14 Bulan?? Cepatnya!!!

Wednesday, May 03, 2017

Genap 1 Tahun 2 Bulan usia saya. Bukan harini tapi hari sabtu haritu. Kenapalah cepat betul masa berjalan. Rasa tak puas nak gomol-gomol lagi ni sebab bau baby tersangat lah wangi. Bau mulut pon masih wangi lagi.. hehehe... 


Masih belum boleh berjalan lagi. Relax lah ibu. Tak lama lagi jalan lah saya. Abang Iman Hakimi dulu nak masuk setahun lima bulan baru boleh berjalan kan. Gigi dah ada 6 batang. Dan bakal tumbuh lagi 2 batang. Itu yang buat ibu saya seriau nak susukan saya sebab secara tak sengaja saya tergigit ketika menyusu. Sowwi ibu ☺
.
Alhamdulillah... Dalam tempoh 14 bulan ni aku masih lagi bertahan dengan susu ibu walaupon dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Berapa oz hasil perahan harini. Irulah hasil yang aku bekalkan untuk anak soleh Iman Harraz ni. Syukur sebab masih mencukupi. Lagi pon Harraz dah start makan kan. Tapi malam memang Harraz pulun habis-habisan menyusu. 

Setiap malam/pagi bangun 5 hingga 6 kali untuk menyusu. Rabak mata aku asyik terbangun jer. Aku syak Harraz kena Growth Spurt lah. Atau orang panggil peralihan bulan sebab asyik nak berkepit dan nak menyusu jer terutama malam. Perut baby beubah saiz menjadi besar dan memerlukan lebih banyak susu, Kesannya... baby meminta lebih banyak susu dari ibu. Gittew kisah Growh Spurt kalau korang tak tahu lagi, 

Bubu dengan budak manja ☺

Perangai pon kemahen lagi. Nak kau duduk dengan dia. Kau bangun nak mandi pon melalak beria macam kena rotan. Nak mandi dengan aman pon tak boleh. Pada hal ada jer abah dia. Kau nak masak pon dia ikut masuk dapur jugak. Dah macam mana kau nak masak kalau dia berdiri kat kaki.... ppffttt... Kuat merajuk dah skang nih. Geram jer rasa sebab comel sangat bila baby merajuk tau ☺☺

Dah boleh sebut bu @ ibu. Sedap tinga ibu kau dengan nak... 'bubu.... bubu... Bubu pon bubu lah nak. Asalkan ada bu belakang tu.. muahahaha... Bekal makanan ke nursery masih hasil air tangan ibu. Gigih tak gigih lah aku. Masih kekal bertahan dengan homemade baby food. Alhamdulillah masih istiqomah. Itu jer lah kisahnya untuk 14 bulan nih. Citer lebih-lebih nanti ada yang meyiampah. 

Note: Ramai yang geram degan pipi labuh si harraz ni ☺



You Might Also Like

9 comments

  1. 14 bulan sudah???!
    wah... yes la fiza. cepat nyer time berlalu.
    tak lama lagi hilang la kelabuhan pipi harraz seiring dgn tumbesaran teruna nyer ha ha ha :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semoga harraz sentiasa sehat ye...

    ReplyDelete
  3. Patutlah ibu dia maintain je body..rupanya baby kuat menyusu..

    ReplyDelete
  4. comelnya.. sekejap je rasa anak kau dah besar..hu

    ReplyDelete
  5. Itulah, salahkan masa sebab cepat benar berlalu! Tahu-tahu anak kita dah semakin besar. Hehehe...

    Geram tengok mulutnya tu. Bayangkan kalau dia dah pandai bercakap, banyak versi 'ibu' ni nanti ^_^

    ReplyDelete
  6. Sekejap je kan fiza dieorg nie membesar..huwaaa..ehh, sama je la peel derang nie..dh rase mcm bayang2 dh..pegi mana kat umah tuh ade je yg follow..hahaha

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive