Dilema Ibu Bekerja, Nursery Dan Cuti!!

Thursday, May 03, 2018

Dilema Ibu Bekerja, Nursery Dan Cuti!! | Benda paling tak best bila hantar anak pergi nursery... Bila kau dapat message mengatakan yang anak kau salah seorang suspect pengidap jangkitan Kaki, Tangan dan Mulut (HMFD) dan kau diminta ambil anak secepat yang boleh. Time kau ada kerja yang perlu disiapkan, time tu juga dugaan datang. Hati memang tak tenang. Meronta-ronta rasa nak balik. Tapi... Kau kena siapkan kerja dulu. Nasib kebetulan hubs ada and boleh tolong ambilkan dulu sementara aku balik dari office. 


Macam mana boleh suspect HMFD? Sebab ada ulcer dekat pangkal lidah Harraz. Pagi rabu last week sebelum aku pergi office memang bawa Harraz pergi klinik dulu. Sebab merengek-rengek tak boleh tido. Dah 2-3 hari juga macam tu. Dr check... Tak ada demam. Tangan dan kaki pon tak ada naik bintik-bintik merah. Cuma ulcer dekat lidah saja. Dr pon ada cakap sekarang tengah musim HMFD. Rupanya bukan ulcer dekat pangkal lidah saja yang ada. 
.
Boleh aku tak perasan dan Dr sendiri pon tak nampak dekat tepi dalam mulut sebelah kiri dan kanan pon ada juga. Boleh tahan banyak juga lah. Petang rabu tu orang dari jabatan kesihatan call. Buat sesi soal jawab. Soalan memang detail. Dia tanya ada pergi dekat kawasan yang ramai orang atau ada pergi playground? Kerja apa? Dekat mana? Syarikat apa? Nama suami? Kerja apa? Nama anak-anak? Dan macam-macam soalan lagi lah. Tapi pada firasat aku Harraz bukan kena HMFD. Sebab kalau ikut belah abah dia, memang almost every months kena ulcer. Dari atok, abah dia sampai lah anak-anak. Memang selalu kena ulcer. 


Sekarang memang wabak HMFD sedang menular. Nursery ditutup bermula 25/4 untuk kerja-kerja pembersihan sampai lah 4/5. Lama tu. Dilema nya... Kau kena ambil cuti yang panjang. Rasanya private sector kena adakan cuti kuarantin jugak macam yang gomen buat. Sebab kalau kena penyakit berjangkit memang semingu atau lebih jugak nursery tutup. Mana nak cekau cuti? Nak suruh busband cuti, dia ada training dari rabu sampai jumaat esok. Memang cuti aku banyak terkorban untuk anak-anak. Minggu depan tadika Qhalif tutup hari selasa dan khamis sebab pilihanraya. Nak kena cuti lagi tu. Cuti aku tinggal 13 kot untuk sampai bulan December ni. 

Alhamdulillah... Harraz dah semakin baik. Ulcer pon dah nak hilang. Selera makan pon dah ada. Rasanya Harraz tak kena HMFD lah. Semoga bos pon memahami. Termasuk rakan sekerja juga. Mana tahu kan kot mengata sebab tak kerja lama sangat. Terpaksa cover kerja aku ke kan. Memang serba salah jadinya. Tapi bukan suka suki nak cuti emergency macam ni. Inilah antara dilema ibu bekerja. Cuti, MC dan cuti kecemasan berpisah tiada. Harini dah masuk hari ke 5 aku tak kerja. Jadi surirumah sepenuh masa buat sementara ni. 

You Might Also Like

2 komen

  1. memang ramai anak2 yg dijgkiti hfmd ni fiza, memng risau dibuatnya, moga anak fiza segera baik hendaknya

    ReplyDelete
  2. teringat masa my 1st kena HDFM ni. siap warded kat hospital selayang dalam bilik kuarantin seminggu. bos pun berkicau la time tu. apo nak buat kan. Sabar ja lah.. la anak dah besar2 dah pun. Kenangan betul

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page