Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!!

Friday, January 05, 2018

Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!! | Pssttt... Banyak ker berhabis untuk persiapan persekolahan anak-anak haritu? Kalau anak sorang, ok lagi lah. Kalau anak 3 orang macam aku ni, boleh tahan jugak lah perbelanjaannya. Setiap hujung tahun, memang duit banyak terbang untuk selesaikan kelengkapan sekolah anak-anak. Dari baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, tudung, kasut, bag, buku dan juga yuran sekolah. Yang pasti, memang ada kenaikannya. Ini kos pengeluaran untuk anak darjah 5, darjah 2 dan jugak tadika. Banyak ker Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!! ni?


Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!!


Actually awal bulan December haritu dah beli kelengkapan sekolah diorang. Tak nak beli last minute sebab takut size banyak habis dan takut bersesak dengan orang yang suka beli last minute... hehehe... Tu yang beli awal. Dapat gaji november, terus beli barang sekolah. Gaji December pulak, cover untuk bayar yuran sekolah and tadika. Haaaa... gittew konsepnya.


Kos untuk anak darjah 5. Baju sekolah aku tak beli banyak pon. Kita buat konsep recycle. Mana baju yang elok, kita pakai balik demi langkah penjimatan. Baju sekolah and seluar sekolah Iman Hakimi masih elok lagi. Seluar pon masih muat dan tak senteng. Aku cuma tambah baju sekolah kebangsaan dengan sepasang baju melayu jer. Memandangkan tahun ni Kimi jadi pengawas sekolah agama, jadinya dia kena pakai sampin maroon dengan kasut hitam.  Total RM168.20


Untuk anak dara pulak, jimat sikit lah kalau nak bandingkan masa dia darjah 1 sebab sebab semua nak kena beli baru kan. Ni pakai konsep yang sama macam abang dia jugak. Pakai baju yang mana masih elok lagi. Cuma tambah sepasang baju kurung untuk sekolah agama dan 2 helai tudung. Untuk sekolah kebangsaan, 3 pasang baju kurung dah cukup sebab ada 2 hari yang dia kena pakai baju  pendidikan jasmani. Total RM92.40

Aku shopping baju sekolah anak-anak dekat Pusat Pakaian Hari Hari jer. Baju dia pon boleh tahan lasak jugak lah. Kalau tak, takkan boleh recycle balik kan... hehehe... Tak mampu aku nak beli baju branded macam canggih tu. Tapi harga macam lebih kurang jer kan. Baju pulak ikut size. Lagi besar saiz baju anak kau, lagi mahal lah harganya. Kenapalah tak standardize kan saja harga yang sama even saiz berlainan kan... hurmmm... 

Bag sekolah pulak, untuk kimi just beli bag untuk sekolah agama RM10.00 jer. Bag sekolah kebangsaan masih elok lagi. Untuk qahirah pulak belikan bag untuk sekolah kebangsaan RM30.00. Sekolah agama pakai bag yang sama. Qhalif pon dapat bag baru RM26.00 sebab bag lama tak koyak. Yang elok kita pakai balik. Jimat selagi boleh. Total semua kos  RM326.60 

Japppp... Ini baru kos kelengkapan Kimi dengan Qahirah. Belum masuk duit buku, registration fees untuk sekolah agama, fees untuk transit dengan registration fees untuk sekolah Iman Qhalif lagi tau. Ok... Kita sambung balik kira-kira. Untuk buku, Aku tak beli semua pon. Buku aktiviti pon tak beli. Kalau cikgu suruh beli, baru aku beli. Kalau beli nanti takut tak pakai. Sebab cikgu akan bagi buku teks dengan buku latihan sekali. Total untuk duit buku Kimi dengan Qahirah RM126.40 



Seterusnya... Registration fees untuk sekolah agama dan jugak buku untuk Kimi dan Qahirah RM352.50. Nak daftarkan sekolah agama kerajaan, jarak dengan rumah agak jauh dan jalan ke sana agak sesak sebab dekat Kajang kan. Jadiknya... Kita cari yang dekat. KAFA jer lah jawabnya. Tempat adalah terhad sebab sekolah tak besar sangat. Untuk transportation dan transit, kami amik tempat yang sama jugak. Alhamdulillah harga masih sama. Jarak yang sekangkang kera tu pon mahal woiihhh!!!  RM240.00 sebulan.

Selesai untuk Kimi dengan Qahirah, turn Iman Qhalif pulak. Tahun ni dia dah masuk 6 tahun. Mana lagi nak hantar kalau bukan dekat PASTI kan. Yuran PASTI pon dah naik. Dari registration fees sampai lah monthly fees. Tercekik jugaklah nak bayar. Nak masukkan tadika KEMAS, memang tak layak sebab diorang tengok gaji makpak jugak kan. PASTI lah antara yang termurah bagi aku. Tadika lain mostly diorang punya registration fees ribu riban. Yuran pon macam tahap nak masuk universiti. Pada hal baru tadika kot.


Alhamdulillah... boleh buat installment. Bayar separuh-separuh dulu. Pejam mata jer lah. Konon tak nak beli baju sebab ada 2 pasang baju lagi. Tapi macam tak cukup lah pulak bajunya. Beli jer lah lagi sepasang. Jadinya total untuk registration PASTI Iman Qhalif RM635.00. Untuk monthly fees pulak, harga pon dah naik dari RM280.00 sebulan naik kepada RM300.00 sebulan. Yang ni yuran termasuk daycare sekali... huhuhu... Tengoklah total keseluruhan ni:

Kelengkapan Sekolah Kimi Qahirah dan Qhalif RM326.60 
Buku sekolah kebangsaan RM126.40
Registration Fees and Buku Sekolah Agama Kimi and Qahirah RM352.50
Registration untuk Transportation and Transit RM240.00
Registration Fees untuk Tadika Qhalif RM635.00
TOTAL = RM1,680.50


Memang bulan December adalah bulan pengeluaran duit yang sangat luar biasa. Ini pon dah cukup berjimat. Nasib anak-anak faham, tak merungut dan tak banyak tanya bila kelengkapan sekolah diorang terpaksa di recycle balik. Ini baru kos untuk 3 orang anak yang bersekolah. Macam mana lah yang ada anak berderet dan masih bersekolah tu. Alhamdulillah.. kami bekerja. Saling melengkapkan mana yang tak cukup. 

Memang terasa sangat lah peningkatan perbelanjaan. Tersangat kesian dengan orang yang tak mampu tu. Kan bagus kalau kerajaan mansuhkan GST untuk kelengkapan persekolahan macam baju, kasut, bag sekolah, alat tulis dan yang sewaktu dengannya lah. Sepasang baju sekolah jer dekat empatpuluhhinggit. Harga susu pon kalau boleh mansuh kan lah. Susu pon makin mahal. Bukan semua orang mampu susukan anak dengan susu badan. Erkkkk... Dah kenapa citer pasal susu pulak??

Ok... Sambung balik. Ini hanya perkongsian summary perbelanjaan yang kami kena keluarkan untuk anak-anak yang seramai 3 orang tu. Rujukan untuk aku dimasa hadapan. Boleh buat perbandingan harga. Resit 2016 aku ada simpan lagi. Tak sempat nak update perbelanjaan persekolahan tahun 2016... ngeeee... Tu yang update cepat-cepat. Nanti lupa.  Nanti nak semak balik resit tahun 2016 and tahun 2017. Nak tengok banyak tak naik. Maklumlah... Harga barang kan tiap-tiap tahun naik. 

Pssttt... Berapa pulak perbelanjaan persekolahan anak-anak korang? Ada banyak macam aku tak? Ker lagi banyak dari ini? Untuk anak-anak, belajar lah rajin-rajin. Tengoklah perbelanjaan yang ibu dan abah belanjakan untuk korang ni yer nak. Bila dah kerja nanti, sila ganti balik.... erkkk.... Ekekekeke...

Note: Perbelanjaan tu kan tak termasuk dengan stationery, pembalut buku dan kapur kasut tau. Kita amik yang penting jer ☺


You Might Also Like

24 komen

  1. Perbelanjaan sekolah mmg agak tinggi kan...walaupun banyak yang cuba dijimatkan.

    ReplyDelete
  2. Memang byk perbelanjaannya fiza, akak abg darjah 3,no.2 darjah 1,kecik sekali pun masuk pasti juga memang terasalah cuma pasti sini masih sama yurannya bulanan campur.transit dah 330 huhuhu je la apapun tetap kena bayarkan

    ReplyDelete
  3. adoi anak Cici pun 3 orang jugak. Telan ailio tengok angka tu T_T

    http://mommycici.blogspot.my/2018/01/kemensah-chalet-waterfall.html

    ReplyDelete
  4. sama lah dekat 2 org ni pun kena sedia 2k.. kafa jer rm750 2 orang.. nak tak nak kena hantar jugak

    ReplyDelete
  5. murahnya harga di hari2, mmg berbaloi kan fiza

    ReplyDelete
  6. Banyak tu perbelanjaan anak2. Kena beli yang perlu sahaja. Mana yang bole pakai lagi kita pakai.

    ReplyDelete
  7. Menakutkan bila melihat resit bayaran setiap perbelanjaan sekolah anak.

    ReplyDelete
  8. Tahun ni tak banyak sb tak beli baju kasut dan beg baru. Anak form 2 so suruh aje dia beli sendiri buku latihan kat bookshop mana yang perlu sahaja. Peralatan tulis mmg dah ada stok. Yang banyak bayar sewa van RM190.

    ReplyDelete
  9. Wah.. Nak kne menyimpan dari sekarang utk anak2 sekolah nt

    ReplyDelete
  10. Takut pulak bila saya tengok ni kak fiza. Tunggu nanti aneeq masuk sekolah lagi 4 tahun, tak tau harga macm mana pulak barang-barang sekolah

    ReplyDelete
  11. wow that's costly! that's why we always encourage to do financial plan when the family start to have a newborn or even before that.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. Sal pun lebih kurang gitu gak...Alhamdulillah rezeki yang no 3 dapat masuk KEMAS..dapat la jimat sikit

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing, memang banyak kos nak guna untuk anak-anak especially di zaman Najib kita terpaksa tanggung hutang negara dia buat hahahaha tapi nak buat macam mana tanggungjawab kan. huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kos persekolahan anak anak sekarang memang mahal sgt

    ReplyDelete
  15. banyak juga perbelanjaannya....sebab kita kena bijk untuk membuat perancangan perbelanjaan setiap bulan

    ReplyDelete
  16. saya dua orang je..si adik ke tadika perpaduan je..Yuran dan buku pun murah. Yurun rm10 je sebulan.bayar duit buku cuma 130. si kakak pun jimat banyak tahun ni sebab tak payah beli beg sekolah dan alat tulis..cuma beli baju sekolah sepasang dan kasut sekolah..baju lama masih elok.kalau campur dengan KAFA untuk 2 orang anak ni tak sampai rm600 pun..tahun depan banyak la kot sebab adik naik darjah satu .

    memang mahal kan barang sekarang ni..kena kerja kuiat lagi nampaknya..

    ReplyDelete
  17. Memang kena menyimpan lah untuk perbelanjaan anak-anak ni kan. Dengan ekonomi tak menentu & barang makin mahal. Apa pun semua nak terbaik untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  18. betul sgt, bulan december memang bulan paling banyak duit habis. hehe

    ReplyDelete
  19. perbelanjaan untuk seorang anak pun dah banyak. betul, harga barang makin naik harganya. memang kena buat persediaan kewangan dari awal ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Banyak jugak perbelanjaan budak2 ni ye.Mujur ibu bapa bekerja. kesian juga kalau bapa je tanggung sorang2 kalau ibu hanya suri rumah.

    ReplyDelete
  21. sama lah belanja kita anak 3...awal2 da kena menabung untuk blanja anak skolah

    ReplyDelete
  22. Super expensive the school fees now. Last time when we were young, our school fees never reach so high. This is what I worry.

    ReplyDelete
  23. Completely agree with you on the fees nowadays. It is getting more and more expensive for adults to educate their children, and even more so with tuition. But as we want the best for them, I guess this has to be a given.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive