Resipi Mudah Biskut Chocolate Chip Famous Amos

Friday, April 12, 2019

Allahu… Makin lama makin suram blog ni. Makin lama makin ke laut china selatan mood nak update blog. Maka jadinya… Makin lama makin sikit entry sebulan. Jangan kau tutup terus blog sudah lah yer Pija. Entahlah!!! Dulu bukan main rajin. Ada saja cerita. Sekarang ni jadi pemalas. Bukan tak ada ceritanya. Ada je ni ha. Tapi tu lah. Nak mencari mood dan nak mengarang ayat-ayat puitis tu. Kejap taip kejap padam. Ke sudahnya… Button ‘X’ ku tekan. Ni nak naik kan balik semangat blogging. Sumber side income woihhh!!! Kita mulakan entry bulan April dengan Resipi Mudah Biskut Chocolate Chip Famous Amos.



Maklumlah… Bulan puasa dah nak dekat kan. Dah habis ganti puasa ke tu? Tau sangat korang suka ganti puasa last minute kan. Sama lah kita.. huhu.. Ke tengah sibuk cari resipi untuk buat biskut raya? Siapa yang suka makan biskut Famous Amos tu, boleh lah cuba resipi ni. Tak payah beli lagi dah. Lagi puas hati sebab jimat kos. Yang penting rasanya sangat sedap dan rangup. Macam biskut Famous Amos tu lah. Nah… Salin resipi ni:

Resipi Mudah Biskut Chocolate Chip Famous Amos


Bahan-Bahan A

250 gram marjerin/butter (saya guna pure butter Emborg)
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

* Kacau sebati semua bahan-bahan di atas, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Bahan-Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

* Gaulkan lagi semua bahan dan kacau rata. Dah sebari semua bahan, baru masukkan Chocolat Chip. Boleh juga tambah bahan lain seperti walnut, kismis dan ikut suka hati korang nak tambah apa ☺

Lepas tu sejukkan adunan dalam freezer terlebih dahulu dalam setengah jam sebelum di bakar. Dah cukup setengah jam, boleh lah di bakar. Adunan memang agak lembik sikit. Bakar 20 minit pada suhu 150 darjah dengan api atas bawah. Atau boleh adjust ikut kepanasan oven masing-masing.

Kalau nak ikutkan, banyak versi resipi Chocolate Chip ni. Dari resipi simple sampai lah resipi remeh. Tapi resipi yang ni memang tersangat simple, tersangat senang dan tersangat mudah bahan-bahannya. Kalau korang tak pernah buat biskut pon, boleh try ni. Gerenti jadi. Dan rasanya memang tersangat sedap dan rangup.

Last month saya buat sebab teringat biskut Famous Amos yang sedap tu. Kebetulan bahan-bahan dah ada. Apa lagi, project baking bermula. Saya pakai pure butter Emborg sebab dari pembacaan katanya kalau pakai pure butter rasa nya lagi sedap. Tapi harga agak mahal sikit lah. Memang tak di nafikan lagi. Petang bakar biskut, esok pagi nya dah habis. Sekejapan betul. Rasa tak puas pulak makan sebab banyak di habiskan dek anak-anak.  

Bila buat biskut sendiri ni, bahan-bahan kita boleh letak ikut suka hati. Saya kalau buat memang chocolate chip tu letak banyak. Kebetulan ada kismis dan walnut. Bertambah-tambah bahan nya. Memang sedap sebab ada walnut, kismis dengan chocolate chip kan. Kalau ada budget lebih, sila lah pakai pure butter. Rasanya lain dan tersangat sedap. 


You Might Also Like

2 komen

  1. lepas ni boleh la buat..budak² pun suka makan biskut choclate ni

    ReplyDelete
  2. terjebak baca resepi ni nampak gaya nya kena buat lah ni.. hee~

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive