Oh! My TUPPERWARE!!!

Monday, July 31, 2017

Oh! My TUPPERWARE!! | Jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar dan pengumpul-pengumpul bekas makanan berjenama nih. Aku pon tak tahu lah apa istimewanya dengan jenama Tupperware ni sampai orang sanggup berhabis duit membelinya. Termasuklah aku. Tapi tak ada lah fanatik sangat. Bukan murah. Boleh tahan mahal jugak harganya tau. Lagi best, ada yang suka beli sebagai koleksi. Pakai nya tidak. 

Memang best sebenarnya jenama Tupperware ni sebab berkualiti dan designnya pon cantik-cantik. Ini lah puncanya orang orang sanggup berhabis duit. Kadang-kadang rambang mata kau dibuatnya bila tangok catalogue. Rasa macam nak beli semua design yang cantik-cantik. Tapi yang tak bestnya… Bila Tupperware kau jahanam. Jahanam digigit tikus woihhh!!!! Oh! My TUPPERWARE. Tengok lah nih:


Nak nangis dibuatnya. Sakit betul hati aku. Dah lama tikus tak mengganas macam ni kat office. Selalu memang aku letak dalam drawer Tupperware ni. Sekali last week lupa nak letak. Esoknya datang dah serupa gittew jadinya. Sebelum ni ada cubaan menceroboh Tupperware. Tapi tak lepas. Nampak lah kesan gigitan sikit kat tepi penutup tu. 

Dia tak puas hati gamaknya. Gi asah gigi kot sampai pecah habis dikerjakannya. Misi kau berjaya yer tikus. Dengan biskut-biskut habis dibedalnya. Dah kembali mengganas nampaknya tikus ni. Ni kali kedua bekas makanan jenama TUPPERWARE aku digigit tikus. Dah lah bulan lepas si Qhalif pergi jahanam kan sandwich keeper brand TUPPERWARE jugak. Termasuk ni dah 3 tupperware aku rosak... huhuuhuhuhuhuhuhu....

Macam ni lah rupa sandwich keeper tu. Klip penutup tu patah dikerjakan si Iman Qhalif. Aku ada 3 sandwich keeper. Satu dah rosak, tinggal 2. Tambah sadis... Sandwich keeper gambar sesame street macam dalam gambar tu dah hilang dari pandangan mata aku. Tak tahu lah mana dia menyorok. Tinggal satu jadinya daripada tiga. bekas. Nak kena cari jugak ni. Tengok sandwich keeper ni rasa macam nak menambah koleksi balik lah. 

Macam ni lah penangan tupperware. Jangan sekali-kali kau rosakkan atau hilangkan. Kalau korang bekalkan makanan dekat suami pakai bekas tupperware ni, kena pesan jangan bagi hilang atau tertinggal. Memang cari nahas jawabnya. Orang perempuan dan jenama Tupperware memang sensitive sikit. Dengan si qhalif pon aku bising . Sedih woihhh!!!

Note: Kalau pergi kedai tupperware boleh beli tutup saja tak... hurmmm... Nak buang sayang pulak.



You Might Also Like

49 comments

  1. kat rumah ni lipas tau.. abis dia gerit tepi tupperware.. geram betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kat office jue. Kat rumah jangan cakaplah. Lipas dan cicak banyak.

      Delete
  2. Kuatnya gigi tikus tu kan. Huhu.

    ReplyDelete
  3. boleh je beli tutup dia tapi biasanya dpt color ikut stok yang ada. Kadang-kadang ada yang boleh tukar FOC je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena gi kedai tupperware ni. Nak buang rasa sayang ☺

      Delete
  4. Boleh rosak mood nak bawak bekal ne

    ReplyDelete
  5. betul sangat, kalau bagi budak atau laki tupperware wajib pesan tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betapa sayangnya dengan tupperware ni zuhaira. Berbakul pesanan panaja ☺☺

      Delete
  6. Alahaiii....sakit hati kita dengan cikti tu...tak pe la mungkin rezeki lain..atau nak dapat tupperware baru kan=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak mengumpul stok balik ni nini ☺☺

      Delete
  7. Alahai... Rest in peace tudung tupperware... huhuhu
    Mana tikus tu? tangkap dia hidup2... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia merayap memalam nur. Kekadang siang pon ada.

      Delete
  8. Hmm sayangnya, boleh pulak dia kekah penutup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sangat aju. Misi dia dah berjaya. Tajam giler gigi tikus ni.

      Delete
  9. Sabar lah akak selalu bekas2 plastik ni di simpan di tempat yang selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah maha. Lupa nak simpan. Ini lah padahnya... huhuhu...

      Delete
  10. ahahaha. iyalah tu tikus tu asah gigi. takut karat. saya faham sangat ramai suka kumpul. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tikus besar kot ni hasif. Orang pompuan dan tupperware berpisah tiada gittew ☺☺

      Delete
  11. Tikus pun peminat jenama tupperware.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menghairankan mohd zarin. Dia tak tahu ke tupperware ni mahal.

      Delete
  12. so cute tupperware, suitable for kids and adults to use too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute kan sherry. Once you dah beli mesti akan beli lagi ☺

      Delete
  13. Comelnya sandwich keeper tu. Marsha pun peminat tupperware jugak. Skrg dok kumpul yang hello kitty punya. Tp xbg anak guna lagi takut hancusss....hihi. Mak dia buat pekasam dulu...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhantu kan tupperware ni marsha. Akk memang suka sandwich keeper ni sebab design cute-cute. Lpas ni tak nak bagi anak pakai lagi dah.

      Delete
  14. Huh.. sedih tengok penutup tu.. mcm pendengki je jenis tikus yg buat tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pendengki tikus ni tau KK... huhuhu...

      Delete
  15. Mau kalau anak-anak tengok ni gerenti kena belikan. Bukan satu tapi tiga... Hahahahha... Tahan lama dan tahan lasak. Memang berbaloi la membeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau mak pon dah suka anak apatah lagi kan.

      Delete
  16. Dulu mmg gunakan tuppaware sb kakak jd ahli..lps tu lama2 senyap so beli je le yg biasa2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau jadi ahli. Dapat harga ahli bila beli ☺

      Delete
  17. Alahai sedihnya! Ada kawan saya bagi tips kalau nak elak serangan cik ti ni, lepas kita makan, lap bahagian luar tupperware tu dengan kain bersih betul-betul. Kadang-kadang bila kita makan, tangan tinggalkan bau masa sentuh tupperware. Senanglah si cik ti nak menghidu-hidu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... boleh try nanti ni. Tapi tupperware kita tu isi biskut jer Farrah. Cikti dah lapar sangat kot. suma dibedalnya ☺

      Delete
  18. Alahai sedihnya! Ada kawan saya bagi tips kalau nak elak serangan cik ti ni, lepas kita makan, lap bahagian luar tupperware tu dengan kain bersih betul-betul. Kadang-kadang bila kita makan, tangan tinggalkan bau masa sentuh tupperware. Senanglah si cik ti nak menghidu-hidu 😊

    ReplyDelete
  19. Mak-mak dengan tupperware memang tak dapat pisahkan

    ReplyDelete
  20. ahahaha,.lawak post akak, best,.saya rasa macam tupperware saya pulak yang tikus tu jahanamkan, geram je ngan tikus tu.

    ReplyDelete
  21. Tuppeware ni berhantu. Berani la rosakkan memang 7 keturun pon mak duk mengungkit hehehe

    ReplyDelete
  22. Hahahaha Bagus jenama Tupperware ini... Sampaikan tikus pun berkenan hahahahha

    ReplyDelete
  23. Rasanya ada yang jual tutup sahaja - I ada nampak kat bazaar

    ReplyDelete
  24. Teringin beli.tupoerware ni tapi takde rumah sendiri. Haha

    ReplyDelete
  25. sama la kite..skang nie dh gile nak beli tupperware..sebab tuh xnk start tp bile dh ter-start susah betul nak stop..hahaha..sandwich keeper tuh tersgt comel hokeyh..

    ReplyDelete
  26. Haahaha. Tupperware ni memang legend la. Masa sekolah dulu, puas la kena marah dengan mak. Jangan hilang! Jangan tertinggal! Bawa balik!!! Hahaha. Sekarang dah jadi isteri dan mak. Saya pun warning camtu kat suami dan anak-anak. Hahahaha

    ReplyDelete
  27. Alahaiii sygnya lah. Mesti rse nk nangis kan. Tapi xpe lah brg tu blh di ganti. sabo je la ngn perangai ank. hehehe

    ReplyDelete
  28. Sis boleh Cuba Tanya boleh replace tak? Entah entah ada kot 😂

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive