Setiap ‘Perkongsian’ Adalah Juadah Bagi Golongan Susah

Monday, May 29, 2017

SETIAP ‘PERKONGSIAN’ ADALAH JUADAH BAGI GOLONGAN SUSAH. Kempen Knorr Malaysia sempena Ramadhan memanfaatkan perkongsian Facebook dalam usaha untuk memberi makanan kepada insan lapar sepanjang bulan suci.



Knorr, salah satu jenama makanan terkemuka di Malaysia dan selurus dunia, melancarkan daya usaha untuk menyediakan makanan yang sedap dan lagi berkhasiat buat golongan yang tiada tempat tinggal dan golongan miskin sepanjang bulan Ramadhan.

Kempen ini bertujuan membangkitkan semangat beramal jariah orang ramai sepanjang bulan suci ini. Inilah bulannya pemberian zakat – salah satu daripada lima rukun Islam – ditunaikan. Juga dengan usaha ini diharapkan orang ramai sentiasa prihatin kepada golongan kurang beruntung, bukan
sahaja pada waktu berbuka puasa malah sebagai amalan penyucian kerohanian dalam melayari liku-liku kehidupan.

Jenama ini memanfaatkan Facebook, rangkaian media sosial yang popular ini bukan sahaja untuk membantu menyebarkan kesedaran terhadap ribuan insan miskin dan tanpa tempat berteduh yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur sahaja, bahkan juga untuk sama-sama ‘turun padang’ menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.

Dengan menukar butang “perkongsian” kepada mata wang, Knorr, dengan gandingan kerjasama Pertiwi, mengikrarkan satu hidangan makanan bagi setiap perkongsian filem iklan Ramadhan baharu terbitan mereka. Lebih banyak perkongsian bermakna lebih banyak hidangan makanan yang berkhasiat dan enak dapat diberi kepada golongan susah.

Menurut seorang wakil Unilever, “Knorr mempunyai pernyataan misi untuk membekalkan makanan yang sedap dan berzat untuk seluruh warga Malaysia. Selaras dengan janji ini, kami meletakkan sasaran untuk mengagihagihkan makanan yang sedap dan berzat kepada sekurang-kurangnya 1,000 orang warga kota yang tinggal di lorong-lorong Kuala Lumpur dan bahagian tengah bandar.”

Kempen “Janji Ramadhan” Knorr dipaparkan dalam sebuah video yang menceritakan perihal seorang bapa berjanji akan pulang untuk bersama anak lelakinya yang berbuka puasa kali pertama. Waktu berbuka puasa lazimnya dihargai sebagai waktu tak ternilai untuk merapatkan hubungan sesama ahliahli keluarga dan juga untuk meraikan tamatnya sehari suntuk berpuasa, inilah juga masanya keluarga berkumpul untuk merasai nikmat hidangan makanan dan berkongsi limpahan juadah daripada bulan suci ini.

“Sesuai dengan semangat Ramadhan, pihak kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk ‘beramal’ dengan cara berkongsi ‘berkat’ dengan mereka yang kurang beruntung. Cuma klik untuk memberi satu hidangan makanan bagi seorang insan. Lebih banyak perkongsian yang kami terima, lebih ramailah insan yang dapat kami agihkan makanan,’ wakil Unilever menambah kata.

Untuk memudahkan pengagihan makanan, Knorr bekerjasama dengan Pertiwi, sebuah NGO yang memberi perkhidmatan kemanusiaan berupa bantuan makanan kepada golongan tanpa rumah dan komuniti dhaif yang menghuni bahagian tengah bandar. Pertubuhan ini dari semasa ke semasa mengagihkan makanan siap bungkus serta air minuman bersih kepada pelbagai kelompok penerima dalam Lembah Klang.

Dengan pimpinan dan panduan pihak Pertiwi, Knorr bersama-sama warga kerja kanan Unilever Malaysia akan mengotakan janji dan berkongsi limpahan rahmat Ramadhan pada 31 Mei, 7 Jun, 14 Jun dan 19 Jun.

Ketahuilah lebih lanjut “Janji Ramadhan” di www.facebook.com/KnorrMalaysia atau www.youtube.com/KnorrMalaysia



You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive