Terokai Aktiviti Yang Menyeronokkan Di The Adventurers Web @ AEON MALL Nilai

Friday, March 22, 2019

Ppssttt... Minggu ni merupakan minggu terakhir persekolahan. Minggu depan dah bermula cuti persekolahan selama seminggu. Dah merancang aktiviti untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni ke? Atau tak ada idea nak bawa anak-anak pergi mana? Ni nak bagitau yang anda boleh bawa anak-anak pergi AOEN MALL Nilai. Laaa... Bawa pergi shopping mall saja? Bukan ada apa pon. Haaaa... Ini bukan sebarang Shopping Mall yer. Sebab ada tarikan terbaru yang sangat menyeronokkan untuk di terokai tau. 


Shopping Mall bukan sekadar tempat untuk membeli belah sahaja. Shopping mall sekarang dah upgrade dengan pelbagai aktiviti selain untuk menjamu selera dan membeli belah. Ini lah inisiatif yang di lakukan oleh AEON MALL Nilai dengan menjadi pusat membeli belah yang aktif dan pertama seumpamanya di mana ianya menawarkan pengunjung terutama untuk kanak-kanak dan remaja satu pengalaman baru untuk di terokai dengan pembukaan The Adventurers Web di AEON MALL Nilai. Dan ianya akan di buka secara rasmi buat pengunjung bermula pada hari Sabtu, 23 March 2019. 

3 Tarikan Utama Di The Adventurers Web AEON MALL Nilai


Saya telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman di The Adventurers Web di AEON MALL Nilai ini dan apa yang saya boleh katakan… Ianya sangat menyeronok kan. Terdapat 3 tarikan utama yang terdapat di dalam The Adventurers Web iaitu Dinosaur Rangers, Monster House dan juga the Mini Science and Technology Discovery Centre. Ketiga-tiga tarikan ini sangat menarik sebab banyak aktiviti yang terdapat di dalamnya. Iaitu:

Mini Science and Technology Discovery Centre


Kita mulakan dengan Mini Science and Technology Discovery Centre ni dulu yer. Aktiviti di sini sangat sesuai untuk semua golongan. Terutama untuk mereka yang suka kan science dan Technology. Anda boleh terokai pusat mini sciences dan Technology ini dimana ianya berfungsi sebagai hub science mini untuk kanak-kanak dan pelajar kerana ia direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak tentang technology melalui aktiviti dan pameran. 

Reverse Bungee

Robot Programming

Antara aktiviti yang terdapat di dalam Mini Science and Technology Discovery Centre ini adalah Reverse Bungee, Interactive Floor, Robot Programming atau Pengatucaraan Robot dan banyak lagi aktiviti menarik dekat dalam ni. Untuk Robot Programming ni kan, anda boleh tengok Robot ni menari-nari. Memang cute sangat.  

Pasir yang boleh bertukar. Kalau tinggikan pasir tu, nanti bertukar bentuk jadi gunung berapi

Dinosaur Rangers



Kalau masuk dalam Dinosaur Rangers ni anda akan dibawa kembali ke zaman prasejarah. Banyak dinosaur dalam ni. Dan yang best nya, anda boleh bertemu dengan lebih daripada 10 dinosaur yang seakan akan hidup sebab ianya bergerak-gerak. Antara aktiviti lain yang boleh di terokai dalam ni ialah Interactive Kart Rides, meneroka Maze Raptor, mencabar pengetahuan anda tentang dinosaur, Fitness test (wall climbing) dan banyak lagi.



Untuk aktiviti yang mendebarkan, anda boleh masuk dalam Education Hub. Penerangan mengenai Dinosaur, Dinosaur Egg dan ada dinosaur dalam tu yang akan keluar. Tengah dengar penerangan, tiba-tiba bunyi siren. Sekali Dinosaur terlepas keluar lah. Paling tak boleh lupa, cari telur dinosaur. Siap kena merangkak cari telur. Tengah cari telur tiba-tiba dinosaur keluar. Bertempiaran lari lah kami menyelamatkan diri masuk dalam cage… hahaha… Dah macam dalam filem Jurassic Park pulak woihhh!!! Tapi memang happening lah kat sini. 


Monster House


Tarikan terakhir yang terdapat dalam The Adventurers Web ialah Monster House. Untuk aktiviti ni, anak-anak kecik tak digalakkan masuk melainkan kalau mereka berani. Memang horror betul lah. Pengunjung akan menerokai dan akan merasai sendiri pengalaman yang menyeramkan dan menakutkan kerana terdapat 13 tema yang berbeza di dalam Monster house ini tau. 

  ‘Family Base’ area


Monster House ini dibahagikan  kepada dua kategori, iaitu ‘Family Base’ dimana terdapat raksasa kecil yang comel dan nakal. Manakala ‘Extreme base’ pula memang sangat menyeramkan dan menakutkan. Kalau rasa nak menguji tahap keberanian, boleh lah cabar diri sendiri dan di persilakan masuk… hehehe… Bagi orang penakut macam saya ni, Kalau masuk secara berkumpulan tu, berani lah sikit. Kalau masuk sorang-sorang, memang tak lah. 


Muka cuak ☺

Overall… Memang best lah The Adventurers Web. Kalau anda nak merasai sendiri pengalaman yang menyeronok kan ini, anda boleh datang ke The Adventurers Web AOEN MALL Nilai pada hari Sabtu, 23 March 2019 di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan nikmati diskaun khas pada hari pembukaan nanti. Sebanyak 200 tiket akan diberikan secara percuma untuk mereka yang terawal sahaja. Kalau habis, anda boleh dapatkan tiket pada harga RM25.00. Ada juga cabutan bertuah. 

Bergambar dengan Dinosaur


Pembeli juga boleh mendapatkan tiket kombo yang ditawarkan pada harga diskaun sebanyak 20% dari harga asal iaitu RM49.00 dan nikmati semua tarikan yang terdapat di dalam The Adventurers Web. Manakala untuk ahli kad kredit AOEN, anda juga akan menikmati diskaun sehingga 30%. Kalau dak dapatkan tiket percuma, sila datang awal tau. Hanya terdapat pada hari pembukaan sahaja. Untuk maklumat lajut, anda boleh layari:

Website

www.aeonretail.com.my/

Facebook

www.facebook.com/aoenretail.com

Operation Hours

Ahad - Khamis: 10pagi - 10 malam 
Jumaat, Sabtu & Hari Cuti Awam: 10 pagi- 10.30 malam

Address

AEON MALL Nilai
2nd Floor - The Adventurers' Web
No. 2, Persiaran Pusat Bandar
Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan




You Might Also Like

2 komen

  1. wow seram tengok darah2 tu Fiza, kak ana dapat gak invitation ni tapi tak dapat nak pi sebab jauh hehe :)

    ReplyDelete
  2. waaa bukan sekadar mall biasa2 aeon kat nilai ni. ada tempat menarik didalamnya

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive