Anak Nangis Nak Susu, Ibu Nak Solat. Mana Lebih Utama?

Thursday, July 27, 2017

Menarik tak tajuk tu? Info ni bukan untuk Ibu yang menyusukan anak saja yer. Boleh juga untuk anak yang menyusu botol. Pernah terlintas difikiran korang tak pasal masalah  ni? Honestly… Aku pernah terfikir pasal ni. Anak Nangis Nak susu, Ibu nak Solat, Mana Lebih Utama? Kau nak dahulukan yang mana satu?

My Koala Bear ☺

Dapat pulak anak kau jenis koala bear. Asyik nak melekap jer. Pantang nampak kau tak ada depan mata dia. Kau masuk bilik, dia ikut. Kau masuk dapur, dia ikut jugak. Kau sidai baju, terkedek-kedek mengikut. Kau masuk bilik air, dia meraung depan pintu bilik air sambil ketuk pintu. Pada hal kau dak amik wudhu. Abang-abang dan kakak ada jer dengan dia. Kalau ada orang pon macam tu perangai dia apatah lagi kalau kau berdua jer dengan dia.

Kalau kau solat dalam keadaan anak yang menangis macam kena rotan, memang tak kusyuk dibuatnya. Kalau kau susukan anak, tapi anak kau amik masa yang lama untuk menyusu especially time waktu solat yang singkat macam maghrib, macam mana nak buat tu? Ini ada jawapannya.

Tentu situasi ini kerap dilalui oleh para ibu yang ada anak kecil dan menyusukan anak dengan susu ibu. Kadangkala bila anak menangis kerana hendak menyusu, ibu terpaksa melewatkan waktu solatnya. Apakah cara ini betul mengikut hukum Islam? Menurut penerangan seperti dipetik daripada laman web [Mufti Wilayah Persekutuan], perkara ini perlu dilihat daripada dua situasi.

Situasi pertama


Jika waktu solat berbaki amat pendek maka hendaklah diutamakan perlaksanaan solat kerana kewajipan solat sudah menjadi mudayyaq, atau sempit.

Situasi kedua


Jika waktu solat berbaki masih panjang maka hendaklah si isteri menyusukan anak kerana mentaati suaminya, dan juga menghilangkan dahaga anaknya, serta menghilangkan perkara yang boleh mengganggu khusyuk solat.

Daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَحَضَرَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ

Maksudnya: Apabila solat hampir dilaksanakan lalu didatangkan makan malam, maka mulakan dengan makan malam.

Hadis riwayat al-Bukhari (no. 5465)

Hadis ini menunjukkan bahawa matlamat solat adalah untuk mendatangkan khusyuk. Justeru perlu dihilangkan perkara yang mengganggu khusyuk sebelum solat.

Ini dikuatkan dengan hadis lain bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ، وَلَا هُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ

Maksudnya: Tidak sempurna solat ketika makanan dihidangkan, dan tidak sempurna solat bagi orang yang menahan dua benda kotor (kencing dan tinja).

Hadis riwayat Muslim (no. 560)

إِنِّي لَأَدْخُلُ فِي الصَّلاَةِ وَأَنَا أُرِيدُ إِطَالَتَهَا، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلاَتِي مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya aku sedang berada dalam solat dan aku ingin memanjangkan solat itu, kemudian aku mendengar suara tangisan bayi, justeru aku ringkaskan solatku kerana aku tahu betapa terkesannya perasaan ibu (yang menjadi makmum Nabi – pent.) itu mendengar anaknya menangis.

Hadis riwayat al-Bukhari (no. 709)

Hadis ini menunjukkan hati ibu perlu tenang dan tidak terganggu dangan tangisan bayi, perasaan rimas dan gusar kerana anaknya lapar.

Wallahua’lam. Sumber [SINI]

OK... Jelaskan penerangannya. Macam aku.. Setiap kali nak solat, ada masa anak soleh Iman Harraz anak nangis. Pada hal dah bagi susu. Ntah apa masalah pon aku tak tahu. Aku bentang sekali sejadah kecik. soh dia duduk situ. Buat pekak telinga jer lah dia nangis. Solat macam biasa. Nanti senyap lah dia bila kau tak layan. Siap follow kau solat. Comel jer nengok.




You Might Also Like

23 comments

  1. Anak lagi penting. supaya solat tak terganggu lebih khusyuk...

    ReplyDelete
  2. hahaha...Ya Ampun...Sally pernah terfikir pasal benda ni sbb pernah facing masalah yg sama dekat dalam surau...tapi masa tu tak terfikir la mana yg perlu sbb pada Sally baik diamkan anak sbb mengganggu org lain dalam surau kan? thanks for sharing kak!

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan kedua-dua situasi . Btw im new follower

    ReplyDelete
  4. Masib baik anak sis semua dah besar pjg. Masa dia kecik pun tak ada prob jugak

    ReplyDelete
  5. Kalau waktu pendek terpsksa la solat dulu minta anak duk sebelah.. Terutama maghrib tp klu masa pnjg lg dulukan anak laa...

    ReplyDelete
  6. Hadoii kan..kalau takde sape kat rumah,terpaksalah dulukan menyusu..

    ReplyDelete
  7. sekarang dah ok.. letak jer tepi bagi menan asalkan dia nampak mama dia.. kalo tak nampak dia meraung.. kekadang dia datang meruntun jugak so sembahyang mcm biasa jer.. heheheh

    ReplyDelete
  8. Kena ikut situasi.
    Rancang masa penyusuan bayi/anak agar tidak mengganggu bila masuk waktu solat.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sis share ilmu yg sangat berguna ni. Walau tak kahwin lagi tapi boleh tambah ilmu, persediaan bila dah ada anak nnti

    ReplyDelete
  10. Lama-lama nanti dia faham, dia tak nangis dah lah. sebab asyik2 nangis, mama tak layan. kekee

    ReplyDelete
  11. Mmg bdk bf ni manja kemahen...ms zmn dhia n dzal dulu . Allah je yg tahu. Bf dedua. Dedua mcm2..

    ReplyDelete
  12. Sama la tu kaedah yg dok buat... Kalau suami ada dia la tlg tgkkan... Skgni
    Kakak dia dh boleh diharap... Jadi boleh la Solat...

    ReplyDelete
  13. Sebab itu kita digalakkan solat diawal waktunya.

    Menangis ok lagi. Cer dia panjat kita time solat hahahah.. tak pun senyap semacam je. Tau2 habis barang make up dia main hahaha

    ReplyDelete
  14. pengalaman dulu, kenyangkan anak then baru solat.. at least xde serabut dgr anak nangis dan solat akan jadi tak kusyukk.. time management tu sgt penting bagi ibu ibu yang menyusukan anak..

    ReplyDelete
  15. Haha. Thanks for the sharing about this. Memang membantu especially untuk new mums.

    ReplyDelete
  16. Yaya pun baru nak biasakan diri. Time kita dah niat solat tulah dia menangis aduhai teruskan solat juga tp nak tersasul sasul rasa bacaannya tu

    ReplyDelete
  17. Ada 2 situasi dengan solution yang berbeza. Kita belum ada anak ni pon jelas dengan penerangan. nanti in future kalau ada masalah macam ni, dah tahu nak buat ape. hehe

    ReplyDelete
  18. Salma pun xboleh dengar anak menangis. Makanya bagi menyusu dulu xpun pass pada orang lain suruh jagakan jap. Haha

    ReplyDelete
  19. Mmg dilemma kalau nak solat anak Pula nangis Kan huhuu

    ReplyDelete
  20. Hihi....betul la tu, kalau dah nak habis waktu kena lah solat dulu, kalau tak bagi kenyang dia dulu....nanti dia bertular jadi hulk lagi haru...hahaha

    ReplyDelete
  21. Thanks for the detail infor, being a mother there are many challenges.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih share info ini kak. Yelah di zaman moden ini memnag banyak yang masih tidak peka dalam situasi cegini kan...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive