Selamat Mengundi Dan Saingan 5 Penjuru!!

Tuesday, May 08, 2018

Selamat Mengundi Dan Saingan 5 Penjuru!! | Tiba-tiba nak cerita pasal mengundi kan. Tahun ni kita sambut Hari Raya sebanyak 3 kali tau. Hari raya Aidilfitri, Aidiladha dan raya pertama yang kita akan sambut adalah Pilihanraya ke 14 yang bermula pada hari Rabu bersamaan dengan 9 Mei 2018. Esok adalah penentu masa depan negara. Kalau nak beralih arah dengan pemerintah yang sedia ada, ini lah masanya. Korang dah bersedia ke nak mengundi esok ni? 


Siapa yang belum mendaftar tu, especially yang muda belia sila lah mendaftar awal. Jangan nak dekat pilihanraya baru nak daftar. Yang dah berumur pon ada yang tak daftar tau. Kan dah rugi satu undi tu. Itu belum yang dah daftar tapi tak keluar mengundi. Kalau ramai lah yang macam ni, memang satu kerugian. Kalau yang jauh tu, boleh je tukar alamat. Ini merupakan kali ke 3 atau ke 4 aku keluar mengundi. Perasaan nya tetap sama. Rasa berdebar-debar. 


Saingan 5 Penjuru



Alhamdulillah... Tempat mengundi aku tak jauh pon... Kampung Pandan saja. Dekat sekolah rendah agama aku dulu. Setiap kali mengundi, teringat juga lah memori masa sekolah agama dulu. Last aku keluar mengundi dulu waktu petang. Orang dah tak berapa ramai sangat dah. Sempatlah ambil gambar. Buat kenangan. Kalau keluar pagi memang ramai orang. Tapi ada caranya kalau tak nak beratur panjang. Antaranya:

  1. Gendong anak kecil masa nak pergi mengundi tu. Mesti dapat barisan depan
  2. Pakai socks dan baju sejuk macam orang yang sedang berpantang tu... hehe..
  3. Bawa orang tua. Macam mak kita yang tak larat tu kan.
  4. Letak bantal atau apa-apa yang boleh  buat perut tu nampak macam orang mengandung... haha..
Cubalah kalau tak nak beratur panjang nanti. Piliharaya ke 14 kali ni agak sengit jugak dekat kawasan Pandan. Kalau sebelum ni hanya ada 3 pencalonan saja untuk DUN dan PARLIMEN. Tapi kali ni ada 5 pencalonan. Memang persaingan yang sengit jugak ni. Aku pon tak tahu nak pangkah yang mana ni. Dilema juga dibuatnya ni. 



Untuk Parlimen dan DUN ni. Antara PAS dengan PKR. Yang lain aku tolak tepi. Yang mana akan dipangkah nanti? Biarlah jari yang akan menentukan nya esok. Rasa berdebar juga ni. Hubs sibuk tanya pangkah mana... hahaha... Undi adalah rahsia kan. Mana boleh bagitahu. Sana sini aku baca pasal cara nak mengundi. Ada yang kata kena pangkah sekian-sekian lah. Tak boleh lebih dari garisan lah. 

Cara Mengundi Yang Betul


Sumber: Google pic

Senang je nak mengundi sebenarnya. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan (IC). Pakai pakaian yang selesa dan proper. Dan tanda jer kertas undi tu. Tak payah nak bawa pembaris atau nak pangkah dengan IC sebab takut garisan tu tak lurus. Cukup sekadar pangkah. Macam gambar dibawah ni:

Sumber: Google pic

Tak payah nak serabut-serabut kepala tu fikir macam mana nak pangkah. Just 'PANGKAH' sahaja. Pagi ni jalan pon dah start lengang. Mungkin orang dah start balik kampung kan. OK lah... Mari lah mari. Pergi Mengundi. Tunaikan Kewajipan Pada Negara. Selamat mengundi semua. Pilihan ditangan kita. Pilih lah dengan bijak.


You Might Also Like

3 komen

  1. Serius tak sabar nak mengundi esok!

    ReplyDelete
  2. 5 penjuru tu...tempat akak selalu 2 tapi kali ni 3..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selesai. Semoga kerajaan baru ni dapat membentuk Malaysia yang lebih makmur dan aman berlandaskan ajaran Islam.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive