Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!!

Thursday, March 01, 2018

Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!! | Dah tak baby lagi dah. Sebab dah bertukar jadi toddler. Umur pon dah bertambah. Masa memang begitu pantas bergerak kan. Special day untuk budak yang lahir tahun lompat. Boleh pilih tarikh 28/2 atau 1/3. Jadinya... Harini kita perasan tarikh 29 February lah yer. Lagi 2 tahun baru merasa tarikh yang betul. Siapa suruh pilih tarikh lahir 4 tahun sekali kan. Tu lah... Tak sabar sangat nak keluar. Kalau nak ikutkan, tarikh awak dijangka lahir bulan March tau. Tapi semua Allah dah tentukan. 


Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!!


Happy Birthday To You Iman Harraz Bin Hussaini. Anak istimewa dari adik beradik yang lain. Istimewa sebab apa? Abang-abang dan Kakak awak lahir dekat labour room. Tapi awak memilih untuk lahir di dalam kereta pukul 3.13 pagi. Pengalaman yang tak boleh ibu lupakan. Pengalaman pertama seumur hidup selepas 3 kelahiran. Masih terbayang betapa kelam kabutnya abah dan semua nurse-nurse kat situ. Tarikh lahir pon rare. Hanya ada 4 tahun sekali jer. 


Semoga Iman Harraz menjadi anak yang soleh. Diberi akal yang bijak pandai dalam membuat apa jua perkara dan keputusan. Diberi kesihatan yang baik. Dan menjadi penyejuk mata ibu dan abah. Ibu tak boleh lupa betapa fragile nya awak. Hari ke 6 awak dah admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Rupanya Prolonged jaundice due to UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Lepas tu admitted lagi due to Pneumonia pulak. Tangan tu dah banyak kali kena cucuk and badan pon dah banyak masuk ubat. Alhamdulillah.... Sekarang ni awak membesar dengan sihat. 

Bab susu pulak. Masih lagi merasa nikmat susu ibu walau pon dah campur susu. Tak ada tanda-tanda nak berhenti menyusu. Lagi galak menyusu adalah. Bangun tengah malam banyak kali dah macam awak tu baby dalam hari. Geram jer rasa tau. Ibu tak nak paksa. Just follow the flow sampai awak berhenti sendiri ok. Pengalaman dengan abang-abang awak. Macam-macam ibu buat tapi tak jalan. Last-last sendiri yang tak nak. 


Development pulak sama macam budak-budak lain yang sebaya macam Harraz. Setakat simple words tu boleh dah sebut. Faham bahasa dan faham arahan. Hobi Harraz kalau korang nak tahu dia suka menyapu. Pantang aku sebut 'sapu rumah'. Mula lah dia pergi amik penyapu dan penyodok. Melasak tu biasalah. Budak tengah membesar. Ibu pon tak sempat nak buat kek. Tengok lah weekend ni kalau rajin. Nanti kita potong kek yer 🎉🎂🎊

Note: Makin membesar ni makin susut dah badan tu. Rindu dengan Harraz yang montel ☺

.

You Might Also Like

34 komen

  1. Happy birthday....
    semoga menjadi anak yg soleh didunia dan akhirat...Amin...

    ReplyDelete
  2. hepi besday harraz...acik ami doakan harraz jadi anak soleh penyejuk mata dan hati ibu ayah..dah besar dah awak..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    semoga membesar bak juara :)

    ReplyDelete
  4. amboi rajinnya menyapu rumah, ringan sikit kerja ibu dia :D

    ReplyDelete
  5. Yeayyyy hensem boy dah dua tahun...anak kita sebaya rupanya kak..Adhwa bln 6 genap dua tahun

    ReplyDelete
  6. Oiii comelnya awak! Tarikh lahir unik tau. Sambut 4 tahun sekali je. Hihihii..

    ReplyDelete
  7. Oh gosh, that is such a rarity to be born during a leap year and in such a special way too <3 Happy birthday dear Iman, I hope that he had such a blast celebrating it with the family and that there will be more happiness in the years to come :)

    ReplyDelete
  8. anak bertuah ni ye. happy 2nd birthday.
    u are born on a special date. special place, dlm kta ekk :) ha ha ha...
    it makes u very special tau.
    moga besar jadik anak soleh. dan sihat sejahtera.
    dah dah le tu ngempeng :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday, Harraz! Moga membesar dengan baik dan menjadi kebanggaan mak dan ayah dunia akhirat, ok?! Hihi... InsyaAllah, ujian sejak dia kecil ni akak biasanya menjadikan kanak-kanak lebih kuat bila dah besar sebab dia dah belajar untuk tak mengalah sejak kecil lagi. Moga dipermudahkan urusan ya!

    ReplyDelete
  10. Happy birthday Iman Harraz Bin Hussaini. Acik ana doakan semoga harraz menjadi anak soleh yg berjaya di dunia dan akhirat.❤

    Bukan tarikh je special ye kak. Tempat lahir pun sama special. Janji semua selamat dan sihat.

    ReplyDelete
  11. unikla awak ni my lil Iman Harraz..moga jadi insan yang soleh dan jaga ur mom tau...hug !!

    ReplyDelete
  12. Awww... happy birthday baby iman! Hahahha he would definitely age much slower than the rest of the human race that's for sure. He is unique that way!

    ReplyDelete
  13. Hihihi...dulu selalu fikir apa pilihan baby leap year untuk sambut birthday. Kalau tahun yang ada 29/2 tu, memang kena celebrate kaw-kaw... Sebab 4 tahun sekali je kan..

    ReplyDelete
  14. Hehe mcm anak hilma..amik penyapu sapu umah..blh beli penyapu budak kat toyrus..kecik elok2 utk diorg..hilma siap beli vacuum lagi sbb dia sibuk nak vacuum bila hilma vacuum hehe...

    ReplyDelete
  15. Wahhh 29.2 no...bestnya
    Sure besaq nti mama x sabaq nk cite kamu lahir dlm kereta hihi

    ReplyDelete
  16. Alaaa comel nya baby leap year. Happy birthday Iman Harraz <3

    ReplyDelete
  17. Happy Birthday Harraz, comelnya dia.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia, akhirat ya nak.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  18. jarang sangat jumpa baby leap year. bagus2 baru rare dan tak sama dengan orang lain.

    ReplyDelete
  19. Rare nya lahir 29/2! Kalau tak celebrate mesti merajuk ni. Happy Birthday budak besar :)

    ReplyDelete
  20. yea dah 2 tahun hahah no longer a baby dah ! mesti mommy dia rasa nak baby baru lagi... anak I si Adelia sudah 2 tahun lebih, mak aih boleh tahan juga kelasakannya sebiji macam si abang... asyik jatuh sofa ja... jatuh nangis bila bangun buat lagi.... Happy Bierthday Baby Leap semoga jadi anak yang soleh ya !

    ReplyDelete
  21. Congratulation Harraz and great job to mummy. I know how you feel, turning two is much different from them being a baby and sometimes mummies miss their baby so much, it's always a dilemma, wanting them to grow up and wanting them to not grow up so fast.

    ReplyDelete
  22. Happy birthday comel sayang..sambut bday sama ngan auntie jelah bulan ni

    ReplyDelete
  23. Selamat hari lahir Iman Harraz Bin Hussaini. Semoga jadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan ibu bapa. Special betul tarikh lahir Iman Harraz. Nampaknya 4 taun sekali la baru dapat potong kek ye.. ^_^

    ReplyDelete
  24. Happy Birthday comel...moga sentiasa menjadi kebanggaan ibu ya

    ReplyDelete
  25. Cepat jer kan masa. Pejam celik pejam celik 2 tahun dah usianya. Sekejap lagi dah sekolah .. hehehhe bertabahlah ibu

    ReplyDelete
  26. Happy birthday to your baby boy... though they grown up, inside mama heart.. they are always a baby...

    Racheal

    ReplyDelete
  27. Happy birthday Iman Harraz! Wah uniknya tarikh lahir dan cara kelahirannya ya. Semoga membesar dengan sihat dan pintar ya :)

    ReplyDelete
  28. Handsome little boy. Happy Birthday to him. May he grow healthier, smart and active. Feel like pinch his face. A smart little boy.

    ReplyDelete
  29. alolo conelnya bebudak ni hehe

    ReplyDelete
  30. Happy belated birthday harraz.. Jadi ank yg baik utk ibu awk eh.. =)

    ReplyDelete
  31. Special kids with special bornday date. Lahir pun special dalam kereta. Semoga menjadi seorang yang berjaya.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  32. Ya anak cepat membesar, sekejap jer mereka dah besar, later masuk sekolah and go to university, work and setup their own family. Everthing happen so fast.

    ReplyDelete
  33. Dia posing sakan tau... hihihi lambat tua la ye.. sbb tarikh 4tahun sekali baru naik.setahun umur

    ReplyDelete
  34. Happy birthday to your son, it's rare to find a baby with a leap year birthday!

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page