Oh! My Road Tax!!!

Wednesday, July 05, 2017

Orang lain sibuk cerita pasal Raya. Kau sibuk citer pasal Road tax. Tak apalah.. esok-esok boleh cerita. Raya kan sebulan. Ada masa lagi.. hahaha... Malas nak edit-edir gambar raya. Nak mengarang kisah pasal raya pon malas lagi. Ni nak citer kisah sebelum raya haritu. Oh! My Road tax. Nasib lah aku perasan sebelum raya. Kisahny Oh! My Road tax!!!


Road tax keta dah menamatkan perkhidmatannya 12 June 2017. Aku renew road tax on 6 June. Renew dengan MyEG jer. Harini renew esok dah dapat. Memang pantas service MyEG nih. Ok.. Back to the story. Bila dah dapat road tax, seeloknya kau tampal lah terus kan. Ini tidak... road tax lama masih belum cabut tapi road tax baru memang bawak gi mana-mana. Masih dalam sampul lagi hokay. Bayangkan kau dah dapat rod tax 2 minggu tapi masih tak bertampal lagi. 

Entah macam mana tiba-tiba aku teringat pasal road tax kereta yang masih dalam sampul tu. Sebab nak raya kan. Konon nak tampal. Sekali bila cari-cari dalam bag tak ada. Masa tu dah hari rabu. Lagi 4 hari nak raya woih!! Tak apa.. relax lagi. Balik jer kerja malam tu aku selongkar cari kat rumah pulak. Ok... tak ada jugak. Cari pulak dalam kereta kot terselit. Pon tak ada. Ok... Tarik nafas. Cari dan selongkar lagi dalam bag, dalam plastic bag, dekat almari dan celah-celah buku. Khamis tu cari lagi dekat office. Buka laci meja. Cari bawah meja kot terjatuh kan. Argghhhhh... Tak ada jugak!!! I is dah start stress. Ada masa 2 hari jer lagi ni kalau nak reprint balik road tax.

Tingggg!!! Teringat cousin yang kerja dekat JPJ Bangi. Terus call dia hari Khamis tu. Citer pasal road tax aku yang hilang tu. Tanya procedure nak buat road tax baru. Dia kata senang jer, isi form dulu and bawa photostat IC Hubs dan aku. Lepas tu jumaat pagi datang jumpa dia terus. Dia kata kena charge dalam RM20. Hilang rasa beban dalam kepala. Hubs tak tau lagi road tax keta hilang. Malam tu tanya kot dia ada ternampak road tax kereta. Tak nampak katanya. Aku pon bagi taulah yang road tax kereta dah hilang. Nasib lah dia tak bising.. muahahaha...

Jumaat tu aku gi JPJ dalam pukul 9.00 pagi. Dengan hangkut KimiQahirahHarraz. Siapa nak pegang Harraz masa nak isi borang nanti? Ingatkan tak ramai lah orang sebab dah jumaat dan nak raya kan. Sekali hamek kau... Ramai orang. Sampai jer kaunter terus minta borang. Citer masalah aku. Sekali dia kata tak boleh nak buat sebab owner kereta @ hubs yang kena datang sendiri. Atau kalau ada geran kereta. Tak apa lah.. Isi jer borang aku terus call cousin aku. Soh naik jumap dia terus kat Tingkat 2 sambil dia tanya bawa photostat IC ker tak?

Dammnnnn... Aku terlupa nak bawak benda penting tu. Naisb lah JPJ Bangi tu dekat jer dengan rumah. Patah balik rumah cari photostat aku dengan hubs. Mana aku nak cekau photostat hubs ni. Selongkar punya selongkar almari, jumpa jugak. Syukur allah permudahkan urusan aku hari jumaat tu. Maka berpatah balik lah ke JPJ Bangi.

Jumpa jer cousin. Bagi form and photostat IC bagai. Tunggu kejap. Tak sampai 5 minit dah siap road tax baru. Bukan RM20, tapi RM50 kena charge untuk reprint balik road tax yang baru. Tak apa lah. Salah kau jugak kan sebab careless sampai hilang road tax tu kau kerjakan. Nasib lah kau perasan lagi beberapa hari nak raya. Kalau tak perasan, mau tak berjalan raya kau dibuatnya. 

Aku pon tak tahu mana road tax tu pergi. Tercicir ker? Atau terbuang? Puas cari memang tak jumpa langsung. Dan aku harap tak akan jumpa. Mau sakit hati aku kalau tetiba jumpa balik road tax tu. Dah reprint baru kau nak muncul. Terbang dah RM50 tau... hahaha... Pengajarannya di sini... Lepas dapat road tax kereta tu silalah tampal terus kat cermin yerp.

Note: 1st time kena nih ☺


You Might Also Like

6 comments

  1. Uik 12 jun besday lea tu.. hehehe.. Kete Lea pun tak lama dah nk tamat roadtax nya tu.. Aduii duit lagik.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya.. Anam pun Sana kes juga beli awal pastu lupa letak mana. Tapi kes mama jumpa

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pula tercicir roadtax noks, tapi terlupa pasang tu adalah. Dah renew lama tapi masih kemas simpan kat dalam laci keta .. hehe
    Selamat Hari Raya Noks .. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. Aduhai. Lain kali kena hati-hati and simpan baik-baik :)

    ReplyDelete
  5. hehehe bulan 7 ni roadtax CT plak.. bank da mula call tu suruh bayar ngeh3..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive