Alhamdulillah... Bertambah Lagi Usia

Friday, July 07, 2017

07-07-2017... Cantik kan tarikh harini. Alhamdulillah... Bertambah lagi usia. Cepat betul masa berjalan. Macam tak percaya jer umur dah makin meningkat. Macam tak percaya jer lagi beberapa tahun nak masuk ker angka empat dah umur aku. Tak percaya ker? Silalah percaya. Nampak jer muka macam muda lagi. Tapi umur dah bannyak woihh!!! Apa ada pada angka kan. Yang penting muka aku sweet 20. Macam dalam gambar passport ni... erkkk... kahkahkah...


Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Terima kasih dekat mak yang bertarung nyawa melahirkan aku yang seberat 7 paun 7 auns dulu. Semuanya 7 kan. Terima kasih padaNYA atas pinjaman setiap nafas dan kehidupan hingga saat ini. Terima kasih atas dugaan dan cabaran yang diberi yang buat aku kuat untuk menghadapinya. Terima kasih atas pemberian kesabaran yang buat aku tabah untuk setiap ujian yang datang.

Ucapan buat diri sendiri... Semoga terus kental dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan warna warni dan onak duri. Semoga diberi kesihatan baik dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Alhamdulillah... Diusia sekarang ni aku di kurniakan dengan 4 orang anak. Bila umur dah makin banyak ni, banyak benda yang selalu terlintas difikiran. Antaranya nak belajar mengaji... Nak belajar tajwid dan macam-macam lagi lah.... hurmmm... Tunggu anak dah besar sikit gamaknya. 

Oh! ya... Terima kasih semua atas ucapan dan doa kawan-kawan kat IG, FB dan WA. Aamiin atas semua doa-doa yang diberikan ☺

'Ya Allah... KAU berkatilah dan redhailah umur yang telah KAU berikan padaku. Ya Allah... KAU panjangkanlah umurku dalam ketaatan aku kepadaMU'

Note: Rasa macam nak buat kek malam ni ☺



You Might Also Like

8 comments

  1. happy birthday kak.. semoga sihat dan murah rezeki selalu ^^

    ReplyDelete
  2. Happy Besday.. sama lah jue pun nak belajar mengaji balik..

    ReplyDelete
  3. Sannah Helwah Fiza, wish kat sini plak

    ReplyDelete
  4. Happy birthday akak...maintain nampak muda selalu okey..hehehe

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir fiza...moga rahmat Allah sentiasa bersama fiza

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir,
    Semoga Panjang Umur dan Dimurahkan Rezeki :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive