Yeayyyy... Saya Dah Boleh Berjalan!!

Friday, July 14, 2017

Antara moment indah bagi seorang ibu, bila anak dia dah pandai meniarap, mengesot, duduk, merangkak, bertatih sampailah bila anak dia dah boleh berjalan. Yeayyyy... Saya Dah Boleh Berjalan. Umur 16 Bulan @ 1 Tahun 4 Bulan baru anak kau boleh berjalan. Bagi sesetengah orang, usia macam ni di kira lewat sangat berjalan sebab secara amnya kanak-kanak mula berjalan seawal usia sembilan bulan. Risau ker bila anak lambat berjalan? Atau cemburu tengok anak orang lain yang sebaya dengan anak kau dah boleh berjalan tapi anak kau masih bertatih?


Sikit pon tak risau sebenarnya. Cemburu apatah lagi. Cuma aku risau dengan persepsi sesetengah orang yang akan terkejut bila kau bagitau anak kau masih belum boleh berjalan even umur dia dah setahun lebih. Tak dinafikan, mungkin ada juga parents yang risau bila anak dia lambat berjalan. Lebih-lebih lagi bila tengok IG @theyusufiskandar yang boleh dikatakan development nya agak cepat. Mulalah ada yang komen 'cepatnya jalan. Anak saya tak jalan lagi'... 'umur anak kita sebaya. Tapi anak saya masih belum boleh berjalan'... 'Bestnya dah boleh jalan. Tak sabar nak tunggu anak saya berjalan'... Gittew lah contohnya. Rajin betul kau baca komen kan... Kahkahkah...

Korang kena ingat, development setiap anak-anak kita ni berlainan. Ada yang cepat development nya dan ada yang lambat. Chill lah babe. Cuma korang patut dan perlu risau kalau anak masih tidak dapat berjalan atau tidak berjalan dengan betul selepas 18 bulan. Yang ni memang kena cepat-cepat rujuk dengan doctor pakar. Kelewatan anak berjalan perlu diambil serius oleh parents agar perkembangan mereka tidak lewat dan membantutkan keseluruhan perkembangan otot-otot lain yang dibimbangkan membawa kepada masalah yang lebih buruk.


Bahaya Ker Anak Lambat Berjalan?


Bagi aku, kalau dah anak ada masalah lambat berjalan tu, mesti ada something wrong somewhere. Menurut Ketua Pusat Perkembangan Kanak-kanak Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Juriza Ismail, punca kelewatan berjalan berkaitan dengan masalah otot, tulang dan saraf dan otak. Ini juga merupakan tanda kepada masalah seperti sindrom Down, serebral palsy, distrofi otot, congenital hip dysplasia serta penyakit-penyakit lain.

Kelewatan berjalan juga boleh merupakan sebahagian dari kelewatan perkembangan global (GDD) di mana kanak-kanak itu mengalami kelewatan perkembangan dalam dua atau lebih bidang perkembangan seperti kelewatan perkembangan motor halus, pendengaran, pertuturan dan kemahiran sosial. Ini disebabkan oleh masalah perkembangan otak, masalah kecelaruan genetik dan masalah inborn error of metabolism.

Seperti yang kita sedia maklum, proses perkembangan motor kasar kanak-kanak adalah menurut urutan yang tertentu. Pada usia enam mereka mampu untuk meniarap, kemudian duduk, merangkak dan seterusnya cuba berpaut untuk berdiri apabila mencecah usia sembilan bulan. Pada usia sepuluh bulan dan ke atas, bayi akan mula bertatih dengan berpaut kepada orang dewasa atau perabot di sekelilingnya. 

Pada usia itu, kita sebagai parents perlu memberi rangsangan kepada anak untuk berjalan dengan kaedah memimpin anak tersebut, bermula dengan memimpin kedua-dua belah tangan dan kemudian memimpin sebelah tangan. Anak akan berjalan dengan sendirinya apabila mereka mempunyai keyakinan dan keseimbangan, jadi parents perlu peka dengan kebolehan anak melalui pemerhatian ketika anak mula berjalan.

Sumber: [SINI]

Tengok lah ni. Saya dah boleh berjalan ☺


Sejujurnya... Pengalaman anak pertama yang lambat berjalan memang amat merisaukan. Bukan aku jer yang risau. Orang sekelilling pon risau. Mana tak risau, umur dah 17 bulan masih belum berjalan. Siap bagi petua suruh bawak anak berjalan atas rumput. Bagi anak pijak embun lah. Mak siap suruh bawah pergi berubat. Bawaklah pergi berubat. Orang tu siap cakap kena kenan. Entah kenan apa pon aku tak tahu. Siap mandi air bunga bagai. Risau punya pasal kan. Yang aku pulak tak reti nak search dekat internet. Maklumlah... anak sulung kan. Ilmu parenting masih kurang. Hurmmm... Tak lama lepas tu dah boleh berjalan. 

Itulah dia pengalaman masa anak pertama. Masuk anak kedua dan seterusnya. Aku dah tak risau lagi dah kalau anak-anak lambat berjalan. Sebab dah banyak info yang aku dapat. Dah tak kisah kalau orang bertanya pasal anak dah boleh jalan ke belum sebab aku dah ada jawapan nak menjawab. Kesimpulannya... Development anak sama ada cepat atau lambat. Sebab tu kita kena rajin membaca. Cari info kalau tak tahu.

Note: Iman Harraz ni dapat package berjalan dengan memanjat sekali ☺


You Might Also Like

28 comments

  1. Alhamdulillah.. good progress tu.. sokay, saya pun dah nak 2 tahun baru boleh jalan..based apa parents citer la..

    ReplyDelete
  2. nampaknya kena ready berkejaranlah dengan budak comel ni..heheh
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  3. Anak saya genap 1 tahun berjalan dah, lambat atau cepat bergantung kpd pembesaran anak-anak...

    ReplyDelete
  4. Ok je! Anak saya yang boy lambat dapat berjalan. Dekat 2 tahun jugak.

    ReplyDelete
  5. ada jugak kadang2 ank jalan lambat...

    ReplyDelete
  6. Lain anak lain la perkembangan dia kan..

    ReplyDelete
  7. Betul tu, perkembangan kanak-kanak memang berbeza..

    Ada yang cepat, ada juga yang lambat.. tak kira dari segi pergerakan fizikal ataupun pertuturan.

    Yang penting, membesar dengan sihat walafiat.

    ReplyDelete
  8. Cepatnya dia dapat kaki...abis la..nak berjalan jer la dia nanti ni...pas ni dia berlari plak...

    ReplyDelete
  9. Alahai comelnya... tak taulah macam mana perasaannya sebab belum lagi jadi bapa. haha. tapi boleh faham kot, iyalah ia mesti jadi momen bermakna untuk ibu bapa kan? wah.. iman harraz dapat pakej memanjat terus! advance!

    ReplyDelete
  10. Congrats!!! Mesti you busy giler bila anak boleh berjalan...nanti berlari lagi u busy! hehehe

    ReplyDelete
  11. Yang penting anak membesar dengan sihat. Jangan gesa pertumbuhan anak2 takut akan ada yang terganggu kemudian. Tahniah and you're a big boy now.

    ReplyDelete
  12. comelnyaaaa.
    mak BV pernah mention dulu2 BV antara yg paling lambat berjalan, dah umur 1tahun rasanya baru pandai jalan betul2. :D

    ReplyDelete
  13. Agak lewat juga tue....

    Anak kedua kita, umur 8 bulan dah start berjalan... laju pula tue.. xlarat nak kejar....

    tp xkisah awal atau lambat.. jnji dapat kaki, xlupa diri hahahah

    ReplyDelete
  14. Alahaiiii comelnya awok nakkk... Lambat atau cepat berjalan bergantung pada anak. Jangan dipaksa nanti lain jadinya. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi ank yg soleh ye syg.

    ReplyDelete
  15. yeay....tahniah si comel....betul tu...ini adalah moment terindah bagi seorang ibu

    ReplyDelete
  16. Payah kalau kite asyik nak compare dengan orang lain je pasal perkembangan anak kan. Rasa jeles, tak sedap hati semua. So, selalunya, Fadzi tak ambil peduli sangat dengan perkembangan anak orang lain sebab Fadzi tak nak ada rasa cemburu macam tu. Anyway, tahniah. Get ready untuk berpenat kejar anak nanti hahahaha

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah Yeay seronoknya dah pandai berjalan. Alja ada anak buah 12 org, yg latest ni baby berusia 10bulan, sangat comel bila dia tonggek kan bontot sebab nak jalan last-2 terduduk. Haha

    ReplyDelete
  18. Fuhhh dah dapat kaki. Bleh slim mak ayah kejor anak. Hahaha. Comel kan bila mereka bleh Jalan. Bahagian yg paling seronok bila bergelar ibu bapa.

    ReplyDelete
  19. ALA2.. COMELNYE ADIK NI..TAHNIAH DIK

    ReplyDelete
  20. Betul tu. Lain anak lain perkembangan dia. Tak perlu risau sangat kalau doctor kata ok je :)

    ReplyDelete
  21. bestttttttttttnya! paling best bila tengok orang yang kita sayang dah mula membesar dengan jayanya kan :D

    ReplyDelete
  22. a great milestone for every parent and child, hopefully more steps and soon he'll be running around!

    ReplyDelete
  23. Kadang2 kita tak risau sgt tapi mulut org yg negatif buatkan kita rasa lain macem . Yeyyy gud boy dah boleh jalan ..

    ReplyDelete
  24. jgn stress2...dlm anak2 sendiri pun xsama perkembngn ini pula dgn ank org kan..

    ReplyDelete
  25. Waahh!! Dah pandai berjalan ni, rancaklah lepas ni nak explore dunia..

    ReplyDelete
  26. Yay! pandai nyer adik ni. Baik-baik tau

    ReplyDelete
  27. takpe..yang penting anak kita sihat..ada budak cepat jalan tapi gigi pulak lambat..hehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive