Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap

Monday, January 15, 2018

Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap | Tu dia. Tajuk kemain panjang lagi. Dah lama tak membaking. Anak-anak pon dan sibuk tanya 'bila ibu nak buat kek?' 'Dah lama ibu tak buat kek'.. Ok lah. Jom lah kita buat kek. Tapi ikut anak tekak ibu lah yer. Sebab ibu dah lama teringin nak buat Carrot Cake. Tapi tak terbuat-buat. Resipi dah lama terperam dalam folder HP tu. Yang penting... Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap yang aku cari... hahaha... 


Bahan-bahan pon dah beli tapi susah betul nak cari serbuk kayu manis. Nak pergi kedai bakery semata-mata nak beli serbuk kayu manis memang tak lah kan. Last-last jumpa dekat Jaya Grocer. Complete dah semua bahan. Dah lama terpandang carrot cake dekat kedai. Tapi harga seketul carrot cake sebesar cawan cup cake tu dalam lapanhiggit woihhh!! Bukan berkira dengan diri sendiri. Tapi tak berbaloi kalau beli. Ku tahan nafsu jer. Dahhh... Back to the story. Weekend kita buat carrot cake.

Resipi memang simple. Yang tak simple nya bila kau kena sagat carrot sebanyak 3 batang untuk dapatkan 3 cawan carrot. Part ni memang anak-anak yang offer diri nak buat. Berebut-rebut masing-masing nak menyagat carrot tu. Sampai bergaduh... ppffttt... Korang kalau tak bergaduh memang tak sah kan. Ibu sagat korang baru tahu. Dah selesai semua, moh lah kita bakar, Ini bahan-bahan nya. Resipi ni aku amik dari [Azie Kitchen].

Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap


Bahan-Bahan


4 biji telur
1 1/4 cawan vegetable oil (pakai minyak masak pon boleh)
1 cawan gula (aku pakai gula perang ☺)
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 cawan carrot (parut)
1 cawan walnut (cincang)
Sedikit kismis

Cara-cara


  1. Dalam mangkuk besar, putar telur, minyak , gula dan vanilla extract. Aku putar pakai whisk jer.
  2. Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis dan  masukkan kedalam adunan yang diputar tadi.
  3. Masukkan carrot. Kacau rata dan masukkan walnut dan kismis.
  4. Tuang dalam loyang yang dah diletakkan baking paper.
  5. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 175C sehingga kek masak. Cucuk di tengah kek dengan lidi, Kalau tak melekat dekat lidi, maknanya dah masak. Kalau belekat, sambung bakar lagi
* Bergantung kepada tahap kepanasan oven masing-masing yer. Aku buat 20 minit dengan suhu 160C.


Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)


1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara


Dalam mangkuk paling cantik, satukan butter, cream cheese, gula dan vanilla extract. Putar sehingga sebati dan berkrim. Yang ni kau kena pakai mixer. letih tangan kau kalau pakai whisk ☺☺. Sapu pada permukaan kek yang dah masak tadi.  

Dah... Simple jer kan. Aku buat 2 layer dengan 2 biji kek. Acuan tu bahagi 2. Cream cheese ditengah-tengah dan diatas kek. Carrot cake aku penuh dengan cheese gittew. Tapi silap percaturan. Patutnya lepas sapu cream cheese dekat kek yang pertama tu, elok sejukkan dulu bagi cream cheese tu keras sikit baru letak lapisan yang kedua. Ni aku pergi sapu and letak lapisan kedua terus. So... cream cheese tu jadi macam tak melekat sangat. 

Tak apa. Practice make perfect kan. Lepas ni buat sebijik terus lah. Tak payah nak layer-layer bagai kan... ngeee... Overall memang sedap. Puas makan dengan cream cheese nya yang banyak. Tapi anak-anak tak berapa suka sangat. Makan tu makan lah. Tapi tak laju. Balance cream cheese pon ada lebih tu. Sayang kalau tak pakai. Jadinya... Kita buat Choc Cheese Cake ke esokkan nya. Stay tune untuk resipi yang seterusnya yer. Kek ni tak pakai telur tau ☺☺

Note: Luar biasa betul mood rajin ni. Sabtu Ahad aku buat kek ☺


You Might Also Like

33 komen

  1. sedap nih carrot cake, boleh akak cuba buat bila2 rajin

    ReplyDelete
  2. Fav miza senang jew nak buat tapi belum mood nak mem'Baking'

    ReplyDelete
  3. Saya gemar kek. Tapi nak membuatnya 'rajin' semacam!

    ReplyDelete
  4. macam senang je nak buat.. nak try la nanti =D

    ReplyDelete
  5. Sedap klu buat hidangan santai waktu petang2 pekena dgn teh o panas :)

    ReplyDelete
  6. Fuhh kak, padu kak kek akak. heheheh. terliur

    ReplyDelete
  7. suka carrort cake tp tk pernh try buat

    ReplyDelete
  8. thanks for sharing. Nanti nak curi masa buat lah. terliur pulak. hehehe

    ReplyDelete
  9. lama cari resepi ni...nak save sesiap, nak buat dah senang ada resepi

    ReplyDelete
  10. Laaa tak banyak pun bahan2 nak buat carrot cake ni. Emi suka makan ni, to so far tak pernah lg la try buat sendiri.

    ReplyDelete
  11. TB suka makan kek tapi nak buat kek tu rasa macam tak best sebab tak cukup bahan dan alat.. tengok orang buat rasa nak buta.. carrot cake ni mesti sedap kan..

    ReplyDelete
  12. Memang simple ek. Ok lah. Boleh la suruh adik buatkan. Rawlins memang kayu kalau baking nie. Haha

    ReplyDelete
  13. tak pernah rasa tapi tgk mcm mudah jgk nak buat carrot cake ni..

    ReplyDelete
  14. tak pernah rasa tapi tgk mcm mudah jgk nak buat carrot cake ni..

    ReplyDelete
  15. Tengok org makan sedap tp sendiri tak pernah rasa

    ReplyDelete
  16. Ha..nanti buatla choc cheese cake yang tak pakai telur tu..hope resepinya mudah dan simple tau..Sal kalau byk step kang mula la 'M' timbul...huhuhu

    ReplyDelete
  17. Sedapnyaa. Feveret ni. Nak try jugak la resepi kek carrot ni. Belum pernah buat lagi. Harap2 menjadi hee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  18. SA suka carrot kek...tp awal2 nak bg tau..masak lauk boleh la..baked ni mmg cuci tangan..tak reti

    ReplyDelete
  19. aduh kak !!! sedapnya.. terliur kite.. hee~ atie tak pandai baking tapi pandai makan jek..

    ReplyDelete
  20. dah lama nak buat kek karot ni..tp tulah takut x jadi ..simple je nak buat..ok harap2 dpt merealisasikan impian baking tahun ni hihi

    ReplyDelete
  21. tak pernah try lagi carrot cake .. tp jangan lupa tau share choc cheese cake yang tanpa telur tu ...nak sgt buat...hehehe

    ReplyDelete
  22. love carrot cake. thanks for the tips

    ReplyDelete
  23. ok nak try...buat sendiri memang best..mesti anak2 excited

    ReplyDelete
  24. Carot Kek tak berapa suka kalau tak kene rasa dia. Lebih sukakan yang sedikit moist. Nak berbaloi memang kena buat sendiri lah. Tapi sy tak pandai buat kek pastri bagai. SO beli ajalah. Btw. tq kongsi resepi. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  25. Nampak simple je nak buat kek ni..hehe..bila nak buatkan utk blog reader lak ni? :-p

    ReplyDelete
  26. ahahahaha,.post akak pasal buat kek pon dah kelakar!! Nice~~

    ReplyDelete
  27. Senang jgk resipi akak ni...
    Harap3 di berikan kerajinan akk ni utk buat kek sedap2 mcm akk ni

    ReplyDelete
  28. sesedap rasa je tengok ni...bila agaknya nak membaking ...asyik meng order je...hehehe

    ReplyDelete
  29. yeah, thanks for sharing!
    i miss this recepi after xmas la!
    i tried at my friends house

    ReplyDelete
  30. Mesti tengah sawan buat kek kan...

    ReplyDelete
  31. saya suka kek carrot. thanks for recipe.

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page