LAZADA... Saya Impikan Barangan Bernilai RM2017 Ini!!

Tuesday, January 31, 2017

Antara website yang aku suka bukak untuk jamu mata adalah LAZADA. Asal bukak jer LAZADA, mesti tengok barang-barang yang aku idam-idamkan sangat. Sambil tengok sambil berangan... 'Bilalah aku boleh dapat barang-barng nih. Bestnya kalau dapat barang-barang ni tanpa kau kena keluarkan duit'... haaa... gittew kau punya berangan kan. Berangan tu percuma. Nak kena buat vision board dulu nih. Dah... aku tak nak citer pasal berangan. Just nak share dengan korang yang kaki-kaki shopping tu.


LAZADA sedang mengadakan jualan CNY RED HOT SALE sempena Tahun Baru Cina nih dengan potongan harga up to 88% tu. Memang berganda murah. Rugi kalau korang tak shopping time nih. Dengan ratusan ribu product dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, fesyen, telefon dan tablet, perkakas elektronik dan barangan rumah, LAZADA memang tempat untuk dituju bagi memenuhi keperluan membeli-belah korang. Masih sempat lagi ni kalau korang nak cari barangan impian. 

Ok.... Andai kata aku diberi pilihan untuk memilih barangan impian dari LAZADA yang bernilai RM2017 tanpa perlu mengeluarkan modal. Banyak yang aku nak beli. Maklumlah... banyak sangat barang yang aku idamkan. Tapi aku akan pilih 5 barang ni saja lah. Sebab 5 barang ni yang akan selalu digunakan. 


RM 597.00
Sebelum RM 1,199.00,
Anda jimat 50%

Memang aku mengidam betul dengan Philips Steam Generator Iron nih lepas jadi viral kat media social dan juga lepas tengok video. Tapi bila tengok harga nya. Buntang jugak lah biji mata kau. Tapi memang berbaloi kalau beli memandangkan pertambahan baju yang kau kena gosok bermula tahun ini. Maklumlah... #makanakempat kan. Yang dah sekolah pon ada 3 orang. Kau bayangkan berapa banyak baju yang nak kena gosok untuk sekolah kebangsaan, sekolah agama dan jugak baju sekolah tadika. Termasuklah baju kau dan juga suami.

Dengan Philips iron ni dah boleh menjimatkan masa untuk menggosok sebab bila kau gosok bahagian depan baju secara automatik baju bahagian belakang pon tergosok sekali. Licin lah maksudnya. Tak payah kau nak gosok banyak kali. Dan kebarangkalian baju kau terbakar pon tipis sebab kecanggihan teknologinya menjamin yang baju kau tak kan terbakar. Nampak sangat kau pernah merosakkan baju kan... hahaha... Itu aku mengaku. Terlebih kepanasan. Mau tak terbakar. Sebab tu aku mengidam Philips Steam Iron nih. 



RM 245.00
Sebelum RM 799.00,
Anda jimat 69%

Bila rakyat jelata @ anak-anak ramai dalam rumah tu kan. Tak sah kalau rumah kau tak bersepah. Barang mainan bersepah ok lah. Boleh kutip dan simpan. Ni sepahan dari sisa-sisa makanan yang kecik, sepahan kertas-kertas sebab diorang suka main gunting-gunting kertas dan jugak sepahan dari habuk-habuk halus. Rumah aku pulak memang jenis cepat berhabuk. Habuk-habuk tu macam cemburu pulak tengok rumah kau bersih tak ada habuk. Beru jer lap dah berhabuk balik. Rasa menyinga jugak lah.

Nak vacuum memang memerlukan kerahan tenaga. Nak suruh anak-anak vacuum, tak berapa nak bersih sangat. Kau sendiri nak vacuum... malas sebab penat. Boleh gittew? Solusinya... Moh ler kita dapatkan I-ROVA Robotic Vacuum ni. Kau letak jer dia kat lantai. Pandailah dia bersihkan lantai kau tu sebab ada sensor yang terbina untuk mengelakkan perlanggaran ke dinding atau halangan dari mana-mana objek. Dah nama pon vacuum robotic kan. Kau buat jer lah kerja kau dengan aman sebab I-ROVA Robotic Vacuum boleh licinkan lantai rumah kau.


RM 109.90
Sebelum RM 159.90
Anda jimat 31%

Anak-anak memang suka minum juice. Asal suka jer babitkan anak-anak kan. Pada hal kau sendiri memang suka juice. Kalau beli juice kat kedai kan boleh tahan jugak harganya. Demi nak menjimatkan duit, lebih baik kau buat juice sendiri kan. Lagi puas hati sebab lagi banyak juice kau dapat. Kalau kat kedai banyak mana jer yang dapat. Ais jer yang lebih. Tak puas minum.

Dengan adanya Multi-Function Juicers and Fruit Extractors ni jugak boleh meghadkan pengambilan air kotak sebab anak-anak asal gi kedai minta air kotak. Faham-fahamlah processing drink kan. Banyak gula. Lepas ni gi kedai kita beli buah banyak-banyak. Boleh buat stok fresh juice kalau ibu dapat Multi-Function Juicers and Fruit Extractors ni.. erkkk... ngeeee...



RM 166.00
Sebelum RM 330.00,
Anda jimat 50%

Kemahen  panjang tajuk product ni. Periuk steamer pon boleh jadi antara barangan idaman kau kan... hahaha... Kat rumah aku tak ada steamer lagi. Tu yang termasuk dalam wishlist sekali dan terbekenan tengok yang ni sebab Stainless Steel Steamer kan. Lepas tu ada 2 layers steamer pot. Capacity pon besar. Senang kalau nak buat masak kukus. 1st layer kita boleh kukus ikan. 2nd layer pulak kita kukus kuih pau. Sekali harung gittew kan. Jimat masa.


RM 899.10
Sebelum RM 999.00,
Anda jimat 10%

Memandangkan aku seorang ibu yang rajin menyediakan makanan anak yang berumur 11 bulan tu. Jadinya Beaba Babycook ini memang idaman kalbu sungguh. Memang aku jatuh cinta pandang pertama lah bila tengok Beaba Babycook ni. Harganya juga buat mata aku terbuntang besar. Memang orang akan cakap membazir lah kalau beli Beaba Babycook ni sebab blender jer kot. Korang silap. Beaba Babycook ni ada banyak function. 

Ianya merupakan gadjet 4 dalam 1. Bukan setakat mengisar, tetapi boleh mengukus, defrost @ mencairkan dan juga memanas. Semua dalam satu function nya. Macam aku yang merupakan ibu yang bekerja. Masa adalah sangat penting dalam penyediaan makanan anak untuk bekalan dia di nursery. Setakat ni aku tak pernah lagi bagi anak makan nestum sebab bagi aku makanan terbaik untuk anak ialah dari hasil tangan ibunya sendiri. Wahhhh... gittew kan. 

Sebab tu aku berkenan betul dengan Beaba Babycook ni dan kalau boleh aku nak dapatkan jugak bagi memudah kan aku menyediakan menu yang sihat untuk Iman Harraz serta dapat menjimatkan masa aku yang sentiasa sibuk. Maklumlah... #makanakempat. Tak perlu lagi kau nak kukus dulu buah-buahan/sayur-sayuran dan masak dulu bubur. Lepas tu masuk dalam mesin blender. Dengan Beaba Babycook kau hanya steam dalam tu, masak bubur jugak dalam tu sekali dan terus blender dalam tu jugak. Kan senang dan jimat masa tu.

Dah... Panjang betul karangan aku nih. Ini lah Barangan Impian dari Lazada yang bernilai RM2017 kesemuanya. Korang kena ingat tau yang harganya sentiasa berubah-ubah. Apa lagi... Terjah cepat CNY RED HOT SALE dan dapatkan barangan impian korang sekarang. Buat LAZADA... Saya Impikan Barangan Bernilai RM2017 Ini. Smoga IMPIAN saya menjadi kenyataan. 



You Might Also Like

3 comments

  1. Bestnya kalo dapat juicer tu kan.. Hari2 rajin minum jus..
    Macma murah je ni...

    ReplyDelete
  2. Wahhhh bajet menarik RM 2017... minatlah steam iron tu nak jugak.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa tak murah jugak la. Beaba food processor tu after diskaun rm899, walhal sy beli dulu (bukan kt Lazada) hantaran rm700 je

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive