Kasut Sekolah Putih VS Kasut Sekolah Hitam | Yang Mana Jadi Pilihan?

Saturday, December 08, 2018

Sedang buat persiapan untuk kelengkapan persekolahan anak-anak ke tu? Pejam celik pejam celik, tak lama lagi dah nak buka sekolah. Sebab itu lah pentingnya persediaan awal untuk kelengkapan persekolahan anak-anak seperti baju sekolah, bag, alat tulis, buku dan juga kasut. Bukan apa, kalau beli lambat-lambat nanti takut kehabisan saiz. Terutama untuk baju sekolah dan juga kasut sekolah. Sebab pernah merasa beli last minute. Banyak saiz yang dah habis.


Bercakap mengenai kasut sekolah kan, baru-baru ni kecoh mengenai kasut sekolah warna putih dan juga kasut sekolah warna hitam. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Pada saya, isu ini mungkin sudah mengambil kira pandangan dari pihak yang berkepentingan seperti ibu bapa, guru-guru dan murid murid sebelum ianya dilaksanakan. Alaaaa… lagi pon perlaksaannya masih lambat lagi. Ianya akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula pada tahun 2021. Boleh saja nak pakai kasut sekolah warna putih atau pon hitam.

Bagi saya kan, yang penting bukan warna kasut sekolah. Tapi kualiti sebuah kasut sekolah itu sendiri. Kalau beli kasut murah, berapa lama saja tahan. Masuk pertengahan tahun persekolahan, kasut dah nampak buruk dan koyak sana sini. Paling sedih, belum masuk tengah tahun kasut dah jahanam. Dalam setahun berapa kali nak tukar kasut. Ini dari pengalaman saya sendiri tau. Kasut biasa tu memang jenis cepat rosak dan mudah terkoyak.

Kenapa PALLAS jadi pilihan?


Baik beli kasut mahal tapi tahan lama dan berkualiti dari beli kasut murah tapi nak kena beli banyak kali. Kos nya sama sahaja kalau beli kasut mahal kan. Dan dalam banyak-banyak jenama kan, PALLAS antara yang menjadi pilihan. Memang dari zaman saya sekolah lagi kasut PALLAS ni dah ada. Nampak tak betapa lama jenama PALLAS ini bertahan sebab kualiti nya. 

Dan untuk persekolahan tahun 2019 ni, saya sudah pon mendapatkan kasut PALLAS untuk anak-anak saya iaitu:

PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0164


Brand: Jazz 
Style
- Velcro strap design
- Durable canvas upper combined with PVC for long lasting wear
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort and protection

PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0165


Brand: Jazz 
Style
- Velcro strap design
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort and protection 

PALLAS JAZZ LO CUT SHOE LACE 7328


Brand: Jazz 
Style
- Signature and unique Jazz lace up design
- Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
- Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
- Rubber outsole for excellent grip

Kualiti Kasut Pallas


Dalam pemilihan kasut, keselesaan adalah keutamaan. Memilih kasut yang selesa untuk anak-anak adalah sangat penting. Daripada jenama kasut, saiz kasut dan juga material kasut perlu di ambil kira. Budak-budak kan, pergerakan mereka sangat active dan tahap pengudaraan pada kasut juga amat penting untuk mengelakkan kasut berbau. Ciri-ciri yang saya cari ini ada pada kasut PALLAS dimana rangkaian kasut mereka mementingkan keselesaan untuk semua peringkat dengan memfokuskan pada gaya, kualiti dan nilai. 


Yang best, kasut PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP (205-0164) dan PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP (205-0165) ni ringan dan sangat sesuai untuk anak-anak yang active kerana Extra Light yang terdapat padanya membantu mengurangkan beban berat ke sekolah. Secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan kaki yang sihat. Manakala PALLAS JAZZ LO CUT SHOE LACE (7328) pula mempunyai sokongan lengkungan yang terdapat pada kasut dimana ia dapat melegakan ketegangan pada otot. Best kan.


Jom beli kasut PALLAS untuk keselesaan anak-anak. Korang boleh dapatkan di Aeon, Tesco, Mydin and lain-lain tempat untuk promosi Back To School. Boleh juga beli secara online tau. Ada disediakan cara untuk  measurement kasut. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari:

You Might Also Like

12 komen

  1. memang kasut Pallas antara jenama yg sy beli utk kasut anak2.

    ReplyDelete
  2. for me
    hitam
    dua2 anak sekolah agama
    sorang Srai
    Sorang Seri Al Huda
    baju anak kat srai la lennguh sikit
    sbb putih
    si adik kat seri Al Huda ungu
    so case selesai

    ReplyDelete
  3. teringat pula zaman kc sekolah dulu. walaupun kasut hitam, kena sental juga hahaha. hitam atau putih ok je kan dua dua.

    ReplyDelete
  4. kita pilih hitam heheheh.. tak payah basuh wakakakka

    ReplyDelete
  5. Very good. Nowadays got so many designs to choose. Pallas is very good brand. Very comfortable on feet.

    ReplyDelete
  6. Wah. Pallas nie legend nie. Design dah makin advanced dan moden, sesuai dengan zaman kan. Anak-anak saudara Rawlins semua pakai Pallas gak.

    ReplyDelete
  7. Menarik juga ni. Zaman sekolah dulu selalu pakai jenama satu lagi sebab memang tengah popular tapi bolehlah suggest nanti untuk adik-adik pakai kasut ni pulak. Nampak kualitinya pun bagus setanding harga. Dan yang penting selesa untuk memulakan hari di sekolah. :D

    ReplyDelete
  8. kasut sekolah mmg kene ade yang tahan lasak... and by reading your review, mcm best je... i personally prefer hitam at least kasut x dela nmpk kotor sgt compare dgn yang putih..

    ReplyDelete
  9. Akak belikan untuk Dania dua2 warna hitam satu jenis lekat tu dan satu lagi jenis tali...pas tu RM79 je beli combo kat Bata..murah kan

    ReplyDelete
  10. airah pun sama masa sekolah guna pallas je sebab rekaan dia selesa. nak bergerak pun selesa tak ada sakit2 kaki dah. best la budak sekarang pakai kasut hitam tak nampak kotor

    ReplyDelete
  11. It's time for me to buy school shoes for my girls too. I like light weight shoes as it's more comfortable. I have chosen the Sunfeet school shoes because they are good for my girls. check it out too it's diff from the other brands :)

    ReplyDelete
  12. Cnatiknya kasut hitam zaman kita tak ada pulak pakai kasut hitam hehehe kalau tak tak payah basuh hari-hari hehehehe tapi ramai orang kata harga kasut naik macam mana ni sian kat ibu bapa yang tidak mampu... Mungkin jenama lain lah kan..

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page