. Otak yang berfungsi dengan baik dapat membantu menyokong kebolehan kognitif seperti pembelajaran, perhatian, ingatan dan penyelesaian masalah. Matlamat Scott’s® DHA Gummies adalam untuk membantu ibu² yang sering menghadapi cabaran dengan jadual harian yang padat dalam pengambilan DHA harian untuk anak mereka.


Scott’s® juga telah menjemput seorang pakar kanak² iaitu Dr. Ali Azman Minhaj yang berkongsi pengetahuan mengenai kepentingan DHA semasa fasa kanak-kanak semakin meningkat dan berkongsi lebih mendalam mengenai peranan penting DHA dalam pembangunan kanak².

Didatangkan dalam 2 versi. Botol dan juga plastic.

Scott’s® DHA Gummies ni didatangkan dengan dua perisa iaitu perisa orange dan juga strawberry serta dalam tiga bentuk hidupan laut yang berbeza. Memang cute sangat tau. Rasanya jangan cakaplah. Dijamin sedap sebab kau yang dewasa nip on makan seketul terus jatuh cinta. Tak cukup seketul tambah berketul² makan. Cer bayangkan kalau anak² makan? Boleh habis sebotol dalam waktu yang singkat kalau tak control sebab tersangat sedap rasanya. 


Tengok lah ni. Si ayu dan si rongak... hahaha... Muka puas hati sebab dapat Scott’s® DHA Gummies yang sedap ni. Bersempena dengan pelancaran Scott’s® DHA Gummies, Scott’s® turut melancarkan kempen 'Bright Little Explorers' dimana pelbagai program untuk anak² untuk meneroka didalam Aquaria seperti 'Discovery Hunt' dan 'Sleep with Sharks'. Ini merupakan sebahagian daripada aktiviti menguji minda. Dengan menampilkan aktivi²yang merangsang otak, kempen 'Bright Little Explorers' telah dibangunkan untuk mencetus rasa ingin tahu kanak² terhadap alam semula jadi.


Nampak tak anak² #makanakempat tu ☺


Excited memasing nengok hidupan laut kat dalam Aquaria nih. Almaklumlah... 1sti time masuk sini. MakPak pon sama teruja gak nengok ikan besar².


Disamping pelancaran Scott’s® DHA Gummies, Scott’s® juga melancarkan aplikasi realiti tambahan yanbg dikenali sebagai 'Blipper'. Tujuannya bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan maklumat tambahan mengenai DHA selain dari aktiviti² yang menyeronokkan seperti permainan teka teki dan gerai foto maya. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Scott’s® DHA Gummies dan produk² lain keluaran GlaxoSmithKline, boleh layari:



Jangan lupa dapatkan Scott’s® DHA Gummies yang super duper sedap ni di semua kedai² runcit utama diseluruh negara. Disarankan beli lebih sebab nanti tak cukup kalau beli sebotol ☺


You Might Also Like

6 komen

  1. amboi...sukanya dia...berperisa...memang sukalah budak2 ni makan kan...

    ReplyDelete
  2. best kan.. tp kalo ramai orang aduhh tak leh nak duk lama2.. jadi mcm semput rasa.. hahahha

    ReplyDelete
  3. WAH BAGUS NI PRODUK MKANAN KSHTAN UTK ANAK2

    ReplyDelete
  4. Wahh menarik ! Bagus ni untuk anak anak :)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive