SEERS Instant Water Heater | Menjimatkan Elektrik Dan Selamat

Wednesday, October 31, 2018

SEERS Instant Water Heater | Menjimatkan Elektrik Dan Selamat. Ada yang tengah survey Water Heater ke? Maklumlah... Dekat Malaysia pon ada juga musim sejuk juga. Musim sejuk tu bila tiba musim hujan. Hujan tak kira masa. Cuaca pulak mendung. Lepas tu bila pijak lantai pon rasa sejuk. Time nak mandi lagi lah kan. Nak mandi pon fikir banyak kali sebab air paip dah macam ais sejuknya. Lepas tu mula lah berangan… ‘Bestnya kalau ada water heater dekat rumah’… hurmmmm… Nak jerang air panas semata-mata untuk mandi, memang tak lah kan. Membazir gas saja. Haaa... Sebab tu saya nak share satu jenama Water Heater yang best ni buat mereka yang sedang mencari.


SEERS Instant Water Heater | Menjimatkan Elektrik Dan Selamat


Kalau nak ikut kan, Water Heater ni ada lah juga termasuk dalam wish list. Bukan apa, kadang-kadang tu tak tahan betul mandi air sejuk bila tiba musim hujan. Pernah juga lah anak-anak suruh jerang air sebab nak mandi air suam. Tapi itu lah, ada juga terfikir tentang tahap keselamatan water heater ni. Selamat ke? Tinggi ke tahap penggunaan elektrik nya? Sebab katanya penggunaan water heater antara penyebab bil elektrik tinggi. Lepas tu harganya pon boleh tahan juga… hurmmm…


Tapi tak apa, kita survey dulu Water Heater mana yang sesuai dengan budget, menjimatkan elektrik dan selamat. Survey punya survey, maka terjumpa lah satu jenama Water Heater yang menepati citarasa yang kami cari. Iaitu SEERS Instant Water Heater. Kenapa memilih jenama SEERS sedangkan ada banyak jenama lain yang lebih dikenali?

Kalau anda nak tahu, SEERS menawarkan teknologi terkini dalam sistem air panas hibrid yang boleh memanas air yang pertama di dunia dengan teknologi hibrid mesra alam. Sistem ini membolehkan pengguna menikmati manfaat air panas. Dengan teknologi revolutionary dimana ianya menawarkan teknik pemindahan haba yang sangat cekap yang boleh mengeluarkan tenaga dari udara disekeliling untuk menghasilkan air panas tanpa memerlukan unsur pemanasan, penggalak elektrik dan pemampat kedap udara. Secara tidak langsung bukan sahaja menjimatkan penggunaan kuasa tetapi juga sangat selamat digunakan. 

Ciri-Ciri Yang Terdapat Pada SEERS Instant Water Heater



Seperti yang anda tengok dalam gambar di atas ni, ada 11 tahap keselamatan yang terdapat pada SEERS Instant Water Heater ni. Antaranya sudah mendapat Penilaian Perlindungan Antarabangsa dimana reka bentuk jet air bukti ianya mematuhi IEC 60529 untuk perlindungan tahap tinggi. Selain daripada itu, Kawalan Skrin Sentuh pada Water Heater tidak berbahaya walaupun bersentuhan dalam keadaan tangan yang basah. Manakala untuk Water Flow Switch atau suis aliran air pula pemanasan akan di nyahaktifkan (deactivate) jika tiada air masuk untuk mengelakkan ianya kering dan menjadi lebih panas

Kelebihan SEERS Instant Water Heater


Antara kelebihan yang terdapat pada SEERS Instant Water Heater ialah, sudah tentu lah Power Saving nya sebab penggunaan tenaga yang rendah secara tak langsung dapat menjimat kan elektrik dan menjimatkan bil elektrik yang tinggi. Ia juga menggunakan Internal Water Pump atau pam air dalaman dan sangat sesuai untuk rumah yang tekanan air nya rendah. Tambah menarik, SEERS Instant Water Heater ni No Electrical Shock atau tiada risiko untuk kejutan elektrik kerana Current breaking device (Teknologi yang dipatenkan SEERS) dimana sekiranya terdapat sebarang kebocoran, Current breaking device (peranti pecah semasa) akan memotong elektrik serta-merta untuk mengelakkan sebarang masalah elektrik.

Review Selepas Menggunakan SEERS Instant Water Heater


Ok.. Honest review dari saya setelah lebih sebulan menggunakan SEERS Instant Water Heater. Memang best sebab ciri-ciri keselamatan yang ada pada SEERS Instant Water Heater ni. Nak menggunakannya pon mudah dan senang. Untuk tahap kepanasan water heater pula, ada 3 tahap sahaja. P1 suhu rendah, P2 suhu sederhana dan P3 untuk suhu tinggi. Selalulany kami pakai tahap 2 sebab tahap 2 tu pon dah ok. Kalau kulit tebal dan tak rasa panas, boleh tukar tahap 3. On sahaja suis water heater. Tak perlu nak pasang plug. Kan senang.




Kalau nak ikut kan, Water Heater ni ada lah juga termasuk dalam wish list. Bukan apa, kadang-kadang tu tak tahan betul mandi air sejuk bila tiba musim hujan. Tapi itu lah, ada juga terfikir tentang tahap keselamatan water heater ni. Selamat ke? Tinggi ke tahap penggunaan elektrik nya? Sebab katanya penggunaan water heater antara penyebab bil elektrik tinggi 🤔 . Tapi tak apa, kita survey dulu Water Heater mana yang sesuai dengan budget, menjimatkan elektrik dan selamat. Survey punya survey, maka terjumpa lah satu jenama Water Heater yang menepati citarasa yang kami cari. Iaitu SEERS Instant Water Heater 😘 . Antara kelebihan yang terdapat pada SEERS Instant Water Heater ialah, sudah tentu lah Power Saving nya sebab penggunaan tenaga yang rendah secara tak langsung dapat menjimat kan elektrik dan menjimatkan bil elektrik yang tinggi. Ia juga menggunakan Internal Water Pump atau pam air dalaman dan sangat sesuai untuk rumah yang tekanan air nya rendah 😊 . #SeersInstantWaterHeater #InstantWaterHeater #WaterHeater #SafeLife #SeersSavingSensation
A post shared by Fiza Rahman (@fizaabdrahman) on

Paling saya suka adalah Kawalan Skrin Sentuh pada water heater. Tidak merbahaya walau tangan basah. Jadinya tak risau kalau anak mandi dengan SEERS Instant Water Heater tanpa pengawasan saya dan suami. Cuma selalu pesan selepas menggunakan water heater kena tutup suis utama. Dari segi penggunaan elektrik pula, tak ada beza sebelum dan selepas menggunakan SEERS Instant Water Heater. Memang menjimatkan elektrik. Tak ada masalah utnuk mandi bila musim sejuk datang sebab dah ada SEERS Instant Water Heater ni. Anak-anak pon seronok sebab dah ada pemanas air. Pagi petang mandi air panas. Over batul tau.

Untuk yang masih mencari water heater, boleh cuba SEERS Instant Water Heater ni. Atau yang sedang mencari hadiah untuk parents, boleh hadiahkan untuk Ibu/Ayah. Pasang water heater kat rumah mereka. Orang tua ni lagi lah tak tahan sejuk kan. Macam mak saya lah. Unutk ibu yang dalam pantang pon, bolehlah suruh suami hadiahkan water heater. Orang dalam pantang kena mandi air suam. Nak mandikan baby pon kena pakai air suam. Tak perlu susah payah jerang air. Hadiahkan saja SEERS Instant Water Heater.

Kalau nak tahu maklumat lanjut, nak survey atau nak terus beli, boleh layari info dibawah:

Website:


Facebook:


Address:

SEERS Marketing Sdn Bhd (917949-V)
No.4, Jalan Utarid U5/18A, 
Seksyen U5, Mutiara Subang, 
40510 Shah Alam, Selangor

Telephone: 

+6 (03) 7842 287

You Might Also Like

19 komen

  1. TB pun mencari gak water heater ni .. memang betul kalau musim hujan dan cuaca sejuk benda ni berguna sangat2.. kalau tak.. jenuh nak kena sediakan air suam untuk mandi.. tapi TB pun takut gak tentang keselamatan alat ni.. risau gak kalau tak pilih betul2 sebelum beli

    ReplyDelete
  2. Saya ada baca yang water heater ni antara satu peralatan elekrik yang makan banyak elektrik. Kalau ada yang menjimatkan, memang saya pun nak pakai yang tu

    ReplyDelete
  3. yeah even hot weather in Malaysia, still alot people using heater. Nice to know you share info on this, first time to know of this brand. Got to check their website for more detail as bro in law are looking to shop one at home.

    ReplyDelete
  4. Wow bestnya water heater ni kita pun tengah usha-usha juga nak beli pasang kat bilik air tu sejuk jer setiap hari mandi hehehehe tengok ni macam menarik dan modern lak tu skrin sentuh bestnya nak juga lah nak kena beli online jer ke...

    ReplyDelete
  5. Sejuk - sejuk guna heater ni best ...

    Salam perkenalan dari saya AL ="https://diarialialiyana.blogspot.com/">BLOG DIARI ALIA LIYANA

    ReplyDelete
  6. Thinking to get one too for family usage. Looks convenient and easy to use.

    ReplyDelete
  7. SEERS Water heater memang menjimatkan dah tak perlu risau kena kejutankejutan elektrik ke apa kan

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik water heater seers ni, Suka design dan touch button tu nampak modern sangat. Fungsi yang ditawarkan pun nampak bagus. Nak kene survey ni.

    ReplyDelete
  9. wahh macam menarik lah Seers water heater ni! Memang betul, especially bila musim hujan ni kan mmg nice sangatlah if ada water heater dlm bilik mandi, bolehlah mandi dgn selesa hehe. Bagus siap 11 ciri keselamatan semua tu, ha nanti nk tengok2 lah water heater Seers ni hehe

    ReplyDelete
  10. mandi air panas ni bukan nak lari dari air panas je sebenarnya. tapi bagus untuk kulit. lagi2 kalau basung muka. pores akan terbuka

    ReplyDelete
  11. Pagi petang mandi air panas. hahaha. Sonokla dah ada heater. Anak2 mesti nak air panas je kan? Good features sebab tgn basah pun boleh sentuh skrin. Takut sikit bab elektrik kene air ni. Huhu. Tercari2 harganya berapa. Nanti la tgk website.

    ReplyDelete
  12. tak pernah dengar brand ni..tapi nampak bagus dan berkualiti..banyak function menarik yang boleh dicuba tu yang best :-)

    ReplyDelete
  13. Saya start beli water heater masa hamil anak kedua. Masa anak pertama berpantang di rumah mak. So senang la ada water heater. Tp bila hamil anak kedua ni asik la cramp. Terus beli water heater. Tapi water heater ni, masa musim sejuk kat rumah saya ni dia jadi suam. Sojukkk bonar air tu. Haha

    ReplyDelete
  14. Bagus, touch screen ni selamat walaupun dgn tangan basah. Sy pun takut masalah renjatan elektrik, keselamatan yang paling penting utk alat2 elektrik kegunaan dalam tandas.

    ReplyDelete
  15. Kalau dah berkeluarga nanti, rasanya nak pasang water heater jugak la, heheh. Now duk rumah bujang macam tak perlu lagi la.

    ReplyDelete
  16. kekadang terasa nak ada kan water heater kat umah.
    tapi tu la. lom lagi beli-beli, fiza.
    kalu kat hotel, wajib kot mandi air panasa, kan.
    bab jimat elektrik tu patut jadi keutamaan.
    sebab, tarif elektrik makin lama makin melampau mahal.
    ntah hape hape :)

    ReplyDelete
  17. Nowadays one of the facts I choose before purchasing any electrical items is if it has power saving, sounds like a great heater.

    ReplyDelete
  18. Great to have water heater like this.. useful for the whole family.. great product.. yang penting, it's safe..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page