Saya Dah 9 Bulan!!

Thursday, December 01, 2016

Semalam citer pasal 11 tahun. Harini citer pasal 9 bulan pulak. Sepatutnya 29 November buat entry. Tapi boleh terlupa plak tarikh tu. Baru teringat harini dah 1 December. Biasalah hemak-hemak baru dapat baby kan. Mesti nak update milestones anak setiap bulan kan. Hover tau.


Dah 9 bulan umur anak soleh Iman Harraz ni. Alahaiiii... Jangan cepat membesar boleh tak? Naughty sangat buat muka mulut ternganga cenggini tau. Makin melasak anak soleh nih. Kuat mengutip betul. kalau tak masuk mulut tak per. Ini asal kutip masuk dalam mulut. Hari tu anak-anak makan tempe. Serpihan tempe bersepah... ppffttt... Sekali tengok anak soleh ni macam tengah mengunyah sesuatu. 

Zasssss... Sepantas kuasa angin boboiboy aku korek mulut anak soleh nih. Tengok-tengok dok menguyah tempe. Nak cantik kan kulit ker nak. Kulit awak tu memang dah halus mulus. Tak payah nak makan tempe lagi. Tunggu dah besar baru boleh makan... ngeeee... Gelabah jugak lah sebab takut tercekik. Kuat makan jugak nih. Sehari bagi makan 2 - 3 kali sehari. Menyusu jangan cakap lah.... Champion. 

Masih belum merangkak lagi. Lebih selesa menyusur gamaknya yer nak. Kemahen laju lagi dia. Tempat lepak dia bawah meja dan bawah kerusi. Kau tengah makan tetiba rasa ada objek kat kaki kau. Tanjat ibu kau ni nak. Tengah-tengah makan tetiba rasa sesuatu kat kaki. Dalam pada belum pandai merangkak lagi, ada hati nak belajar duduk tu. Merangkak dulu nak. Baru boleh belajar duduk. Step by step... hahaha... 

Ok... Yang ni paling seriau. Gigi Iman Harraz dah tumbuh 2 batang di usia 8 bulan uolls. Seram mak nak. Rasa nak lari bila anak minta disusukan. Sakit woihhh bila kena gigit dan kena tarik nih. Dah macam puting elastik dibuatnya. Hanya ibu-ibu menyusu yang tahu macam mana perasaannya setiap kali nak bagi susu bila anak dah start tumbuh gigi ni.... 😓😓

Budak mesra camera ☺

Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna dah 9 bulan aku berjaya susukan Iman Harraz even stok susu dah tak ada... huhuhu... Hari-hari Iman Harraz dapat susu fresh. Memang mencabar. Solid food jugak masih dari hasil air tangan ibu yang rajin... hehehe... Kena paksa rajinkan diri jugak woihhh. Demimu anak. Sekian kisah milestone Iman Harraz untuk hari ini... Hahahaha... 😃😃😃

Note: Nak masuk tahun baru dah kita yep. 

.

You Might Also Like

5 comments

  1. Ya Allah comelnya.. Moga panjang umur..

    ReplyDelete
  2. muka panjang akal dah dia ni.. moga trus membesar dan jadi anak yg bijak! yeay!

    ReplyDelete
  3. Wahh dah 9bulan hensem boy ni. Hehe :) Kan kak, dah penghujung tahun dah kita ni.

    ReplyDelete
  4. setiap ibubapa pasti menghargai setiap perjalanan anak-anak membesar..moga menjadi anak yang soleh solehah dan tidak lupa jasa ibu bapa

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive