Resepi Kek Batik Cream Cheese Paling Simple!!

Thursday, September 01, 2016

Kalau sebelum ni buat kek batik biasa² jer kan. Kali ni cuba try buat kek batik letak cheese plak. Kiranya kek batik berlapiskan cheese gittew. Sekali buat rasa nak buat berkali². Serious tersangat lah sedap nya woihhhh. 


Cer tengok ni. Bila milo, serbuk koko dan cheese bergabung. Silalah bayangkan kesedapannya. Memang thorbaikk sangat. Actually ni kali kedua aku buat. Kali pertama dulu agak selekeh dan tak cukup biskut. Letak pon dalam bekas. Agak rasa tak puas hati disitu. Semangat membuak² nak  buat lagi tu datang. Jadinya semalam #makanakempat ni gigih lah buat. Korang sibuk beratur gi Secret Recipe nak beli kek murah kan. Aku plak gigih sinsing lengan kat dapur buat kek batik nih. 


Kek Batik Cream Cheese fresh from freezer. Gambar kedua tu dari pandangan atas. Gambar ketiga dan keempat tu lepas dah diterbalikkan. Barulan nampak senunuh dan kemas sket. Bolehlah kalau nak buat meniaga kalau cenggini kan...hehehe... Kalini aku buat dalam loyang kek. Senang sket. Ok... Tak nak bebel panjang. Silalah salin resipi paling simple ni yerp. Kalau dah resipi simple cenggini pon kau malas nak buat, baik kau order jer lah. 


Bahan² nya

125g @ 1/2 ketul butter
1 Cawan susu pekat manis *kalau kuat manis kau letak satu tin terus
1 Cawan Milo
1/2 Cawan serbuk Koko
1 Bungkus Biskut Marie
1/2 Cawan Susu Cair *fresh milk pon boleh asalkan susu

Filling Cream Cheese

250g Cream Cheese
1/2 Caawan susu pekat
2sb Susu cair
Blender semua bahan diatas. 

Cara² membuatnya

1. Pecah² kan biskut Marie 
2. Panaskan kuali paling cantik kau ada dan cairkan butter
3. Masukkan susu pekat dan kacau
4. Tambah serbuk koko dan milo
5. Masukkan susu cair dan kacau sebati
6. Masukkan biskut marie dan kacau lagi bagi rata
7. Sediakan loyang dan lapik dengan plastik. Kalau tak der kau pakai apa² bekas pon boleh
8. Letak biskut dalam loyang, ratakan dan padatkan biskut tadi pada dasar loyang
9. Tuangkan cream cheese atas biskut yang dipadatkan 
10. Letak lebihan biskut atas cream cheese tadi dan simpan dalam freezer sekurang² nya 3 jam. Bawak bersabar yerp.
11. Keluarkan dari loyang dan taburkan milo kat atas tu. Kalau nak tabur apa² pon boleh. Nak letak choc ganache pon sedap gak. Jangan kau tabur pasir sudah... hahaha...

Senang sangat kan. Masa memula buat dulu aku pakai seketul cream cheese tu. Pasti biskut plak tak cukup nak menutup filling cream cheese. Compang camping dibuatnya. Tapi kalini aku lebihkan biskut marie dan cream cheese tu aku pakai 125g bersamaan dengan separuh jer. Memang cantik betul kejadiannya kalini.

Bagi aku lagi senang buat dalam loyang instead of dalam bekas sebab senang nak potong. Nampak sket kemasnya. Haishhhh... Tak sabar nak balik rumah nak bedal kek batik cream cheese hasil airtangan sendiri ni. Penggemar choc dan cheese  memang macam nih. Thanks to Azlina Ina Fans yang berkongsi resipi. Banyak resipi best² dan simple ada kat situ, 

Note: Rasa macam hari senin plak harini.



You Might Also Like

5 comments

  1. Lemak bersari ni Fiza memanglah sedap teramat.

    ReplyDelete
  2. kemain rajin ko babe..aku ni idok ler rajin cenggini..rajin makan jek..kekeke..

    ReplyDelete
  3. Memang best..
    Tu tengok gambar je.. Kalau dapat makan lagi syok..

    ReplyDelete
  4. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini.Moga sihat2 selalu yer. memang best kan, Kalau KA angah je rajin membikin he3

    ReplyDelete
  5. Double sedappp niii!! nanti nak cuba jugak.. thanks for sharing!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive