Dugaan Ibu Menyusu | Part 2

Thursday, September 01, 2016

Curlass ko jah. Siap ada part 2 lagi. Part Pertama kisah 3 tahun lepas hokey... [Dugaan Seorang IBU Yang Menyusukan ANAKNYA!!]. Lama giler nak ada sambungannya kau. Bila ada baby baru. Haruslah ada citer baru kan. Banyak lagi citer pasal breastfeeding yang aku nak kongsi. Mohon tabahlah korang membacanya nanti yerp. Baca citer ni dulu.


Ni citer minggu lepas. Biasalah... Budak sorang ni bukan main kuat lagi menyusunya. Selalu aku bekalkan 18 - 20 oz. Tapi haritu boleh plak tak cukup. Inilah antara dugaan ibu menyusu. Kau kena emergency balik bila bekalan susu ibu yang kau bekalkan pagi tu tak mencukupi. 

Nursery whatsapp dalam pukul dua macam tu. Kata susu Harraz nak habis dah. Perghhhh... Pukul tiga pon belum lagi nak oiii. Apsal cepat sangat habisnya. Memang production susu aku sedikit drop haritu. Gara² breastpump nyer suction tak kuat. Jadi mood mengepam pon agak kelaut. Tak sedar diri lagi yang stok susu beku tinggal 2 botol jer haritu. 

Nasib lah bos tak der. Aku kluar awal sikit. Ngam² aku sampai dalam pukul empat tu memang susu harraz dah kering kontang. Nasib jugak keja kat Cyberjaya. Kira denkat jugak lah dari rumah. Kalau jauh? Hurrmmmm... Tak nak lah bayangkan... hehehe... 

Kekadang bila aku bekalkan lebih. Tak habis susunya. Sayang tau kalau tak habis. Kalau dok umah memang dah sure si Harraz nak puting original. Dah ada depan mata kan. Takkan lah kau nak hisap botol plak. Sebab susu kalau dah dicaikan tak boleh dibekukan balik. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku). Kau ingat senang nak handle EBM. 

Bila bekalkan ngam², boleh plak habis susunya haritu. Nursery cakap sebab Harraz tak berapa nak tido sangat. Tu yang cepat susu habis. Bangun malam skang pon kerap jugak nih. Dulu tak der lah macam ni. Aku perasan dia kerap bangun lepas baik demam haritu. 4-5 kali gak lah bangun malam. Sket lagi bley kawan ngan panda sebab mata pon dah nak sama... hehehe...

Note: Fasa menyusu gaya bebas sudah bermula ☺☺


You Might Also Like

4 comments

  1. uish...teringat masa BF si naura...mmg tengahari akan balik utk BF kan dia..stock mmg jangan cakap la..rasa nak tukar je dengan susu tepung...moga allah permudahkan urusan fiza..jangan down k...heee

    ReplyDelete
  2. hai kak..gitu lah cabaran ibu menyusu,,mata panda ngan ibu menyusu berpisah tiada..kiki

    ReplyDelete
  3. kita pernah rasa masa kerja.. kita harapkan en husband hntr stok susu dlm peti ais sekali dia terlupa.. pengasuh call jue susu takder.. dah kena pusing balik rumah.. huwaaa

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive