Dah Pinjam Tak Reti Nak Bayar | Annoying Sangat!!!!

Tuesday, April 25, 2017

Memang annoying sangat. Masa nak pinjam, bukan main lagi pujuk rayu. Terdesak sangat nak pakai duit. Si pemurah hati ni pon bagilah pinjam. Orang hati tisu memang macam ni. Tak boleh tengok orang yang dalam kesusahan. Bagi lah pinjam. Bila si peminjam ni dah ada duit lebih, boleh pulak lupa dengan hutang dia. Sengaja buat-buat lupa? Memang lupa ingatan yang dia pernah berhutang? Atau memang jenis dah berhutang tak reti nak bayar balik.

Yang aku hairan, berjalan sana sini ada duit. Makan best-best ada duit. Beli itu ini, ada jer duitnya. Tapi kenapa hutang orang kau tak reti nak bayar? Alahhhh… Si pemberi hutang tak minta hutang dia. Relax lah. Hello!!!! Kau tahu tak yang si pemberi hutang ni rasa malu nak minta hutang dia di bayar. Kau sebagai penghutang faham-faham sendiri lah nak bayar. Tak kan nak tunggu orang mintak baru nak bayar. Selagi tak mintak selagi tu lah kau tak bayar yerp.

Baca... fahamkan dan mohon terasa pada yang berkenaan (Sumber: SINI)

Ada yang lagi best. Dapat duit berpuluh ribu. Tapi hutang orang yang dah lama tu tak reti nak bayar. Orang yang bagi duit ni sangat lah bagus nak menolong kau. Dapatkan balik barang kau sebab kesian tak ada transport nanti. Dulu kata nak ganti. Sebelum dapat duit, siap minta nombor account. Bila dah dapat duit, terus kelabu mata. Hutang orang yang kau janji nak bayar… janji tinggal janji. Boleh pulak kata duit dah simpan masuk TH. Tak boleh ker asingkan duit hutang kau dulu?

Kisah diatas berdasarkan kisah orang disekeliling aku. Entahlah… Bila cakap pasal HUTANG ni aku jadi sakit hati. Tak takut dosa ker? Tahu kan dosa berhutang ni. Even kau mati syahid, tapi kalau ada hutang yang kau tak langsaikan, roh kau akan tergantung. Nak halalkan? Bukan sikit… Makan ribu. Si pemberi hutang pon bukan orang senang. Gaji cukup-cukup makan. Kadang-kadang tak kluar makan sebab nak jimat duit.

Kalau kau mampu halalkan semua hutang orang pada kau, kau memang hebat. Aku tak sehebat itu nak halalkan semua. Duit gaji bulan² banyak tolak sebab bayar hutang kereta dia yang dibeli atas nama aku. 10 tahun aku terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00. Satu jumpah yang besar untuk orang bergaji kecik macam aku ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi.


Untuk yang berhutang tapi tak reti nak bayar balik. Bak kata [Dr Zulkifli Mohamed Sharif]… Si pemberi hutang minta hutang di bayar bukan kerana pentingnya hutang itu. Tetapi adalah usaha kita untuk menyelamatkan si penghutang dari menerima pembalasan tidak membayar hutang di akhirat kelak. Tak bagi… kesian. Dah bagi… Senyap seribu Bahasa. 

Note: Masih menunggu hutang aku dibayar.



You Might Also Like

12 comments

  1. semoga kita dijauhkan dari bersifat meminjam tanpa membayar balik..jenuh nak menjawab disana kelak

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik. terima kasih :)

    New chapter of Being Me : http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/being-youngest-son.html

    ReplyDelete
  3. Memang ada jenis manusia macam ni.
    Kadang2 mereka berhutang bukan pasal takde duit, tapi memang sengaja nak sembelih kita.
    Berhati2lah, dah terkena jadikan pengajaran.

    ReplyDelete
  4. betul tu fiza, kalau dah berhutang tu kenalah bayar kan, tak dapat bayar banyak2 bayar ansur2 yang penting kita bayar

    ReplyDelete
  5. Mak oiiii...sabar la Fiza..sbb tu Sa kalau org nak pinjam duit mmg banyak dalih SA bg...takut jd macam ni la

    ReplyDelete
  6. Biasalah Fiza....namanya pun manusia. Jadikan pengajaran. Jangan harap nak pinjam lagi kalau cenggini punya perangai

    ReplyDelete
  7. hee~ tetiba tengah malam gini nak bukak diary kot ade TER hutang sesape.. tapi yang berhutang dengan kita ramai.. nak menuntut tu kita plak jadik segan.. apakah ?????

    ReplyDelete
  8. Memang ramai sangat dah sekarang spesis yg macam ni, tau berhutang tapi tak reti2 nak bayar balik hutang..

    ReplyDelete
  9. hmmmm apa kan daya.
    aida ada sorang ni.
    sampai skang tak byr utang.
    dia boleh claim ada satu perkara baik dia buat, tu la bayaran nyer kpd aida.
    sedang kan perkara tu dia buat aida x tahu pun.
    bukan utk aida pun. ada skit kaitan aje.
    memang lah takde hati perut!

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive