Cartoon DC Super Hero Girls Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Monday, May 22, 2017

Woot… woot… Siapa suka tengok cerita cartoon? Kanak-kanak sudah semestinya penggemar cerita cartoon. Yang dewasa ni pon suka jugak tengok cerita cartoon kan. Mengaku jer lah sebab saya pon layan jugak cerita cartoon ni.  Sebenarnya nak share dengan korang semua. Siri cartoon DC Super Hero Girls nih dah pon dilancarkan di global digital platform pada tahun 2015. Kalau korang nak tahu, DCG Mattel Toys dan mainan LEGO kini sudah dijual di Toys "R" Us dan di kedai-kedai terpilih. Manakala DCG beg, alat tulis, pakaian dan kasut pula akan dijual pada akhir Mei ini.


Ok… Berbalik kepada cerita. Yang mana ada anak-anak perempuan tu mesti teruja nak tengok siri cartoon baru nih. Cartoon ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan berumur 6-12 tahun tau. Cartoon DC Super Hero Girls ni bukan sebarang cartoon sebab ianya ada mesej yang cuba nak disampaikan. Mesej apa tu?

Haaaaa…. DC Super Hero Girls ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk merealisasikan potensi penuh mereka dan mencari wira yang ada dalam diri. Kiranya DC Super Hero Girls ni nak bagitau yang setiap orang mempunyai kuasa untuk membuat perubahan dan menjadi seorang wira. Ok… Jom baca pengenalan mengenai cartoon DC Super Hero Girls ni dulu.

Introduction


Developed for girls aged 6-12, DC Super Hero Girls centers on the female Super Heroes and Super-Villains of the DC Comics universe during their formative years – prior to discovering their full super power potential. Featuring a completely new artistic style and aesthetic, DC Comics’ icons such as Wonder Woman, Supergirl, Batgirl, Harley Quinn, Bumble Bee, Poison Ivy, Katana and many more make their unprecedented teenaged introduction. Each character has her own storyline that explores what teen life is like as a Super Hero, including discovering her unique abilities, nurturing her remarkable powers and mastering the fundamentals of being a hero. These characters and stories are designed to engage and inspire girls everywhere and help girls explore heroic acts through play and into real life. Super Heroic storytelling that helps build character, confidence, and empowers girls to discover their true potential.

Jom kita berkenalan dengan watak DC Super Hero Girls dan ketahui kuasa apa yang mereka ada.

Wonder Woman (The Leader)

 Supergirl and Batgirl

 Bumblebee and Harley Quinn

Poison Ivy and Katana

Menarik sangat watak-watak cartoon DC Super Hero Girls ni kan. Rasa tak sabar nak tengok. Dan yang paling menarik, DC Super Hero Girls telah dipilih untuk bekerja dengan pelakon Malaysia dan juga merupakan seorang model, Dynas Mokhtar yang cantik dan anak perempuannya, Khyra yang comel tu. 



Nah... tengok video Dynas Mokhtar dan anaknya Khyra beraksia ala-ala cartoon DC Super Hero girls? Mesti korang akan teruja bila tengok keletah ibu dan anak yang cute dalam video ni.


Inilah dia antara watak-watak cartoon DC Super Hero Girls. Kalau ibu dia ni teruja dengan figura DC Super Hero Girls ni, anak saya Qahirah lagi lah over excited. Boleh lah tambah koleksi nanti. Memang cute sangat.


Tengoklah nih. Saya dengan Wonder Woman dan Supergirl. Macam kena pulak dengan karekter saya yang berani dan sukakan persaingan macam Wonder Woman. Sweet pulak macam Supergirl… hehehe…


Tak bestlah kalau main sorang-sorang. Adik pon nak tumpng main jugak. Tak baik kedekut tau… hehehe.. Boleh pulak baju adik Harraz sama dengan baju Supergirl. Memang berkualiti mainan DC Super Hero Girls nih tau sebab ianya boleh berdiri sendiri. Dengan maksud yang lebih jelas the action figures can stand on their own lah.


Nak bagitahu berita baik jugak ni. Kalau korang nak memenangi salah satu daripada watak DC Super Hero Girls ni, korang kena join Instagram contest dimana hadiah berupa 3x DC Super Hero Girls Action Playset dari Mattel yang bernilai RM229.90 untuk dimenangi. Caranya:

➜ Berpakaian sebagai watak DC Super Hero Girls kegemaran anda
➜ Langkah 1: Berdandan sebagai watak DC Super Hero Girls kegemaran anda
➜ Langkah 2: Snap gambar anda dalam pose paling berani anda
➜ Langkah 3: Catat foto anda pada Instagram dengan hashtag #DCSuperHeroGirlsMY
* Sila pastikan akaun Instagram anda ditetapkan kepada "awam"
➜ Tarikh penyertaan bermula dari 21 Mei – 20 Jun 2017.
➜ Terma dan syarat.

Mudah jer kan. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai siri cartoon DC Super Hero Girl ni, Boleh terjah:

Official website:


Official YouTube channel:


Official Facebook page:


Official Instagram Page:


Other source:






You Might Also Like

4 comments

  1. Mcm best. Echa pun suka tgk kartun nii xD

    ReplyDelete
  2. wah bestnya hadiah.. anak dara akak mesti suka ni.. nak cuba la..

    ReplyDelete
  3. waa.. macam best ni.. dakaina kena join tapi satu keje plak nak buatkan / belikan costume untuk dia.. hee~

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive