Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang

Thursday, June 01, 2017

Ada yang tak pernah masak kari sardin ker? Atau tak pernah makan kari sardin? Sedap uolls kari sardin. Makan dengan roti pon best tau. Nak Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang tak? Kalau dah tak tau nak masak apa untuk berbuka atau bersahur, apa kata korang try Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang ni. Bahan bahan pon senang nak cari. Masak pon sekejapan jer Tak payah nak goreng-goreng.


Sekarang ni balik office hari-hari jalan sesak nak mamps. Masa tersangkut dalam jalan sesak tu lah aku dok terfikir nak masak apa lah ni. Menu apa yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. Sekali terfikir sardin ada kat rumah tu. Ok... Buat kari sardin sebab dah lama tak buat. Lagi pon Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang jer nak buat. Ok... Salin resepi ni:

Resepi Kari Sardin Mudah Dan Senang

Bahan-Bahan


  • 1 Tin sardin *Tak kisah jenama apa. Janji sardin, Nak buat lebih, beli lah 2 tin
  • 3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 sudu serbuk kari *Aku pakai sepeket sebab buat 2 tin ☺
  • 1 Tangkai dau kari
  • 3 sudu cili boh/cili kisar *Kalau tak nak letak cili boh/kisar, boleh letak cili padi 4 biji
  • Sedikit halia *Agak-agaklah
  • 2 Biji ubi kentang *ikut suka hati nak potong macam mana
  • 1 Biji tomato *Nak letak lebih pon tak apa
  • Bendi
  • Air Asam Jawa
  • Garam

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan cili kisar/cili boh dan goreng sampai rempah garing dan wangi.

3. Masukkan santan dan air secukupnya. Dah sebati, curahkan ikan sardin dalam tin bersama sosnya sekali. Kalau tak suka sosnya, kau letak ikan ssardin jer lah. Tapi sos dia tu lah lagi sedap bila dah bergabung dengan kari dan santan.

4. Perasakan dengan air asam jawa dan garam. Ikut suka hati korang lah nak kuah tu pekat atau cair. Letak ubi kentang. Bila ubi kentang dah empuk, masukkan tomato dengan bendi. Biarkan sekejap dan tutup api.

5. Letak dalam pinggan kau yang paling cantik dan hidangkan atas meja ☺☺

Ringkas dan cepat dimasak. Sayur mayur macam kentang, bendi dengan tomato tu memang saja aku letak bagi kari sardin tu nampak meriah. Tak payah aku nak goreng sayur lagi sebab dalam kari sardin tu dah ada sayur. Ada jer orang buat tak letak sayur mayur ni. Kari sardin semata. Ikut kesedapan tekak korang. Kari sardin ni makan dengan roti paratha atau mission wrap atau roti canai atau roti biasa tu pon dah sedap kan. 

Haishhhhh... Terbayang-bayang pulak kari sardin ni. Balik kang nak beli roti sebab kari sardin ada lagi. Ok... Sekian resepi dari #makanakempat. Selamat mencuba.

Note: Hari ni nak masak peria dengan taucu lepas tu campur udang... perghhh... 


You Might Also Like

10 comments

  1. sedap mask sardin ni,kdg2 sahur tak reti nak makn pe, sardin pun jadiiii

    ReplyDelete
  2. seriously tak pernah lagi kita buat sardin masak kari...nanti nak jugak cuba2 buat
    Jom join segmen mudah di blog kisahsidairy.
    Boleh klik sini ~ Segmen : Bloglist kisahsidairy.com June 2017~

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pula masak kari sardin..biasa masak sardin yg biasa tu jer...bolehlah cuba lain hari.

    ReplyDelete
  4. Assalam, Salam 7 Ramadhan.. mmg biasa buat kari sardin ni kak... bulan puasa ni, tgk makanan sume nampak sedap.. huhuhu.. ape la menu berbuka petang ni ye kak..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pula aku try masak kari sardin .. boleh try lepas ni.

    ReplyDelete
  6. Baru tau sardin ni boleh masak kari. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive