Alaaaaa... Dah 8 Bulan Ker???

Monday, October 31, 2016


Alaaaaa... Kenapa dah 8 bulan. Alaaaa... kenapa cepat sangat awak membesar ni nak ooiiiii. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni ha. Sekejapan betul dah 8 bulan. Tak puas rasanya mengulit baby ni. Baby yang ada ni pon makin besar. Boleh tak kalau jadi baby jer. Tengok baby rasa macam.. haishhhh... Semacam plak. Kau jangan macam-macam #makanakempat. Cukup dah lah empat orang ni haaaa. Tu pon dah naik semput dibuatnya. Dengan kos living yang makin meningkat ni kan. 

Alhamdulillah... Membesar bagai johan anak soleh Harraz ni. Demand susu makin hari makin tinggi even dah start solid food. Stock susu ibu dia ni pon memang dah tak der. Hari-hari Harraz dapat susu fresh. Makan pon kuat jugak ni. Hari-hari habis bekalan makanan dengan susu. 

Makin melasak setiap hari. Gigi pon masih belun tumbuh lagi. Elok jugak tu. Tak der gigi pon asyik dok menggigit jer kerjanya. Sakit pulak tu. Kalau ada gigi mau gerun ibu kau dibuatnya. Benda yang paling ditakuti oleh ibu menyusu bila anak kau dah tumbuh gigi. Bersiap sedia lah kau yerp. Merangkak pon belum lagi. Dari haritu dok practice angkat punggung. Tapi free gear jer lah. Tak per lah... Development budak lain-lain. Relax sudah lah ibu. 


Dah pandai mengutip woihhh. Semalam dah selamat kemam kertas,,, ppffttt... Kena bagi extra attention nih. Kalau mengesot kemahen laju lagi. Nak pakai pampers skang pon bukan main susah. Asyik nak memusing jer. Mandi pon dah tak pakai air suam. Mandi air sejuk jer. Ibu kau ni dah malas nak siapkan air mandian anak dia... hahahaha... Tu jer lah kisah anak ke empat nih.

Note: Kejap jer dah nak masuk penghujung tahun kan.

  

You Might Also Like

10 comments

  1. sekejapnya rasa..dah 8 bulan dah dia....moga membesar dengan sihat ye awak!!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat...Amin..Amin.. :)

    ReplyDelete
  3. comelnya.. kejap jer dah 8 bln.. nampak sangat lama benor jaa tak singgah..hehe..

    ReplyDelete
  4. wah dah 8 bulan.

    hehe biasalah time ni semua benda nak kutip. pantang leka sikit nak masuk mulut

    ReplyDelete
  5. Sehatnya dia.. kiut.. comey.. Geram lak tgk.. haha.. Bebudak skrg cepat membesarkan.. samala cam anak lea tu..

    ReplyDelete
  6. why why why..sekejapan je derang nie membesar..xpuas lagi nak bau masam ailio iye tuh..ehehehe..amboiii, makin membesar bagaikan johan..haha..betul la tuh fiza..lain budak lain tumbesarannye..yg penting sihat..;D

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat membesar dan sihat selalu.

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt... tak puas lg mengulit baby..
    Kejap kan baby kita membesar?

    Hahaha, boleh geng dengan Aina..
    Saya tertidur kejap jer, celik mata tgk dah penuh kertas dalam mulut.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Biarlah dia cepat besar..... boleh beranak lagi sorang hihi....

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive