Goodbye 2017 Welcome 2018

Monday, January 01, 2018

Goodbye 2017 Welcome 2018 | Entry pertama untuk tahun baru 2018. Gigih menaip pakai Handphone. Berakhir lah sudah 365 hari yang penuh dengan pelbagai halaman cerita yang berwarna warni. Berapa hari tercatat kenangan manis atau sadis? Berapa hari pula dugaan  dan kekecewaan menjentik hati? Anggap lah ia sebagai koleksi sebuah kehidupan untuk dijadikan kenangan sebab tahun baru 2018 menawarkan 365 hari lagi untuk diisi dengan kisah-kisah baru.


Goodbye 2017 Welcome 2018


Ada ker azam yang dah tercapai?  Apa azam tahun baru ni? Memang susah bila kita dah ber azam, tapi tak istiqomah dalam mencapai azam yang kita target tu. Macam aku lah. Konon azam nak menabung. Nak buat tabung duit hijau lah. Tabung duit merah lah. Tapi tak tercapai semuanya. Kau dah menabung lepas tu kau pakai duit tu. Nak kena simpan dalam tabung yang tak boleh dibuka gamaknya. Hujung tahun baru pecah tabung gittew kan. Tabung duit syiling jer yang maaih bertahan... Ngeeee... Nampak sangat tak istiqomah nya kan. 

Untuk tahun baru ni, kita sambung lah azam yang tak tercapai tu. Boleh ke? Muahaha... Bila baca kisah si pengumpul duit oren boleh mendapat hasil simpanan tahunan sehingga RM12,600 (kalau silap sila betulkan), buat aku rasa.. Woww!! Bagusnya dia. Sangat istiqomah. Tapi kita kena ingat, mungkin dia mampu. Kita ni ikut atas kemampuan sudahlah. Banyak tanggungan kau kot. Minggu ni kau menabung, tetiba datang waktu sengkek, terpaksa jugak korek tabung. Selit jer berapa yang mampu untuk disimpan. Jangan push harder sangat kan. Nanti kau pulak yang stress. Dapat kumpul duit syiling pon dah ok kan... Hehehe.. 

Untuk blog pulak... Pendapatan blog picisan aku untuk tahun 2017 ni banyak peningkatan dari tahun yang sebelumnya. Satu pembaharuan jugak bila aku berjaya tukar domain selepas dah lama berangan nak ada domain sendiri. Untuk tahun 2018 ni, aku harap dapat tingkatkan lagi sumber pendapatan sampingan dari blog ni dengan lebih tinggi lagi. Dalam keadaan ekonomi yng sangat mencabar ni, kau kena cari jugak sumber pendapatan yang lain dan aku bergantung pada blog. 

Selain dari itu, aku cuba mantapkan lagi corak penulisan. Juga nak tingkatkan lagi skill mengambil gambar walaupon hanya dengan sebuah handphone gambar itu di ambil. Nak beli camera mahal mak tak mampu noks. Lagi pon kau bukan selalu pergi event pon... Hehehe... 

Ok lah... Last but not least. Penuhkanlah 365 halaman kosong itu dengan kisah-kisah indah. Tulis bab yang paling menggembirakan dalam hidup kita. Kalau ujian datang melanda, ingat... Itu tanda kasihNYA DIA pada kita. Bangkitlah dengan semangat baru. Semoga allah kurniakan kita kesihatan yang berpanjangan dan di luas kan lagi rezeki dizaman yang serba serbinya sangat mencabar poket ni. Semoga tahun baru lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Selamat tahun baru. Bye bye 2017. Welcome 2018.

Note: Esok dah mula rutin baru. Selamat kembali jalan yang sesak 


You Might Also Like

24 comments

  1. Selamat tahun baru 2018.
    Mudah2an segala impian akan terlaksana

    ReplyDelete
  2. Whoa...Selamat Tahun Baru !
    Semoga tercapai segala hasrat....AMIN.
    Semoga kehidupan diberkatiNYA dan be nice ~ hehe

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru dari mama . semoga bertambah sukses tahun ni

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru noks. Moga tahun ni lebih success daripada tahun2 sebelumnya.

    ReplyDelete
  5. saya pun mula-mula berfikiran sama dengan puan, takperlah sekali sekala buka tabung. tapi selepas tu saya cuba disiplinkan. sebenarnya apabila kita disiplin tak buka tabung, keperluan harian tetap cukup. :D

    tabungan ni memang dia lain macam sket penangannya.

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru Fiza...lupakan yang lama buka buku baru kan...SA doakan semoga 2018 memberi banyak rezeki buat kita semua

    ReplyDelete
  7. Betul ! Setuju sangat. Mungkin mereka yg mampu dpt istiqamah kumpul duit oren sampai setahun. Mmg hasilnya lumayan tp jalan nak mencapai hasil tu agak sedikit mencabar n payah utk org2 biasa mcm sy nie untuk lakukan. Jadi menabung mengikut mana yg mampu. Jgn push harder sgt mcm yg dicakap

    ReplyDelete
  8. semoga tahun 2018 ni lebih baik dan murah rezeki. Aaminn

    ReplyDelete
  9. Selamat Tahun baru Fiza...mudah2an tahun baru lebih baik dari tahun yg sebelumnya...mana yg kurang diperbaiki..mana yg dah berjaya diteruskan ketahap lbh tinggi..InsaAllah

    ReplyDelete
  10. samalah... hope tahun ni bole generate more income.. hehe

    ReplyDelete
  11. Semoga terus sukses di tahun 2018 kak! Mana perancangan yang tergendala tu, mehlah sama-sama kita 'kerifowad'..hehe

    ReplyDelete
  12. Bila dah ada azam, paling penting untuk komited untuk laksanakan dia. Bukan azam semata-mata.

    ReplyDelete
  13. Semoga tahun 2018 ini lebih bagus lagi daripada tahun tahun sebelum nya. InsyaAllah jom kite sama sama terus usah auntuk capai impian

    ReplyDelete
  14. Selamat thun baru kak..semoga 2018 ni lebih baik dr tahun2 sebelumnya..

    ReplyDelete
  15. sama lah, tahun ni berazam nak polish skill amik gambar guna fon.. ;)

    ReplyDelete
  16. selamat tahun baru :) moga bertambah kehayaan yang seterusnya..

    ReplyDelete
  17. wah sudah semangat menghadapi tahun 2018, sudah ada resolusi?

    ReplyDelete
  18. menaip pakai handphone? wow! salute!
    anyway happy new year!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  19. Semoga tsahun baru 2018 ni banyak yang kita lakukan benda benda yang bermanfaat dan menjadi seorang ibu yang sabar tabah dan solehah, huhuh nota untuk diri sendiri laaaa

    ReplyDelete
  20. Yup, my 2017 resolution have completed 90%. Satisfied with it. Start with a small resolution and it easy to complete.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive