Dutch Lady | ‘Mak Kata, Saya Anak Bijak’

Sunday, September 04, 2016

sh

Bijak ker saya? Itu mak yang kata. Bijak tu subjective yang membawa banyak maksud. Tak semestinya belajar pandai tu bijak. Habis yang belajar setakat cukup makan tu tak bijak lah yerp. Mak saya pernah kata, biarlah kalau kita tak tinggi dari segi ilmu pelajaran. Tapi kita tinggi dan kaya dengan budi Bahasa dan adab sopan. Itu pon dah dikira bijak.


Mak saya dulu sekolah pon tak tinggi. Biasalah… hidup zaman jepun dulu kan. Macam² dugaan yang mak kena tempuh. Tapi mak tak patah semangat. Tetap usaha nak belajar. Dapat mengenak huruf, dapat membaca dan mengaji pon mak dah rasa bersyukur. Even pelajaran mak tak tinggi. Tapi mak dapat besarkan anak² dengan ilmu pelajaran. Pesan mak, walau susah macam mana pon nak cari ilmu, kita kena bijak cari ruang dan peluang. Kena usaha. 

Nak mendidik anak² dizaman serba moden dan canggih ni memang banyak cabarannya. Memandangkan budak² sekarang lebih advance dari segi teknologi , perbuatan dan tinngkah laku. Sangat berbeza dengan zaman kita dulu. 


Betapa pentingnya didikan dari segi agama, budi Bahasa dan adab sopan. Pesanan yang saya terima dari mak dulu saya turunkan pula pada anak². Selalu ingatkan anak² betapa pentingnya ilmu. Hormatilah pada semua orang terutama ibu bapa dan guru. Apa guna kalau ada ilmu yang tinggi tapi kurang sempurna dari segi budi Bahasa dan adab sopan. Banyak lagi pesanan mak sebenarnya. Kalau nak citer semua memang panjang.


Oh! Ya... Mak juga pesan yang sarapan pagi tu penting. Tiap² pagi saya akan pastikan anak² akan bersarapan dulu sebelum pergi sekolah/nursery supaya mereka lebih bertenaga. Atau saya akan bekalkan dengan air kotak Dutch Lady. Orang yang bersarapan pagi lebih sihat berbanding orang yang tidak bersarapan kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tidak makan di waktu pagi dan anda akan lebih cepat merasa lapar. 


Anak² memang penggemar product Dutch Lady nih. Nak tau tak, apabila anak² membesar, mereka akan melalui tahap² kebijaksaan yang berbeza. Orang kata semakin meningkat usia tahap pemikiran juga akan meningkat. Dutch Lady 4-Tahap Nutri Plan™ sesuai untuk ibu² diluar sana dimana 4-Tahap Nutri Plan™ˇ Dutch Lady dengan 5x DHA adalah satu program nutrisi yang membantu menyokong perkembangan Si Manja di setiap tahap kebijaksanaan: CURIOUS, EXPLORE, CREATE & LEARN. Bermula dengan CURIOUS (1-2 tahun). EXPLORE (2-4 Tahun), CREATE (4-6 Tahun) dan LEARN (6+ Tahun)


Duth Lady juga sedang menganjurkan peraduan Mak Kata Saya Anak Bijak. Anda cuma perlu kongsikan apa nasihat yang pernah diberi oleh mak anda dan anda turunkan nasihat itu pula pada anak. Macam nasihat yang saya dapat dari mak yang saya kongsikan ini. Peraduan bermula dari 1 Ogos  - 30 September 2016. Pemenang mingguan berpeluang memenangi jamuan teh bersama Scha dan anaknya Lara beserta camera instant. Menarik kan. 

Manakala 250 penyertaan pertama akan menerima voucher RM50.00 setiap minggu. Untuk maklumat lanjut, boleh layari [www.smartmoments.com.my]. Jom sertai. Mana tau anda antara yang bertuah dapat jumpa Scha dan Lara.

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive