What's On My Mind? I Lost My Mind!!!

Tuesday, October 11, 2016

Kisah minggu lepas. Boleh lah nak dijadikan citer kat blog kan. Daripada tak der citer. Pada hal banyak jer yang nak diceritakan. Ok... Straight to the point. 


Baca lah. Aku malas nak taip balik. Ntah apa penyakit nya. Aku pon tak tahu. Maklum lah. Anak dah empat kan. Orang kata makin banyak anak ni makin kurang daya ingatannya. Urat banyak putus gamaknya. Aku pon tak tahu lah macam mana boleh jadi macam nih. Nasiblah aku duduk apartment yang dikawal oleh pak guard. Parking pon kat bawah rumah jer. Dekat pulak dengan pondok pak guard. Kalau jadi apa-apa memang pak guard boleh nampak kot.

Since krisis air. Husband kan kena standby. Jadinya tugas aku kena hantar Iman Hakimi gi tuition. Start pukul 8.30 pm sampai lah pukul 10.15 pm. Setiap rabu dan khamis. Bila dah menghantar gi tuition ni, semua askar-askar kena angkut sekali. Nak tinggalkan budak 6 tahun dengan 4 tahun duduk rumah? Memang tak lah dan memang dorang jenis tak boleh tinggal, Mengikut jer mana ibu dia ni pergi. Ibu dia ni nak mandi pon dok mengacau... 'Ibu buat apa tu'... 'Ibu, kita nak gi jalan ker'... 'Ibu... kita nak kencing'... ppffttt... tak aman kau nak mandi. 

Ok... Sambung citer. Bebudak ni kalau dah masuk kereta perangai memasing memang tersangat lah buat #makkauhijo. Tak reti nak dok diam. Ada jer kerjaan nya adik beradik nih. Especially Qahirah dengan Qhalif. Memang bingit lah dalam keta tu. Di tambah dengan tangisan di Harraz. Menahan sabar jer ibu kau ni ha. Ibu kau ni dah lah penat. Kau dua beradik boleh pulak buat fun fair dalam keta kan.

Bila kau dah penat. Fikiran kau pon melayang nun jauh ke laut china selatan. Kau pon tak check kereta sebelum beredar dimana benda ni kau selalu buat. Kau rasa macam dah tekan alarm kereta. Tapi sebenarnya kau tak tekan pon. Pintu kereta pon tak tutup sebenarnya. Dasar halusinasi betul. Aku tak tahu lah pintu mana yang terbukak. Dan besar mana pintu tu terbukak sebab turun-turun jer jiran dah tolong tutupkan pintu. Sebab tu alarm keta berbunyi. Konon nak tekan dari tingkap bilik jer. Tapi tak boleh. Sekali pak guard jerit kata... 'Kak... pintu keta tak tutup tu'... ppffttt... Cargas aku turun. Ni mesti bebudak ni takdi keluar tak tutup pintu kereta. 

Vitamin apa yang aku tak makan? Makin meningkat muda ni banyak dah vitamin yang aku telan. Nak kena top up Omega nih. Tapi tu lah... Mungkin sebab kepenatan melampau pon iyer jugak kot. Banyak memikir. Sampai kau tak sedar apa yang kau buat kan. Nak kena amik cuti gak lah. Nak 'ME TIME' gittew kan.

Note: Masalah air dah ok. Tapi still kecik lagi air kat umah tu. Jadilah... Janji ada air kan.


You Might Also Like

11 comments

  1. Ni makna dia kau dah penat sangat ni beb..kene rehat kene me time juga atleast relax body n mind.

    ReplyDelete
  2. Ni makna dia kau dah penat sangat ni beb..kene rehat kene me time juga atleast relax body n mind.

    ReplyDelete
  3. memang sakit tuh disini kalau air kena catuu

    ReplyDelete
  4. Saya pun kadang2 ada jugak penyakit lupa nih ... Agak2 ibu anak 4 memang cam tu kot banyak urat putus ...

    ReplyDelete
  5. Kepenatan sangat tu kak.. Omega jgn skip.. B Complex pon ambil sekali.. Bantu kurangkan stress sel2 badan kita ni..

    ReplyDelete
  6. Itu baru betul mak banyak fikir ni Fiza
    Tapi alhamdulillah ada yg tolong ingatkan (tu sebenarnya Allah yg hantar org-org tu utk membantu ingatkan)

    ReplyDelete
  7. Kalau tak ada air memang seksa kan,...

    ReplyDelete
  8. Makan kismis sekilo tiap tiap hari Fiza hihi.....
    Alahai..... mak ni pun kekadang lupa jugak.... faktor umur yg semakin muda. Nak buat macam mana hihi

    ReplyDelete
  9. kau memang supermak mek, hahaha...
    actually aku gelak baca entry kau ni, but bila aku letak aku kat tmpt kau, ye aku phm sgt2. anak aku tiga, tapi mcm ada 30 org bila semua together. bikin aku rasa nak lari dr rmh pun ada. stay strong babe, sama2 kita.

    ReplyDelete
  10. Saya yang anak dua pun banyak urat dah putus, Fiza! Entah tak tahu kenapa, memang asyik lupa aje. Banyak perkara pulak tu! Nasib baik ada jiran yang prihatin dan pak guard. Kalau tidak, tak tahu apa kes lagi boleh terjadi. Mungkin juga anak-anak tak tutup pintu kereta rapat-rapat dan kita bila ada anak kecil ni, lagilah kelam-kabut.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive