Karnival Upin & Ipin 2017 @ MAEPS Serdang | Memang Luar Biasa!!!

Tuesday, November 28, 2017

Karnival Upin Ipin 2017 @ MAEPS Serdang | Memang Luar Biasa!!! | Upin Ipin dan kawan-kawan… Siapa yang tak kenal dengan karektor popular ni kan. Rancangan yang menjadi kegemaran kanak-kanak dengan trademark ‘betul… betul… betul’. Bukan kanak-kanak jer yang layan rancangan upin ipin ni, orang dewasa pon tak terkecuali jugak tau. Termasuk lah aku. Walaupon rancangan nya di tayangkan berulang-ulang kali. Tapi anak-anak tetap seronak dan layan macam cerita tu cerita baru. Mungkin sebab karektor nya yang comel tu kan. Dan jalan cerita yang menarik buat anak-anak tak jemu dengan Upin Ipin dan kawan-kawan.


Korang tahu kan baru-baru ni berlangsungnya Karnival Upin & Ipin 2017 selama tiga hari bermula pada 24 – 26 November 2017 bertempat di MAEPS, Serdang. Apa yang paling menyeronokkan bila kami sekeluarga berpeluang untuk memeriahkan karnival tersebut. Bila sebut jer dekat anak-anak yang kita nak pergi tengok Upin & Ipin, reaksi diorang bukan main happy lagi tau. Selagi belum sampai dekat Karnival Upin & Ipin selagi tu lah dok tanya 'bila nak pergi'… 'pukul berapa nak pergi'… ppffttt… Nampak sangat ke excited an diorang kan.


Memandangkan minggu pertama cuti sekolah, sudah tentu weekend akan ramai yang datang kan. Sebab tu kami pergi hari Jumaat. Lepas solat Jumaat terus gerak. Sampai jer MAEPS, terus kami tuju ke Hall C untuk redeem ticket. Orang dah ramai, tapi masih terkawal lagi lah sebab 1st day kan. Kat kaunter tiket pon tak ada lah beratur panjang pon. Kalau korang nak tahu, Karnival Upin Ipin ni berlangsung di Hall A dan C.

Dewan Magik (Dewan C)


Ada sedikit kekeliruan lepas beli tiket haritu. Kelam kabut punya pasal. Sepatutnya aku kena terus pergi Hall A untuk majlis perasmian. Tapi tersilap. Aku terus masuk Hall C sebab ingatkan perasmian kat situ… ppffttt… Nak tak nak, terpaksalah round Hall C dulu sebab Hall C ni korang boleh masuk sekali sahaja. Tak boleh ulang-ulang masuk. Apa yang ada dekat Hall C (Dewan Magik) ni? Macam-macam ada. Antaranya:

  • Alam Dino
  • Rumah Opah
  • Bergambar di Tadika Mesra
  • Bergambar bersama Ultraman Ribut
  • Berinteraksi bersama Kak Ros
  • Dan banyak lagi

Gigil tengan ke bang nengok dinosaur tu. Dinosaur tu bergerak tau. Takut si Harraz nengok ☺☺

Sempat singgah rupah opah. Tapi opah tak ada... ngeee ☺

Tak senang hati lah dibuatnya masa tengah round-round dekat Hall C ni sebab majlis pelancaran nak start bila-bila masa jer. Tu lah… Siapa suruh careless sangat kan… ngeeee… Anak-anak pon dah tak sabar sangat nak tengok Upin Ipin dan rakan-rakan. Tambah keterujaan bila aku cakap Ultraman pon ada. Sikit-sikit tanya ‘mana Upin Ipin.. Nak tengok Upin Ipin… Pffttt… Nak ambl gambar pon tak senang. Tu yang gambar tak berapa nak senonoh. Jom lah kita pergi Hall A pulak.

Dewan Utama (Dewan A)



Dekat Hall A (Dewan Utama) lah berlangsungnya majlis pelancaran Karnival Upin Ipin yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz. Selesai jer perasmian, barulah kami dihidangkan dengan persembahan-persembahan mascot Upin Ipin dan kawan-kawan. Paling tak sabar, nak tengok Ultraman Ribut beraksi. Untuk Hall A ni, korang akan disajikan dengan:

  • Persembahan Upin ipin dan kawan-kawan
  • Ultraman Ribut
  • Puteri Limau
  • Pada Zaman Dahulu
  • Upin & Ipin The Musical
  • Dan banyak lagi
Dapatlah bergambar dengan Upin ker Ipin ni. Mael dua singgit pon ada.☺

Budak 2 pusar ni haaa!!! Teruja tengok Ultraman dengan raksasa yang besar tu.



Overall memang best sebab kami dapat duduk dekat tempat VIP iaitu dekat depan pentas. Tempat duduk yang empuk. Mana tak empuk, duduk atas bean bag. Tersangat selesa. Dapat tengok jelas lah semua persembahan. Paling best, anak-anak dapat bergambar dengan mascot Upin Ipin dan kawan-kawan. Rasa macam tak puas jer sebab pergi dah petang. Show pon tak tunggu sampai habis. Lepas tu tak dapat nak round sangat sebab kejar masa. Banyak booth-booth jualan dalam tu.


Kalau ada lagi next year memang kena pergi awal-awal pagi. Nak repeat balik mana yang terlepas… hahaha… Tapi kan, kenapa 3 hari jer Karnival Upin Ipin ni? Sebab musim cuti sekolah kan. Patut tambah kan lagi seminggu. Baru best… hurmmmm… Apa pon, tahniah buat team Les’ Copaque Production Sdn Bhd kerana mengajurkan Karnival Upin & Ipin 2017 yang tersangat best dan meriah ni. Memang tak rugi datang sebab anak-anak enjoy sangat.

Untuk maklumat lanjut dan gambar sekitar Karnival Upin & Ipin 2017 berlagsung, korang boleh layari:






You Might Also Like

17 comments

  1. comel benau Mael tu. Anak anak Cici takut maskot. jumpa Maskot terus lari

    ReplyDelete
  2. best kan.. tahun depan nak dtg lagi kalo ada.. tp nak duk dekat VIP hakhakhak..

    ReplyDelete
  3. seronok kan dpt tengok upin ipin and friends, walau ramai tp kali ni berbaloi

    ReplyDelete
  4. wah mesti seronok budak2 leh pergi karnival upin ipin hehehe

    ReplyDelete
  5. Aktiviti yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga. Memang seronok karnival ni. :D

    ReplyDelete
  6. sangat luar biasa penangan Karnival Upin & Ipin tahun ni...

    ReplyDelete
  7. karnivsl upin ipin memang tidak mengecewakan setiap tahun kan

    ReplyDelete
  8. Spend kat karnival ni dari pagi ke malam pun tak terasa sebab banyak aktiviti kat sini

    ReplyDelete
  9. Aduhhh satu demi satu entri pasal upin ipin ni. Jelesnya lahai! Nak sangat bawa famili kat sini. Pasti meriah!

    ReplyDelete
  10. haha budak2 2 pusar mama panggil ekk ... budak2 seronok tengok benda lain dr lain , tp anak akk syamim tu pulun menjerit tengok maskot

    ReplyDelete
  11. Rasa macam menyesal lak kita tak pergi karnival ni hehehe tengok semua orang seronok dan kanak-kanak gembira tapi ada yang kurang baik juga dengar hurmm biasalah tak semua perfect kan..

    ReplyDelete
  12. Sally tak sempat pun nak g..hahahaha..bukan budak je excited, sally pun sampai skrg excited kalau tgk upin ipin...budak botak ni mmg laaa...lain daripada yg lain...sedihnyaaa tak dapat nak jenguk rumah opah!

    ReplyDelete
  13. Karnival menarik untuk ibu bapa bawa kanak2 bersama. Aktiviti pun santai dan pelbagai.

    ReplyDelete
  14. good event for the kids! the playground looks big too, certainly worth a visit especially school holiday now.

    ReplyDelete
  15. Meriah sekali kanival upin ipin kali ni... Sedih rasa hati sebab tak dapat jumpa kak rose

    ReplyDelete
  16. Wow, so good can meet Upin & Ipin. Malaysia hero

    ReplyDelete
  17. memang syok tengok..tapi haritu tk dapat pergi

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive