Althea's Pore Purifying Serum Cleanser | Gabungan Pembersih Dan Serum

Thursday, January 31, 2019

Tengah survey pencuci muka ke tu? Atau ada yang tengah survey makeup remover? Sebelum beli, kena lah survey dulu kan. Buat research sikit-sikit berkenaan dengan product kan. Mana boleh main beli saja. Ni nak bagitahu. Kalau belum jumpa pencuci muka atau makeup remover yang berkenan di hati tu. Apa kata korang cuba product baru dari Althea Korea ni. 


Althea's Pore Purifying Serum Cleanser | Gabungan Pembersih Dan Serum


Ini lah dia… Pore Purifying Serum Cleanser keluaran Althea. Yang menariknya kan, pembersih Pore Purifying Serum ni adalah gabungan pencuci dan serum. Untuk Bahasa senang faham, dalam pencuci muka/makeup remover ni terdapat serum didalamnya. Tak perlu nak beli serum berasingan lagi dah sebab semua ada dalam sebotol Pore Purifying Serum Cleanser ni.

Kelebihan Pore Purifying Serum Cleanser


Yang bestnya dengan Pore Purifying Serum Cleanser ni ialah, ianya  memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat sepanjang masa dari kerengsaan kerada terdapat Ekstrak Pudina didalamnya. Ia juga melembabkan kulit dan menghalang kulit daripada mengering kerana ada Jojoba Seed Oil dan berkesan meminimumkan pembesaran liang disebabkan sistem sel dwi kelembapan @ dual moisture cell system. Selain daripada itu, ia mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit kerana adanya Ekstrak Daun Pokok Teh. Antara kelebihan lain:



  • Pembersih dengan formula serum
  • Menghapuskan alat solek, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit
  • Mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia tetap sihat


Cara Penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser


Senang saja. Kalau nak bersihkan muka… Basahkan muka dan tuang sedikit di atas tapak tangan. Sapukan pada muka dan urut perlahan dalam gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum dibasuh dengan air. Macam tu juga kalau nak buang alat solek pada muka. Bezanya korang kena tuang sedikit di atas kapas muka dan bersih kan lah kesan makeup dan bilas muka hingga bersih. Texture dia agak beminyak sedikit. Tapi kesannya memang best. Muka rasa licin selepas digunakan. 



Packaging pula ok sebab botol tak berapa besar. Cute lah dan mudah dibawa ke mana-mana. Letak dalam handbag jer pon boleh. Harga untuk sebotol Pore Purifying Serum Cleanser RM33.00 untuk 150ML. Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak buat pembelian, boleh layari:





You Might Also Like

4 komen

  1. bagusnya fungsi 2 in 1, pembersih dan serum, senang untuk org macam aju yang tak berapa rajin ni :)

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. pencuci muka double sekali dengan serum. Jimat masa berbanding pakai kedua-dua jenis produk sekali :D

    ReplyDelete
  3. Ana suka jadikan althea serum cleaser ni as a make up remover. Sekejapan hilang semua make tu. Best sgt.

    ReplyDelete


Labels

Instagram

Facebook Page