Anak Mengadu Sakit Kaki? Ini Dia Simptom ‘Growing Pains’ Yang Perlu Ibu Bapa Tahu!!

Wednesday, October 10, 2018

Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi kan. Ni nak sharing dengan anda semua mengenai symptom yang di kenali sebagai ‘Growign Pains’. Pernah tak anda alami di mana anak mengadu sakit kaki atau lenguh-lenguh kaki? Actually anak-anak saya selalu juga mengadu sakit kaki. Especially anak dara nan sorang tu. Qahirah ni agak kerap juga lah kena sakit kaki berbanding abang dia Iman Hakimi dengan adik dia Iman Qhalif. Mungkin ketahanan budak lelaki ni kuat sikit kot berbanding perempuan. 


Anak Mengadu Sakit Kaki? Ini Dia Simptom ‘Growing Pains’ Yang Perlu Ibu Bapa Tahu!!


Bila dah sakit kaki tu, ibu dia ni pon just sapu minyak panas dan urut saja lah. Naik hairan juga sebab kecik-kecik dah sakit and lenguh-lenguh kaki kan. Risau pon satu hal juga. Dah macam orang tua pulak sakit dan lenguh-lenguh kaki ni. Ke ini symptom biasa lepas dah puas main, kaki pon sakit. Tak terfikir pon nak search. Sampai lah terjumpa info berkenaan dengan ‘Growing Pains ni.  Bila baca… Ehh! Macam kena jer topik ni dengan Qahirah.

Apa itu ‘Growing Pains’?


Kalau anda nak tahu, Growing Pains ni berlaku pada anak yang sedang dalam fasa tumbsaran atau sedang nak membesar lah senang cerita. Sebab tu bagi sesetengah kanak-kanak, mereka akan mengalami symptom yang di panggil Growing Pains ni. Biasanya berlaku pada waktu malam. Macam Qahirah ada masa kalau kena memang dia merengek sikit lah. Mungkin sebab rasa tak selesa kot. Ada 5 perkara tentang Growing Pains ni. Iaitu:

5 Perkara Tentang Growing Pains


1. Ianya Normal


Menurut KidsHealth.com, Growing Pains ini bukanlah sejenis penyakit dan tak perlu untuk dirisaukan kerana symptom ni berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara 3 tahun hingga 12 tahun. Growing Pains ni membuatkan anak rasa sakit pada kaki. Lebih-lebih lagi pada bahagian depan paha, betis, belakang lutut dan keting. Biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki.

2. Punca Growing Pains



Punca kesakitan masih tidak diketahui secara tepat. Tapi menurut NHS Choices, tiada bukti saintifik yang menunjukkan proses tumbesaran menyebabkan kesakitan. Sebab tu doctor lebih selesa menggunakan istilah ‘recurrent nocturnal limb pain in children’. Growing Pains juga kerap berlaku pasa kanak-kanak yang aktif serta kanak-kanak dengan sendi yang longgar dan fleksibel (Joint Hypermobility).

3. Bagaimanakah Rasa Sakit Yang Di Sebabkan Growing Pains?


Kesakitannya seperti cramp pada otot. Tapi tiada sebarang tanda lain seperti lebam, kemerahan atau infeksi. Sakit ini juga tidak mempengaruhi cara anak berjalan. Growing Pains biasanya bermula sebelum waktu tidur. Walaupon anak tidur tanpa sebarang masalah, tapi kesakitan boleh berlaku sewaktu mereka tidur hingga menyebabkan anak terjaga.

4. Bila Growing Pains Akan Berhenti?


Pakar mendapati bahawa kesakitan ini akan berhenti bila kanak-kanak tidak lagi mengalami Growth Spurt. Ini bermaksud symptom ni tak lagi berlaku bila anak sudah menceceah usia remaja iaitu sekitar umur 13 tahun.

5. Cara Mengurangkan Rasa Sakit



Cara yang paling berkesan adalah dengan memberikan urutan dan menyapu minyak panas pada kaki anak. Ini yang selalu saya buat. Buat sedikit regangan seperti meluruskan kaki anak atau melipatkannya agar otot dapat meregang dan menegang. Selain daripada itu, boleh juga tuam dengan menggunakan ‘heating pad’ pada bahagian yang sakit. Kedua-dua car aini dapat melegakan rasa sakit yang dialami akibat Growing Pains.

Perlu Ke Jumpa Doctor?


Biasanya sakit ni bukanlah suatu keadaan yang serius, Tapi anda boleh mendapatkan pandangan doktor jika rasa sakit kaki yang dialami oleh anak disertai dengan beberapa tanda lain seperti:

  • Sakit kaki yang kerap dan berlaku pada setiap malam dan turut berlaku pada waktu siang
  • Sakit pada sebelah kaki sahaja
  • Bengkak, kemerahan atau lebam
  • Demam
  • Kurang selera makan 
  • Berjalan tempang atau terhincut-hincut
  • Tak nak berjalan

Sumber: SINI

Jika anak anda alami simptom-simptom seperti di atas, ini perlu dirujuk kepada doctor sebab mingkin berkait rapat dengan penyakit lain. Sebab tu kita sebagai parents kena sentiasa peka kalau ada sebarang perubahan pada anak. Yang saya perasan, Qahirah ni kalau terlebih main memang akan kena 'Growing Pains' ni. 

Jadinya... Tak perlu risau lah kalau anak mengadu sakit atau lenguh-lenguh kaki. Bukan anak mengada-ngada tau sebab saya pernah cakap dekat qahirah macam tu bila dia mengadu sakit kaki lepas main seharian... huhu... Melainkan kalau ada simptom yang di sebutkan di atas tu, sila cepat-cepat bawa anak jumpa Doctor tau. 

Note: Baru hari tu anak dara tu mengadu sakit kaki lagi ☺ 


You Might Also Like

4 komen

  1. yes..anak Ayu pun kadang2 ngadu sakit or lenguh2 mcm ni. Memang sapu minyak panas je, tambah2 Ian..sbb dia aktif sukan. so lagi la kan.

    ReplyDelete
  2. first time gak dgr ni...ada gak anak dara no 2 tu ngadu sakit kaki waktu mlm..tp mmng takde lebam ke apa ke..barula tauuu

    ReplyDelete
  3. oh baru tau ada penyakit ni, tak ingat dah dulu ada sakit tak hehehe

    ReplyDelete
  4. Baru sha tahu pasal penyakit ini.. tq share..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page