Salam Aidiladha 1437H & Selamat Bercuti

Friday, September 09, 2016

Ada yang cuti panjang ker minggu depan? Rasanya ramai yang sambung cuti seminggu sebab Jumaat tu Hari Malaysia kan. Pastu bebudak tengah cuti sekolah seminggu. Memang elok lah cuti direct. Aku Raya Qurban ni mereput kat rumah sebab terpaksa korbankan cuti 3 hari gara² nursery tutup. Tiga hari wei. Dah lah cuti aku tak banyak. Balance cuti sampai bulan ni berkaki sehari jer... huhuhu... Nak tak nak terpaksa gak amik cuti. Sapa nak jaga anak².


Ok lah... Nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Hari last day kerja. Jadinya blog pon bakal bercuti seminggu. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke.. 

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Note: Bercuti kat umah jer lah nampaknya. 



You Might Also Like

4 comments

  1. Selamat HAri Raya..
    Sama la kita.. CIk ABang ot 16 jam.. Beraya sorang je la dengan tv.. T__T

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya kak Fiza sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. kat rumah pun banyak siaran tv best2..hehehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive