Oh! My Wallet!!

Monday, July 17, 2017

Selain dari Handbag, wallet antara keperluan untuk menyimpan semua harta benda seperti IC, lesen memandu, Insurance card, debit card, IC anak-anak, name card dan macam-macam kad lagi lah selain jadi tempat menyimpan duit. Sebab senang nak bawak gi mana-mana kan. Tak kan nak usung handbag nak pergi kedai kan. Lagi besar wallet kau lagi banyak barang yang boleh disimpan. Handphone pon kau letak jugak dalam wallet *akulahtu. Oh! My Wallet. Ini pon dah buat wallet penuh.

Oh! My Wallet!!

Tapi perasan tak. Selain dari barang-barang yang aku senaraikan tu, ada lagi barang yang buat wallet kau cepat penuh dan boleh jadi cepat rosak dan buruk? Dan aku rasa kebanyakan perempuan alami symptom sama macam aku. Iaitu suka sumbat segala macam resit dalam wallet. Betul tak?

Kau sebut jer resit apa. Resit Touch and Go, resit ATM, resit restaurant, resit beli barang dapur, resit isi minyak, resit yuran tadika, resit parking, resit service kereta dan macam-macam resit lagi. Kalau kau tak punggah isi dalam wallet kau, memang kembung semacam bentuknya. Kalau lah wallet tu boleh bercakap, mau dia minta nyawa suruh kau clearkan isi dalam tu… kahkahkah…

Oh! My Wallet!!

Bukan tak rajin kemas wallet yerp. Kau dah kemas dan buang semua resit yang tak pakai. Tapi kau sendiri tak tahu bila masa wallet kau penuh balik dengan resit-resit… ppffttt… Alasan lettew kan… ekekeke… Betul lah. Aku kalau tengok wallet kembung semacam memang aku akan check apa penyebab nya. Tapi tu lah, nampak sangat kau suka simpan resit sebenarnya kan… ngeeee…

Biasalah… Kadang-kadang pergi shopping barang dapur. Konon-konon nak check balik harga semua barang-barang tu. Betul ker harganya. Ada ker tak barang dalam resit tu. Macam lah kau ada masa nak check semua kan. Kalau shopping barang dapur untuk sebulan punya resit. Lupakan saja lah. Kalau setakat kedai runcit punya resit, boleh lah kau nak check. Sebab aku pernah terkena. Beli roti gardenia sebuku. Tapi dia charga harga untuk 2 buku roti. Balik rumah baru nak check resit. Memang tak lah aku nak patah balik pergi kedai kan. Halalkan saja lah harga roti RM2.50 tu. 

Kesimpulannya… Sudah-sudah lah kumpul resit dalam wallet. Dapat jer resit, silalah buang terus. Boleh jahanam wallet kau dibuatnya. Kalau wallet kembung sebab penuh dengan duit tak apa jugak kan. Ni wallet kembung sebab penuh dengan resit... huhuhu... Kalau resit untuk claim tu, kau jangan buang pulak. Tu resit duit namanya. Nangis tak berlagu kalau kau terbuang.

Note: Wallet pon dah nazak. Nak kena cari wallet baru ☺


You Might Also Like

8 comments

  1. hehhee... betul tu sis... mmg slu duk penuh ngan resit, duit sikit je...

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri...lama x menyinggah sini...ya betul tu...resit memang berlambak sangat dalam wallet...huhuhu...dah memang habit agaknya duk perap resit dalam wallet...

    ReplyDelete
  3. Memang tabiat perempuan.... penuh resit... time "audit" je baru buang... huhu

    ReplyDelete
  4. Nama pun perempuan kak..wallet sy pun penuh resit..hahaha

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Bila time wallet cleaning mcm2 jumpa haha

    ReplyDelete
  6. sama cam saya, beranika resit terselit dalam purse

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive