Resipi Mudah Sos Preego Buddies Pasta And Cheese

Wednesday, September 12, 2018

Resipi Mudah Sos Preego Buddies Pasta And Cheese | Cerita weekend baru ni. Tiba-tiba teringat ada lebihan cheese dalam freezer. Lepas tu terbayang-bayang Macaroni and Cheese. Rasa macam pernah buat. Resipi pon ingat-ingat lupa. Tapi macaroni tak ada. Macam mana nak buat Mac & Cheese ni? Hurmmm... Ok... Baru teringat ada beli Preego Buddies untuk budak-budak ni. Bahan-bahan pon ada. Cuma fresh millk pulak tak ada. Tak apa... Kita masak dia. Pakai saja bahan yang ada. Maka terhasil lah Resipi Mudah Sos Preego Buddies Pasta And Cheese instead of Macaroni and Cheese.

Resipi Mudah Sos Preego Buddies Pasta And Cheese

Resipi Mudah Sos Preego Buddies Pasta And Cheese 


Yang pasti, resipi ni memang tersangat senang dan tersangat sedap. Tak payah nak beli sos Preego pon. Makan pulak dengan Preego Buddies. Memang bertambah-tambah lah si Iman Qhalif dengan Iman Harraz makan. Satu pack Preego Buddies tu habis dekat diorang saja. Si abang Iman Hakimi dengan kakak Qahirah pon tak merasa langsung sebab dah keluar main dengan kawan-kawan. Nasib lah. Tapi kan... Preego Buddies ni makan macam tu pon dah sedap tau. Ok... Salin resipi ni:

Resipi Mudah Sos Preego Buddies Pasta And Cheese
Sumber gambar: Google pic.

Bahan-Bahan


1 peket Preego Buddies / Macaroni
2 - 3 sudu besar butter
2 sudu besar Tepung gandum
2 - 3 cawan Fresh milk
4 keping cheese (Tak kisah jenama apa)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
Broccoli / capsicum / cendawan sebagai penambah

Caca-cara


  1. Macam biasa, rebus Preego Buddies / Macaroni dengan sedikit garam dan minyak sehingga lembut.
  2. Panaskan butter dan masukkan tepung. Gaul sehingga rata.
  3. Masukkan susu segar dan tambahkan serbuk lada hitam serta garam. Kacau rata
  4. Masukkan sayur-sayuran 
  5. Tambah keju satu persatu sambil kacau supaya kuah tidah berketul 
  6. Masukkan Preego Buddies/Macaroni dan kacau rata.

Untuk fresh milk tu kan, memandangkan masa nak buat tu stok fresh milk tak ada. Jadinya saya bancuh dengan susu tepung fresh milk Fernleaf. Dengan harapan sos nya menjadi lah. Di tambah juga penambah perasa dengan oregano flakes. Alhamdulillah... Tersangat sedap rasanya.  Lepas tu saya tak campurkan sekali Preego Buddies dengan sos tu sebab takut anak-anak tak suka. Sebab tu asingkan sos. Tapi tekaan meleset bila anak-anak bertambah makan. 

Sambil makan sambil puji 'Sedap lah ibu masak. Nanti buat lagi yer'. Kembang setaman perumahan bila anak puji masakan ibu dia ni sedap. Nanti ibu masak kan lagi yer. Kali ni nak tambah sayur-sayuran pula. Nak bagi trick sebab anak-anak memilih nak makan sayur, kita sagat saja sayur-sayur tu. Kalau dah halus tak kan tolak juga kan... hehehe... Selamat mencuba ☺

Note: Preego Buddies ni makan macam tu saja pon dah sedap. 


You Might Also Like

2 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page