Happy 10th Months Old Sayang!!!

Friday, December 30, 2016


Terlepas pandang lagi tarikh 29 haribulan. Nampak sangat mak kau ni dah makin pelupa. Sepatutnya semalam. Tapi tak per lah. Lewat sehai jer. Ok lah... Dah 10 bulan pon usia anak soleh Iman Harraz ni. Kenapalah cepat sangat kau membesar nak *ayat cliche. Sepatutnya last week haritu cucuk MMR untuk 9 bulan. Tapi tetiba masa tengah menunggu giliran yang maha lama tu, boleh pulak dedar badan anak soleh ni. Terus reject. Kena next appointment.

Jadinya.. Rabu baru dapat cucuk. Alhamdulillah,,, sado lengan kau nak sebab tak nangis. Syukur tak demam. Kau tak tahu aku pulun 2 biji vitamin C sebelum gi klinik nak bagi susu tu berkhasiat supaya anak aku tak demam lepas cucuk... hahaha... Ok, back to the story. Perkembangan Iman Harraz macam biasa. Sama jer dengan bayi-bayi lain yang seusia dengannya *ayat cliche lagi ☺

Alhamdulillah... Dah 10 bulan aku menyusukan Iman Harraz dengan susu ibu. Dan 4 bulan jugak Iman Harraz mendapat makanan hasil dari air tangan ibu dia ni. Aku masih istiqomah memasak dan sediakan sendiri makanan anak. Say no to nestum dan yang sewaktu dengannya. Kalau aku beli pon aku pastikan yang makanan tu adalah dari sumber yang natural. Tiada gula, garam dan bahan pengawet.

Masih lagi tak merangkak. Lagi suka mengesot. Laju woihhh. Bersih lantau rumah aku tu sebab ada DBKL tukang lap lantai... hahaha... Kesannya kat aku? Baju habis hitam... ppffttt... Tak per lah nak. Enjoy your development. Nanti pandai lah merangkak tu. 

Yang paling aku stress skang ni, Iman Harraz kuat mengutip. Makin menjadi-jadi pulak tu. Pantang nampak benda atas lantai, semuanya nak masuk mulut. Jumpa kertas... masuk mulut. Jumpa tisu... masuk mulut. Jumpa makanan... Lagi lah laju kan. Korang ada petua tak tak nak bagi baby mengutip nih.... huhuhu...

Itu jer lah kisahnya. Kang citer lebih-lebih kang annoying pulak korang... ngeeee... Tunggu next entry untuk 11 bulan pulak yerp... hahaha... 

Note: Semoga membesar dengan sihat yer nak  


You Might Also Like

1 comments

  1. Cepatnyaaa masa berlalu. Dah 10 bulan pun. Semoga membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive