Menangi Hadiah Menarik Dengan Menyertai Kempen Jom Berzakat Anjuran PPZ-MAIWP

Saturday, October 06, 2018

Menangi Hadiah Menarik Dengan Menyertai Kempen Jom Berzakat Anjuran PPZ-MAIWP | Zakat ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.


Menangi Hadiah Menarik Dengan Menyertai Kempen Jom Berzakat Anjuran PPZ-MAIWP 


Kalau anda nak tahu, baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.


Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

  • Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen 
  • Tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kempen Jom Berzakat ni, boleh layari laman web PPZ dan juga Facebook PPZ dibawah ni:


”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”



You Might Also Like

1 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive