Tips Untuk Maintain Susu Di Bulan Puasa

Thursday, May 25, 2017

Lagi 1 hari setengah jer lagi kita nak sambut bulan ramadhan kan. Macam tak percaya jer dah nak puasa. Dah bersedia ker? Dah tau ker Tips Untuk Maintain Susu Di Bulan Puasa? Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, antara perkara yang paling merisaukan ialah pengeluaran susu ketika bulan puasa. Rata-rata ibu menyusu risau susu drop termasuk lah aku. Tak puasa pon aku dah risau sebab susu makin berkurang hasilnya apatah lagi masa bulan puasa nanti.


Risau jangan cakaplah. Dok asyik ulang... 'Macam mana lah puasa nanti. Mesti susu drop ni'.. Haaa.. ko nampak tak mind setting dia. Belum apa-apa dah fikir macam tu kan. Kalau korang nak tahu, PUASA tak akan membuatkan susu kita drop jika kita ada cara yang betul untuk menghadapinya. Macam tu jugak ketika period. Yang membuatkan susu drop mungkin sebab kepenatan terlampau, stress atau mungkin pemakanan yang menjadi punca

Macam mana nak maintain kan pengeluaran susu ketika bulan puasa? Meh amalkan tips ni.


Tips Untuk Maintain Susu Di Bulan Puasa


LEWATKAN BERSAHUR


Kalau boleh sahur tu jangan lah awal-awal. Konon nak sahur awal senang nak buat kerja lain atau sebab nak sambung tidur balik. Macam aku yang ada anak kecil ni sahur awal sebab nak elak anak terbangun. Yang sepatutnya bagi ibu menyusu korang kena pastikan bersahur di hujung hujung waktu.

KURANGKAN MINUMAN BERKAFEIN DAN MAKANAN MANIS


Kuih muih antara juadah berbuka yang selalu masuk mulut dulu. Kalau boleh nak makan semua tapi kena lah beringat. Kurangkan makan kuih muih yang manis nih. Banyak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan nasi waktu berbuka dan bersahur sebab ibu menyusu perlukan tenaga dan kalori yang lebih untuk menghasilkan susu. Elakkan makanan berminyak. Minuman berkafein sila elakkan.

MINUM AIR KOSONG 8 GELAS


Banyak kan minum air masak sebab badan kita memerlukan air yang cukup untuk membolehkan badan menjalankan fungsi termasuk menghasilkan susu. Air yang cukup boleh mengelak kan kita dari keletihan yang teramat. Lebih-lebih lagi kita berpuasa di musim panas berdeting. Boleh juga minum air buah. Paksa diri untuk habiskan air kosong 8 gelas satu malam sebelum tidur.

Tips untuk habiskan air kosong 8 gelas sehari sebelum tidur:

➜ 2 gelas sebelum dan selepas magrib
➜ 2 gelas sebelum dan selepas makan malam
➜ 2 gelas sebelum dan selepas solat Isyak
➜ 2 gelas sebelum tidur dan bangun untuk sahur

BERBUKA DIAWAL WAKTU


Jangan tangguhkan berbuka. Mulakan dengan kurma dan air kosong. Makan jangan terlalu kenyang. Cukup sekadar kenyang. Kalau minum air pon jangan habiskan air sampai bergelas-gelas. Tau lah haus kan. Tapi kena ingat, bila kita habiskan air secara drastik, perut jadi tak selesa dan terlalu kenyang

Bila dah kenyang air, nak makan pon dah tak lalu. Makan lah sikit. Bila dah makan sikit akan menyebabkan nutrien dalam badan tak cukup. Ingat tau, jangan berlebih-lebih minum air.


MAKAN LEBIH KURMA


Kita memang sedia maklum yang kurma banyak khasiatnya sebab kurma mengandungi kandungan glukosa atau gula ringkas yang sangat tinggi dan baik untuk badan. Kandungan glukosa yang tinggi berfungsi untuk membekalkan kembali tenaga dengan cepat dalam badan ibu yang menyusukan anak setelah seharian berpuasa. Sila beli kurma banyak-banyak.

JAGA JADUAL PAM


Untuk ibu yang bekerja macam aku, jadul mengepam yang consistent adalah sangat penting. Aku mengaku yang lately jadual pam aku dah lari. Tu yang susu sedikit drop... huhuhu... Ok... Untuk bulan puasa ni korang kena jaga jadual mengepam. Untuk dapatkan hasil yang memuaskan hati, korang boleh ikut jadual pam ni:

SESI 1 : Selepas sahur / Sebelum solat subuh
SESI 2 : 10.30 / 11.00 pagi
SESI 3 : 2.30 / 3.00 ptg
SESI 4 : Selepas berbuka
SESI 5 : Sebelum tidur

Atau korang boleh adjust sendiri timing sebab bulan puasa balik awal kan. Ikut kesesuaian timing korang ok.

BANYAKKAN ZIKIR DAN ISTIGHFAR


Rezeki... hanya DIA yang maha memberi. Banyakkan ber Zikir dan Istighfar. Doa smoga susu cukup ketika kita berpuasa. Mohon Allah berikan kekuatan dan semangat pada kita untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang


JAGA MINDSET


Dalam banyak-banyak perkara, ini yang terpaling penting sekali... MIND SETTING. Bersedia dari segi mental, bila mental katakan kita boleh, kita boleh lakukannya. Think positive. Antara punca utama kegagalan ibu untuk menyusukan anak ialah MIND SETTING. Buang lah ayat yang ada dalam kepala yang 'Susu mesti drop bulan puasa nanti'. Atau 'Sikitnya susu'. Kalau kita dah fikir macam tu, otak pon akan bagi signal maka itu lah result yang kau akan dapat

Cuba set kan kat minda tu yang 'Susu aku banyak dan cukup untuk anakku'. Maka akan banyak lah susu tu nanti. Aku yang tak ada stok susu ini lagi lah. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Berapa hasil yang aku dapat, itu lah bekalan untuk Harraz. Doa aku setiap kali pam.. 'Ya! Allah... Seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, kau penuhilah ia dengan rahmat dan keberkatan disisimu. Semoga dengan keberkatanmu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku'. Amalkan doa ni.


Pelajarannya di sini... Buang jauh-jauh pemikiran yang Berpuasa atau Datang Period menjadi punca susu kurang. Silalah percaya yang badan kita tetap menghasilkan susu macam biasa melalui simpanan zat yang sedia ada dalam badan. Makan atau tak waktu lunch, badan tetap menghasilkan susu. Kalau rasa susu kurang tu, cari sumber yang boleh manaikkan susu. Buat power pumping dan yang sewaktu dengannya lah yerp. Peringatan untuk aku jugak ni. 

Note: Makin bertambah usia anak kau, makin malas kau nak mengepam. Aku lah ni. Jangan tiru. 


You Might Also Like

3 comments

  1. bagi ibu menyusu ni,memang patut amalkan tips ni..tetiba rindu pulak nak menyusukan anak..hahah

    ReplyDelete
  2. Good info & nice sharing fiza...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive