Deretan Bag... Setiap Pagi dan Setiap Hari

Monday, February 20, 2017

Pemandangan pagi setiap hari. Banyak bag kau nak kena sediakan dan kau nak kena pikul. Macam ni lah bila anak kau yang dah mula bersekolah bertambah. 


Tiap-tiap hari kau kena sediakan bag sekolah tadika Iman Qhalif. Bag sekolah Agama Qahirah. Bag sekolah kebangsaan dia dengan bag transit sekali. Bag nursery Iman Harraz. Bag susu dan jugak bubur. Termasuklah bag mengepam susu aku tu. Kau bayangkanlah betapa kelam kabutnya aku kalau tak susun waktu malam. Maklumlah... Kekadang tertidur awal. Bila dah tertidur awal tu, kau kena bangun terlebih awal lah dari biasa untuk sediakan segala jenis bag-bag yang ada nih. 

Memang tak mampu lah aku nak angkut bag-bag ni sorang diri. Pagi-pagi husband dengan anak-anak tolong angkatkan bag-bag ni dengan baju sekolah sekali letak kat kereta. Kecuali bag susu Harraz dengan bag mengepam susu aku tu. Bag mengepam tu dah jadi handbag aku. Dah dekat setahun pon aku tak bawak handbag. Itu lah handbag aku untuk 2 tahun ni. Bila dah pencen mengepam susu barulah kita bawak handbag yerp.

Bag-bag ni akan dihantar oleh aku menuju destinasi masing-masing. Mula-mula hantar Harraz kat nursery. Lepas tu hantar bag sekolah, baju sekolah dengan bag transit dimana dalam tu ada towel dan sabun mandi qahirah dekat tempat transit tu lah. Mendaki tangga aku hari-hari hantar barang-barang nih. Mana tak kurus kering... hahahaha....


Balik pulak siapa yang bawak semua bag-bag nih? Iman Hakimi sekolah agama petang. Jadinya dia balik awal. Aku suruh dia standby bila aku sampai. Dialah yang tolong bawakkan bag-bag ni. Qahirah dengan Qhalif bawak bag sendiri. Aku bawak bag pam dengan dukung Harraz. Hari-hari kena naik lif sebab bag anak dara ni berat nya 5 kilo. Tak larat aku nak angkat naik tangga. 

Kesian sangat aku tengok anak dara nih. Badan dahlah kecik. Tapi bag nya besar dari orang. Qhalif panggil bag gorilla sebab besar. Memang besar pon. Dah lah besar... berat pulak tu. Bag sekolah bebudak sekarang memng berat-berat. Aku sendiri pon lenguh nak angkat. Sekian cerita pasal bag dari #makanakempat ☺

Note: Dah nak masuk penghujung Februari. Kejap betul. 


You Might Also Like

9 comments

  1. 12 tahun dulu Bonde mengalami masalah seperti ini... sewaktu itu Fatin duduk nursery memang setiap minggu dok susun beg baju , buku , pakaian sekolah dalam kereta... memandangkan tempat kerja jauh anak duduk nursery huhhh masak kalau tinggal barang... boleh murung sehari... sebab penat nak ulang alik tempat keje - nursery - rumah.. makan masa 1 jam juga..

    Moga dipermudahkan dan... jangan lupa dan tinggal beg.( pesanan dari penaja) hi hi hi

    ReplyDelete
  2. makin ramai anak makin banyak beg nak dibawa kan fiza, ceria semu color beg tu ;)

    ReplyDelete
  3. hahahhahah.. banyak sungguh tuh.
    Zura punye kurang sikit. sbb 2 sekolah n sorang kt bbsitter.

    ReplyDelete
  4. Anak anak masih sekolah mmg cenggitulah Fiza. Dulu rumah ni mcm tu jugak. Bersusun beg tepi sofa. Aduhhh

    ReplyDelete
  5. Dulu masa saya kerja pun, bag susu jadi "bag laptop"... handbag memang tak de la... orang lain pergi kerja melawa, saya? Serabai rasanya... ahahaha

    Beg sekolah Alisya pun berat... tapi ok la, cikgu dan ibu bapa anak-anak kelas tu sepakat beli rak buku. So semua buku aktiviti dengan buku tulis, tinggal di sekolah. Bila ada kerja sekolah baru bawa balik... Oklah, tak berat sangat...

    ReplyDelete
  6. cukup dua tahun beg pam susu dah kena tinggal ekekekeke. sama la situasinya cuma sekarang Uwais dengan Furqan dekat rumah pengasuh yang sama. saya sekali kan je beg dorang. beli yang besar sikit. tak payah nak angkut beg banyak2 takut ada yang tertinggal huuuuu

    ReplyDelete
  7. sabo jer la, fiza.
    deretan beg tu membuktikan kebahagiaan yg bertimpa-timpa.
    semua sihat.
    semua ceria. ready to go ! ha ha ha...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive