‘Me Time’ Di Park Regis Singapore

Wednesday, April 24, 2019

‘Me Time’… Hurmmm… Sambil dinner malam tadi sambil dok berfikir ‘Bestnya kalau dapat me time dengan best friend’. Dapat dalam 2-3 hari pon ok lah kan. Bukan nya selalu pon dapat bercuti dengan best friend. Nak jumpa pon susah apa tah lagi nak bercuti sama-sama kan. Masing-masing ada keluarga dan kerjaya. Bukan tak pernah planning. Tapi tu lah… Tak pernah nak menjadi.. huhu.. Sorang ok, yang sorang lagi tak boleh. Jadi nya… Plan tergantung begitu saja. Rindu zaman dulu. Tiap kali birthday masing-masing, kami akat berjumpa untuk celebrate. Kongsi duit untuk beli kek. Bila dah kawin dan ada anak, nak jumpa pon susah. 

Masa ni masing-masing #makanakdua ☺

Tapi tak apa, kita survey dulu tempat untuk ‘me time’ dengan best friends. Sambil otak ligat berfikir, sambil teringat memory zaman kecil dengan best friends, sambil scroll FB dengan IG. Fb ni kan.. Dia macam boleh baca fikiran kau tau. Banyak pulak newsfeed pasal tempat percutian best-best dan murah. Tiba-tiba ada message masuk. Rasa nak menjerit bila kawan baik pm. Berbalas-balas message sampai lah terbuka topik dan planning untuk ‘Me Time’ bersama-sama dengan pergi bercuti.. Saya, Sue dan Radia. Dengan harapan supaya planning kami ni menjadi lah hendaknya.

Survey punya survey untuk tempat percutian, saya cadangkan kita ke Singapore. Sebab dekat Sigapore pon banyak juga tempat-tempat yang menarik untuk di lawati. Last saya ke Singapore dan dapatlah merasa ‘Me time’ untuk 2 hari 1 malam dulu masa company trip tahun 2013. Tapi pergi USS saja lah. Itu pon dah best. Kalau dapat explore Singapore, lagi best kan. Masing-masing setuju dan kami bahagikan tugasan. Sue dan Radz akan buat jadual perjalanan dan survey tempat-tempat menarik dekat Singapore untuk percutian kami di sana nanti. Manakala tugas saya adalah survey hotel murah dan booking.


Alaaa… Apa susah kan. Semua nya di hujung jari. Pergi jer search book cheap Singapore hotel dekat Mr Google tu saja. Maka akan keluarlah senarai nya. Misi kami adalah nak nak mencari hotel yang murah dan sesuai dengan budget kami bertiga. Scroll punya scroll untuk harga yang affordable, saya tertarik dengan nama Park Regis Singapore ni. Apa lagi, terus lah klik page tersebut. Bukak saja page tu terus nampak book rooms at park regis singapore online. Menarik sangat. Tapi kena lah tanya pandangan sue dan radia juga kan. Mana tau diorang tak berkenan. Pada pandangan kita ok, tapi pada pandangan orang lain? Mungkin tak ok. Nak pergi bercuti sama-sama. Kena lah sepakat sama-sama kan


Bila baca review berkenaan dengan penginapan di Park Regis Singapore ni, semuanya bagi feedback yang positive. Tempat bersih, cantik, ada Swimming Pool, Gym dan yang paling best, dekat dengan MRT Station. Hotel murah tapi kemudahan tip top. Memang rugi lah kalau tak grab kan. Bila usul semua info, Sue and Radia setuju. Jadinya… Kita kena cepat-cepat proceed untuk booking sebab takut fully book. And Finally… salah satu bilik kat Park Regis Singapore tu milik kami. Secara tak langsung peruntukan untuk budget hotel dapat di kurangkan bila dapat harga hotel yang murah. Jadinya… Boleh lah bawa bajet tu untuk benda lain  seperti makanan, cenderamata untuk family dan macam-macam lagi lah.


So guys!! Kalau korang ada plan nak bercuti atau nak backpack dengan kawan-kawan ke Singapore, korang boleh search Park Regis Singapore ni. Tak payah ragu-ragu lah sebab tengok gambar dan bila review pon dah tahu betapa best nya kalau dapat menginap dekat situ. Paling best ada banyak kemudahan dekat area hotel tu. Balik dari jalan-jalan dah penat, dapat baring atas katil hotel yang empuk tu memang nikmat kan. Nak segarkan badan, terjun pula dalam swimming pool. Dah boring mandi swimming pool, boleh exercise dekat Gym.. Penuh aktiviti kan. Memang kena booking cepat-cepat sebab selalu fully book. Kalau lambat memang melepas lah jawabnya.  

You Might Also Like

2 komen

  1. Bestnya ada me time mcm ni kan. Travel dgn geng gugurl

    ReplyDelete
  2. anak dah ramai dan kecik kecik lagi...dapat lepak old town sejam dua dengan kawan kawan pun dah best sangat dah kan...nak bercuti kena dengan famili lah...sebab anak2 takleh tinggal

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page