Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun | Salam Maal hijrah 1439H

Thursday, September 21, 2017

Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. Dan usia kita pon memasuki usia yang baru. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. 


Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1438 Hijrah dan selamat datang 1439 Hijrah. Cepat betul masa berjalan sekarang nih. Jangan lupa lepas maghrib nanti baca doa awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak nanti. 

Baca waktu Asar

Baca waktu Maghrib

Salam Maal Hijrah buat semua. Smoga  tahun baru ni, kita sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna. Dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa-dosa kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari-hari yang mendatang yang penuh dengan cabaran. 

Bila tengok apa yang dah jadi dengan negara kita ni, aku jadi takut. Takut dengan masa depan anak-anak dengan gejala sosial yang semakin parah. Makin mencabar kehidupan kita sekarang ni. Dengan ekonomi yang semakin menyusahkan rakyat. Dengan jenayah yang makin berleluasa. Dengan anak-anak yang terdedah dengan maksiat. Memang ersangat mencabar.

Smoga kita dapat mengharungi cabaran ni dengan dekatkan lagi diri kita denganNYA. Didik anak-anak kita dengan didikan agama yang sempurna. Berdoa sepaya kita dan anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tak elok. 

Note: Masih banyak yang perlu diperbaiki


You Might Also Like

1 comments

  1. terima kasih berkongsi ni.
    jom kita berhijrah dari keadaan baik ke keadaan yang lebih baik.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive