Dah Selamat Di Khatankan | Tahniah Iman Hakimi ☺

Tuesday, December 27, 2016

Berkhatan atau bersunat... Kalau sebut jer perkataan ni, mesti budak-budak lelaki rasa seram sejuk kan. Aku pon rasa seram sejuk jugak sebab 1st time nak sunatkan anak ni. Dengar dan baca pengalaman parents yang uruskan anak-anak bersunat pon rasa macam... Erkkkk... Boleh ker anak aku bersunat ni? Tahan ker dia? Nak tak nak kena sunat jugak kan, Tak sunat tak boleh kawin.. erkkk... Hahahaha....


Alhamdulillah... 17 December haritu my boyfriend Iman Hakimi berjaya melepasi fasa yang sepatutnya dilalui bagi setiap anak-anak lelaki. Iaitu fasa bersunat. Memang perancangan nak sunatkan dia tahun ni. Lepas tu fikir balik nanti tak der orang nak tolong jagakan. Kebetulan mak mertua cakap proceed jer sebab Opah ada boleh tengokkan. Mak mertua aku ni kerja. So... proceed lah on 17 December. Iman Hakimi pon ok. Dah bersedia katanya. Buat kat klinik jer. Klinik Penawar,kat Seksyen 6 Bangi. Nasib tok mudim free petang tu.

Dengan Tok Mudim ☺

Tengok Tok Mudim datang dengan peralatan sunat dia pon aku dah rasa berdebar-debar, Yang nak bersunat tu apatah lagi kan. Tapi aku tengok Iman Hakimi ni cool jer. Aku tunggu kat luar. Husband yang temankan. Doa bebanyak supaya urusan sunat dipermudahkan olehNYA. Banyak kali pesan kat Iman Hakimi soh dia berzikir. Baca doa. Tak lama lepas tu.....

Sebelum sunat

Jeritan dan tangisan pon bermula. Aku kat ruang menunggu ni dah rasa tak senang hati. Rasa berdebar-debar. Rasa sedih pon iyer jugak bila dengar anak nangis kat dalam tu. Kau pon rasa macam nak nangis. Dari mula sampai lah habis proses bersunat... menangis dan terjerit-jerit. Nasib baik lah tak ada orang dan nasib baik jugak lah Iman Hakimi jer yang sunat haritu. Kalau ada budak lain nak sunat aku rasa mau diorang balik tak nak sunat dengar meraung-raung macam tu... hehehe...

Selepas sunat. Baru lepas nangis. Menung panjang kau nak ☺

Ada lah dekat 20 minit kot proses berkhatan. Aku yang tunggu kat luar ni rasa macam lama jer.... 'bilalah nak habis  nih'... 'lama lagi ker'... Si Qhalif sibuk nak masuk tengok. Bila dengar abang dia menangis meraung, terus cakap... 'Ibu, kita tak nak sunat lah. Nanti sakit macam abang'... ppffttt... Aku pon tak expect Iman Hakimi boleh nangis sampai macam tu sekali. Jenis tak tahan sakit kot. Untuk sunat ni, aku amik kaedah laser. 

Lepas sunat tu pon tok mudim tak balut. Sebab tak berdarah. Tapi lepas sunat tu nampak lah darah dah start keluar sikit. Bila ubat tahan sakit dah habis, apalagi... sambung nangis balik. Nak kencing lagi lah. Sedih pulak aku nengok. Maklumlah... pengalaman pertama handle anak sunat. Proses cuci semua husband yang handle. Aku tak berani nak tengok jahit-jahit nih. Esok tu bawak balik gombak. Pantang kat sana.


Ralat jugak sebab tak dapat nak jaga Iman Hakimi. Kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Cuti aku memang dah nazak habis. Tinggal setengah hari jer nih. Masuk sekolah ni tak tau lah mana nak cekau cuti. Nak tak nak terpaksa hantar Iman Hakimi kat rumah mertua. Terima kasih kat mertua dan jugak Opah yang sudi jaga. Seminggu terpisah. 

Apa-apa pon, tahniah Iman Hakimi. Sekali seumur hidup kan. Selamat menjadi lelaki sejati... hehehe... Ibu ni dah 4 kali berjahit sebab dah melahirkan 4 orang anak. Macam mana awak sakit masa bersunat. Sakit ibu berganda-ganda lagi masa nak lahirkan awak. Coretan ni sebagai kenangan untuk ibu kenang sebagai pengalaman pertama ibu hantar anak pergi sunat. Catatan untuk awak baca bila besar nanti. 

Progress lepas sunat.. Alhamdulillah... getting better. Dah masuk 11 hari pon. Cuma jalan tu masih terkengkang-kengkang lagi. Next ada 2 orang anak lelaki yang perlu disunatkan. Iman Qhalif dan juga Iman Harraz. 

Note: Scary pulak baca budak terputus kemaluan masa sunat. Allah... seksa budak tu. Aku tengok Iman Hakimi sunat ni pon dah sedih... huhuhu...

You Might Also Like

9 komen

  1. aku tanya luth nak sunat tak?
    dia ckp x nak. tak tahu lah dia faham ke tak? selalu tgok cerita upin-ipin tu.. x kan tak tahu kot..haha..
    nervous kan anak sunat ni..
    tunggu luth dah besar tak tahu mcm mna rasa..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillan
    h..
    Dah selamat bersunat iman ye..
    Macam tu pengalaman setiap ibu kan Fiza..
    Tapi akak ada seorang jer anak lelaki..
    Jadi dah tak ada nak dengar episod menangis tu..
    Nabil masa sunat tak nangis..
    tapi masa bukak menangis hihihi

    ReplyDelete
  3. Yeay...dh sunat...dh besar..dh bleh ada makwe..opps....hahahha..anak buah SA siap tanya boleh kawen ke mama...rasa nak pelangkung je dia..

    ReplyDelete
  4. lmbtnya sunat..sok lusa dh nk sekolah..hehe..thniah..ank ida je bila nk bw die sunat...

    ReplyDelete
  5. tahniah dik. dah dewasa dah adik kan. boleh jaga parents dah lepas ni. :)

    ReplyDelete
  6. pengalaman sunat semua yang bergelar lelaki mesti ingat punya...

    mak ayah pun mesti kalut dengan penjagaan anak-anak...hehe tapi sekarang cepat tak macam dulu kan?

    ReplyDelete
  7. Tahniah Iman Hakimi dh masuk jawi.
    Semoga cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  8. ema baru lepas jer fasa ni, dah melompat bagai orang sunat..tapi memang seriau nak tengok..kesian pun ada..kena bertabah seminggu dua..lepas tu tengoklah..happy jer.

    ReplyDelete
  9. Abg iman so brave..tp muke termenung lepas sunat tuh mcm menungan penyesalan je tau..kiut!..ngeee..

    Adeh fiza..seriau kite tetibe..mikirkan ade anak bujang yg akan disunatkan..mau kite yg rheyau lebih dari tuan badan satgi..huwaaaa..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive