Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!!

Thursday, March 29, 2018

Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!! | Agak lama jugak tak bercerita pasal anak-anak kan. Kalau ada pon asyik bercerita pasal Iman Harraz jer lah. Maklumlah... Anak bongsu. Tapi tak jugak lah. Lately banyak pasal review jer. Pasal anak-anak dah jarang sangat nak bercerita. Pada hal ada jer cerita pasal anak-anak. Tapi tu lah, kekangan masa dan kerja tu kadang-kadang. Idea nak mengarang pon jadi slow... Hurrmmm... Bila cerita pasal anak ni kan. Macam-macam ragam yang ada. Lain anak, lain ragamnya.

Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!!
Mangsa kening kena cukur ☺

Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!!


Ni nak cerita pasal ragam anak baru-baru ni. Ragam anak nombor dua. Korang faham-faham lah perangai anak nombor dua ni macam mana kan. Sifat ingin tahu tu semacam sangat. Allahu... Urut dada aku dibuatnya bila ditarahnya kening si adik nombor tiga, Iman Qhalif. Si Qhalif ni pon redho jer bila si kakak buat macam tu. Tadah jer muka tu kan. Dia pon tak tahu si kakak nak buat apa kot. Apa lagi... Terjerit lah aku dibuatnya bila tengok kening si Qhalif dah kena cukur sebelah. 

Mana dapat pisau pencukur? Kisahnya... Qhalif and Harraz mandi. Keluar toilet tu si Harraz pengang shaver. Aku pon tak sure aku buat apa masa tu #makinterukpulakpelupanya. Suruh lah si Qhalif ambil shaver tu dari tangan Harraz. Tapi yang berlaku sebaliknya. Rupanya... Si Qahirah ambil shaver lalu dia pon buat eksperimen. Mungkin nak tahu sangat apa fungsinya kan. Atau mungkin Qahirah ada ternampak abah di bercukur. Tu yang dia pon try nak bercukur jugak. Maka ter cukur lah kening si Qhalif. 

Yang tak menahan. Lepas dah buat tu dia menjerit... 'Ibu, tengok kening Qhalif ni. Kita tak sengaja'. Muka dia memang dah cuak gila. Sebab dia tahu dia dah buat salah. Aku pon dah mulalah naik darah kan bila tengok kening si Qhalif jadi macam tu. #makkauhijau jugak lah sekejap. Lepas tu bantai gelak anak beranak tengok kening si adik dah cacat sebelah. Nasib tak dicukurnya habis kening si Qhalif tu. 

Si pencukur kening si adik

Benda nak jadi kan. Nak buat macam mana. Kecuaian pon boleh berlaku bila-bila masa. Shaver tu pon bukan letak kat tempat rendah. Letak kat tempat tinggi. Mungkin shaver tu terjatuh dan aku tak perasan. Lalu anak-anak pon main. Itu lah kecuaaian nya. Tak apa lah. Anggap lah ianya memori zaman kanak-kanak untuk Qahirah dan Qhalif kenang apa yang dia orang pernah buat... hehehe...

Tapi kesian jugak lah dekat Qhalif. Nasib nampak cute lagi even kening sebelah tinggal saparuh... kahkah... Bertabahlah anak sementara nak tunggu bulu kening tu tumbuh. Lama ke nak tunggu bulu kening tu tumbuh balik? Maklumlah... Tak pernah cukur kening. Harom kan. Tapi banyak petua yang aku dapat dari kawan-kawan. Buat masa ni aku sapu baby oil. Asyik terlupa jer nak letak aloe vera magic jelly. Kita tengok berapa lama ambil masa kening tu nak tumbuh. Sebab licin jugak dicukurnya... huhuhu...

Note: Macam-macam ragam anak-anak ni. Ada masa buat kau urut dada. Ada masa buat kau ketawa

You Might Also Like

22 komen

  1. #makkauhijau tu spontan. Sabar banyak

    ReplyDelete
  2. haha, tak tahu nak marah nak gelak, tapi yg pasti, anak anak ni mmg suka berexperimentasi gitu ...

    ReplyDelete
  3. wahhhh macma macam ragam betul bebudak ni, habis bulu kening tu ! hahahahahaha tunggu masa lah nak tumbuh balik, adoi mak nya tak mengamuk ke ? hahaha kalau i dah mengamuk dah .. dah la we all anak beranak bulu kening halus nipis konpem kalau berlaku macam ni togel je muka hahaha

    ReplyDelete
  4. Kanak- kanak umur macam ni rajin explore kan,nampak orang buat dia pun nak buat..kadang geram..kadang buat kita tak tahan nak gelak..macam- macam hal..

    ReplyDelete
  5. Ya ampun kakak....adik pun redha je hahaha

    ReplyDelete
  6. Kena pakaikan celak sementara kening baru nak tumbuh. Tapi budak lelaki dia redho jah kan.

    ReplyDelete
  7. hehe..nasib baik si kakak tu tak lukis guna pen mekap mama dia..kalau tak lagi haru kak..nasib baik still hensem lagi walaupun hilang kening setengah tu

    ReplyDelete
  8. Macam-macam ragam anak ni kan..bertabah je la tengok anak panjang akal ni..teringat adik masa kecik g potong misai kucing..mcm2 hal.

    ReplyDelete
  9. hihi..klu pompuan blh gak lukis2.ni lelaki bertabah la..:)

    ReplyDelete
  10. Children are like that. They always want to try something new. No worries, kening akan tumbuh cepat.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah cukup kening adik tu habis sebelah dah kena lukis kening bagi nampak penuh balik hehehehe. Nasib mereka tak buat macam kening Sinchan wakakaka....

    ReplyDelete
  12. Ya Alllah boleh pulak si kakak cukur kening si adik. Hahahha. Nanti bila mereka dh dewasa n tunjukkan gmbr tu mesti dorg ketawa.

    ReplyDelete
  13. Mak aiii, di cukurnya kening haha. Ini nasib budak2 lagi. Kalau dah remaja, mesti malu dan stress gila haha.

    ReplyDelete
  14. Kanak-kanak sekarang memang sangat nakal. Saya punya anak-anak pun selalu bagi kejutan kapada saya. Anggaplah satu memori yang boleh diketawakan bila besar nanti.

    ReplyDelete
  15. Ana pun bantai gelak masa tengok gambar ni kat fb. Tunjuk kat suami, dia pun bantai gelak sama. Comel pulak rasanya telatah anak akak. Nak marah pun tak jadi ye kak.

    ReplyDelete
  16. Adududududduudddu kakak nampak ayah shave misai dan janggut ke. Hahaha. Terus kening adik dia cukoq!!! Bertabahlah mak.

    ReplyDelete
  17. OMG! Poor adik...tetiba kening sebelah. Huhuu...jenuh maknye nak lukis bila keluar rumah. Cuba letak minyak kelapa supaya cepat tumbuh.

    ReplyDelete
  18. Hahaha comelnya bahaya juga kalau budak2 ambil benda ni dah la tajam kan.xapa nnti tumbuh balik kening tu

    ReplyDelete
  19. oh no! this is too adorable and funny...though thankfully no one got injured...should probably place those items on a higher shelf...

    ReplyDelete
  20. Hahaha ish korang nie... anak kita pula dalam fasa bermake up nak pergi sekolah.. make up sendiri pula tue, selamat menjadi.. xde comot

    ReplyDelete
  21. Hahaha..memang kelakar lah diaorg ni kan. Anak sis si Aeysha tu pun pernah jugak buat mcm ni, separuh kening dia kontot..dah macam hitler pulak...geram pun ada jugak masa tu..hehehe

    ReplyDelete
  22. Oh no, does his eyebrow grow back de. Pity him and he must be so sad when see one of his eyebrow gone half. If I will definitely cry non stop.

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page