10 Favourite Products You Should Buy From ezbuy!

Wednesday, December 21, 2016

Shopping itu satu terapi kan. Terapi sangat bila kau tak payah bersesak-sesak dekat shopping complex. Tak payah susah-susah nak cari parking. Cukup dengan sebuah computer atau sebuah smartphone berserta dengan internet berkelajuan tinggi. Hadap lah kau nak shopping online kat website mana sebab banyak sangat website yang menarik untuk korang membeli belah secara atas talian.


Antara website yang korang wajib terjah sudah semestinya website ezbuy. Sebab apa? Sebab korang akan rambang mata dibuatnya kalau dah masuk dalam ezbuy ni. Dah lah banyak pilihan. Murah pulak tu. Tengok barang kat bahagian women, berkenan. Tengok pulak barang kat bahagian Home and Garden, berkenan jugak. Lepastu masuk pulak bahagian Toys and Kids, terus sawan. Erkkkk… Banyaknya barang yang aku berkenan.

Tapi kalau diberi pilihan untuk membeli belah dalam ezbuy ni, aku tak pilih banyak pon (iyerlah tu ☺). Cukuplah 10 barang yang aku berkenan nak beli. Apa barang-barang tu? Ini dia:


Kalau dah #makanakempat kan. Kerjanya memang memasak tiap-tiap hari. Kecuali kalau kau malas masak. [Kitchen Pan non-stick] ni sangatlah penting bagi aku sebab kuali kat rumah tu pon dah minta ditukar. Paling menyampah kalau kau goreng ikan lepastu ikan tu melekat kat kuali. Boleh hancur ikan kau dibuatnya. Time tu jugak mood kau merudum sebab ikan yang kau goreng tu dah tak serupa ikan. Jadinya… Kitchen Pan non-stick ni sangat diperlukan sebab dah nama pon non-stick kan. Mesti ikan kau takkan melekat kat kuali lagi.


Haaaaa… Ini pon idaman qolbu aku jugak ni. Anak-anak aku suka makan roti. Dengan adanya [Donlin Breadmaker automatic multi-functional] ni, bolehlah aku meroti dalam masa yang sama menjimatkan kos nak membeli roti hari-hari kan. Yang bestnya, kau tak payah nak uli-uli tepung. Cuma masukkan saja semua bahan-bahan dalam breadmaker ni. Tunggu beberapa minit untuk roti kau siap. Senang kan.



Memandangkan harga minyak masak pon dah naik. Bukan naik sikit tapi nak banyak hoiii!! [Xin GOLD Air Fryer] ni sangat membantu dalam nak menjimatkan penggunaan minyak masak. Boleh menjimatkan duit dari membeli miyak masak pon iyer jugak ni. Best betul kalau dapat Air Fryer sebijik.


Kat rumah aku tu masih belum ada lagi periuk steamer ni. Dari dulu teringin nak beli. Tapi tak terbeli-beli. Bagus jugak kalau ada [Steamer stainless steel] ni. Hari-hari boleh buat masak steam. Badan pon sihat kan.. hehehe…


Tak sah kalau tak der barang untuk anak kan. Ni untuk anak bongsu Iman Harraz. Banyak function nih. Menarik sangat mainan [Repeat function fun around the bead digital world wisdom] ni tau.


Untuk anak jugak. Iman Qhalif suka dengan train. Harga pon murah. Rugi kalau tak beli [Major Thomas track train sound and light] ni.


Iman Hakimi pulak suka Lego. Permainan ni sesuai lah untuk peminat lego dan peminat Transformer macam Iman Hakimi. Suka dia kalau dapat [Goody building blocks].


Dah nama pon #makanakempat kan. Yang ni untuk the one and only princess, Qahirah. Aku pon boleh join sama dengan anak dara kalau dapat mainan [Children’s bead toys hand wearing beads] ni. 


Untuk anak-anak jer ker? Mana aci kan. Mesti lah ada untuk Husband jugak. [Harem Pants men’s trousers] untuk si dia. Stylo gittew kan.


Berkenan pulak dengan [Harajuku stripes sweater male Korean] nih. Pakai pulak dengan Harem Pants. Tambah sado suamiku… ngeeeee…


Ini lah dia antara pilihan yang aku berkenan dekae ezbuy ni. Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukup-cukup lah ni. Cepat terjah [ezbuy]. Ok... Ni ada lagi satu good news. Kalau korang nak menjimatkan kos penghantaran, boleh klik kat bahagian [PRIME] ni. Kat bahagian ni ada banyak barang² terpilih yang kos penghantarannya cuma RM8.80 saja. Bukan itu jer tau, Penghantaran untuk barangan PRIME ni tak mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti. Memang tak der had barang lah. Berat, ringan, banyak atau sikit tetap RM8.80... Wowww... Best nih. Pergi survey barang² kat PRIME sekarang untuk penjimatan kos penghantaran.


Haippp... Belum habis lagi ni. Ada super value untuk korang dimana barang-barang dalam ni semuanya under RM19.90... perghhhh... Korang kilik jer kat [SINI]. Kat [SINI] pulak ada discount 50 %. Lepas tu  kan, yang mana belum register lagi, cepat-cepatlah register kat [http://bit.ly/sharingiscaring-fiza] sebab dapat "FREE RM15 Shopping Voucher"​. 

HAPPY SHOPPING Uolls!!



You Might Also Like

6 comments

  1. Sama la skang nie tgh duk aim air fryer..hehe

    ReplyDelete
  2. Air fryer dengan breadmaker tu best! 😊

    ReplyDelete
  3. kan..kan..suka suka shopping kat ezbuy ni..rambang mata..kalau boleh semua kategori kat web tu, semua nak beli..hihi..itu kalau duit menimbun dalam bank...kalau kurang menimbun macam saya ni, dan keinginan untuk membeli sangat tinggi, boleh la pilih PRIME ni..jimat sangat...

    ReplyDelete
  4. wah, syoknya shopping...tp hujung tahun ni lebih utamakan barang sekolahlah.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive