Happy 20 Months Old Iman Harraz

Wednesday, November 01, 2017

Rasanya macam dah lama jer tak citer pasal anak-anak kan. Asyik pasal review, news release, press release dan yang sewaktu dengannya lah. Nampak sangat kau macam dah tak ada idea nak update cerita kan. Memang betul pon. Lately ni rasa sangat sibuk. Work load makin bertambah. Sampai otak kau dah tak boleh nak mengarang ayat. Tu yang asyik update cerita yang dah di karang... ngeeee... Tapi kalau asyik pasal review pon orang boring jugak kan. Jadinya... Nak di adakan cerita, kisah anak lah yang banyak kisahnya.


Ni kisah pasal si anak bongsu lah. Siapa lagi kan. Budak lahir tahun lompat dan budak lahir dalam kereta. Masih hutang lagi cerita pengalaman bersalin dalam kereta ni. Draft dah ada lama pon. Insyaallah minggu ni atau minggu depat aku update yerp. Harap #makanakempat ni tak lupa. Ok... Sambung cerita. Sedar tak sedar dah 20 bulan @ 1 tahun 8 bulan dah. Lagi 4 bulan jer lagi nak masuk 2 tahun. Kenapa lah cepat sangat membesar ni nak #ayatcliche ☺

Makin tambah bulan, makin banyak akal dan makin banyak perangai. Paling tak tahan, dah pandai merajuk. Siap guling-guling lagi tu. Siapa ajar ni haaaa!!! Lambat bagi susu pon nak merajuk tau.  Nak kena pujuk bagai. Geram jer rasa kadang-kadang tu. Nasib kecik lagi. Kalau merajuk pon masih nampak comel. Cer kalau ibu yang merajuk, buruk nau rupanya ☺☺

Dah boleh terima arahan. Kiranya dah faham bahasa lah kalau kita suruh buat sesuatu. Suruh masukkan baju dalam bakul. Tolong ambil pampers. Minta ambil kan remote TV. Lap sendiri sisa tumpahan air yang dia dah tumpahkan. Lepas ni awak jadi remote ibu lah yer Harraz sebab dah boleh diharap untuk buat kerja kan... ekekekeke... Dah kata kalau nak melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Kecik-kecik ni lah nak kena ajar buat kerja kan.

Kepantangan anak soleh ni bila pintu bilik air terbuka. Sebab dia suka main air. Baru jer lepas mandi. Dah basah balik bila abang-abang and kakak lupa tutup pintu toilet. Pandai pulak tu bukak kepala paip... ppffttt... Kalau bukak baju tu, kemain laju pergi toilet. Kalau dah dapat air, memang lupa daratan. Mesti nak duduk lama dalam toilet. Kalau sekejap jer mandi memang meronta-ronta lah dia.

A post shared by Fiza Rahman (@fizaabdrahman) on

Cemburu pon boleh tahan jugak nih. Kalau abang kakak duduk dekat ibu, dia pon sibuk datang mengendeng nak duduk sama. Selera makan alhamdulillah... Semua makan. Mengutip pon masih lagi ni. Tapi tak teruk macam sebelum ni. Berat pon dah 10 kg. Tak larat nak dukung. Peminat kucing. Pantang nampak kucing. 

Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu lagi. Tapi ada kesedihan terpancar di hati ku ini bila Iman Harraz dah start campur susu. Iyer... Aku dah start bagi FM last month. Supply tak cukup. Susu agak drop lately. Kejam lah kalau aku hanya bagi bekalan susu 8 oz jer kat nursery sedangkan demand agak tinggi. Tu yang standby susu FM. Tapi pengasuh cakap Harraz tak minum sangat pon. 

Aku dah cuba nak bertahan untuk fully breastfeed sampai 2 tahun tanpa susu formula. Tapi aku tak mampu. Tersangat sedih sebenarnya. Apa pon... Harraz masih prefer breastfeed dari formula milk. Aku standby susu tu dekat nursery jer. Dekat rumah memang mengempeng saja. Erkkkk... Panjang pulak karangan pasal anak nih. Kang menyampah pulak orang baca... hahaha... Ok lah.

Note: Cepat betul masa berlalu. Tengok baby rasa macam... bestnya bau baby... ☺☺



You Might Also Like

13 comments

  1. Oo suka kucing ye. Happy 20mths Iman harraz ensem boy

    ReplyDelete
  2. Geramnya tengok dia main kucing tu. Comey yang amat.
    Meh sini geget sket.

    ReplyDelete
  3. “Sekarang Harraz semakin membesar, gelagat dia semakin lasak. Biasalah budak-budak

    ReplyDelete
  4. Suka bila baca kisah tentang anak-anak ni. Macam saya, sikecik baru berumur 2 tahun tapi dah pandai minta duit. Sebelum ni bagi seringgit dah ok, tapi sekarang katanya tak cukup. Sapa la yang ajar ni..... Hahhaaha....

    ReplyDelete
  5. Lahir dalam kereta...waaaaa....so good boy harraz eh..jgn nakal tau...budak2 zaman sekarang lain macam cerdiknya la

    ReplyDelete
  6. sama kak Harraz dengan wafiy..beza 2 bulan je.. macam2 ragam budak ni.. lain anak memang lain perangai..yg wafiy ni memang cepat sentap...gembengg sangat,..hahhaha

    ReplyDelete
  7. Tak sabar tunggu cerita bersalin dalam kereta. Cepat betul masa sekarang ni kan. Budak2 memang cute. tak sampai hati nak marah ni.

    ReplyDelete
  8. Dah lah lahir tahun lompat, lahir dalam keta pulak tu..byk keunikkan ni..:D. Kalau buat cerita pasal anak2 ni memang tak akan habis..macam2 kerenah dan ragam masing2..:D

    ReplyDelete
  9. Happy 20 months old! the cutest and naughtiest age.. haha :P Supermom indeed.

    ReplyDelete
  10. Dah besar dah. Nanti rasa lagi cepat membesar..tau tau dah masuk sekolah. Jadi good boy tau! Sama pulak nama dengan cucu sedara.

    ReplyDelete
  11. Awww dah besar dah. Hehehe Comel. Semoga menjadi anak yang soleh ya. Good boy!

    ReplyDelete
  12. Happy birthday.....

    Kalau ikut kiraan... nie mesti baby valentine hahahhaaha betul ke idak, xtau la kan

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive