Bubur Butir Nangka

Friday, May 17, 2019

Tahu makan tapi tak tahu nak buat. Tapi kalau nak buat senang jer sebenarnya. Benda macam ni dah sinonim dengan kita kan. Lagi prefer beli dari buat sendiri. Tapi bila dah teringin sangat tu, memang wajib buat lah kan. Gara-gara tengok IG story @comelcomot_Official yang tengah masak bubur butir nangka ni lah buat selera nak makan butir nangka tu tiba-tiba datang membuak-buak. Sebab rasanya dah lama sangat tak makan bubur Butir Nangka ni. Terus minta resipi dari si comel.


Laaaa… Senang jer nak membuatnya. Kalau tahu senang macam ni dah lama buat kot… hahaha… Alasan sangat. Sebenarnya saya confuse juga, bubur butir nangka ni sama ke dengan bubur badak berendam? Sebab macam lebih kurang sama saja bahan dan cara nak masak. Sebenarnya sama saja. Bezanya Badak berendam ni ada inti kelapa didalamnya. Manakala Butir nangka tak ada inti. Ok.. back to the story, saya pon gigih lah pergi beli tepung pulut dengan daun pandan. Memang tersangat senang. Ini resipi nya:

Resipi Bubur Butir Nangka


Bahan-Bahan Bubur Butir Nangka:

  • 2 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan (kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya)
  • Pewarna hijau (Kalau tak letak pon tak apa) 
  • Garam

*Kalau terlebih rajin nak buat air daun pandan, boleh campur sedikit esen vanilla pada doh ☺

Cara-cara

1) Panaskan air di dalam periuk. Air tu separuh periuk saja.

2) Masukkan tepung dalam bekas, campurkan air daun pandan sedikit demi sedikit dan uli sebati smpai tepung tak melekat pada tangan


3) Bentukkan doh tadi macam biji nangka. Jangan besar sangat. Agak-agak lah.


4) Bila air dalam periuk dah menggelegak, masukkan terus doh ke dalam periuk

5) Doh yang dah masak akan timbul terapung. Boleh angkat dan rendam dalam bekas berisi air suam (kalau kuah belum masak lagi)


Bahan-bahan kuah:
  • Santan pekat (saya pakai sekotak)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Gula melaka dan garam pakai gula biasa pon boleh)
  • Sagu mata ikan (saya tambah ☺)
Cara masak:

1) Satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana. Kacau selalu supaya tidak berketul. 

2) Perasakan dengan garam dan gula. Bila kuah dah menggelegak, boleh tutup api.


Kalau ikut style Pantai Timur, ada campuran halba. Tapi saya tak letak pon. Derhaka pada resipi itu biasa. Malah saya tambah sagu mata ikan bagi nampak cantik dan kuah tu tak nampak kosong. Haaa… gittew konsepnya. Kuah pon saya buat lebih sebab sejenis suka menghirup. Sambil taip sambil terluir. Terbayang kesedapan dan kekenyalan bubur butir nangka. Memang sedap dan puas makan kalau buat sendiri ni. Selamat mencuba ☺

Note: Hari ni nak buat bubur kacang hijau pula ☺




You Might Also Like

0 komen


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page