Kenali Jenis-jenis Ikan Untuk Masakan

Wednesday, January 29, 2020

Masih ramai lagi yang tak tahu dan kenal jenis-jenis ikan kan. Atau bahasa mudah nya nama-nama ikan lah. Makan ikan saja tahu. Tapi nama ikan tak tahu. Saya lah tu antara yang tergolong dalam kumpulan yang tak berapa nak kenal nama/jenis ikan ni. Bukan tak kenal langsung tau. Ikan yang biasa beli tu, tahu lah nama nya. Ada sebahagian saja yang saya tak tahu. Ok lah kan. Daripada tak tahu langsung. Tapi ada saja kot yang tak kenal langsung nama-nama ikan ni.


Tak kira lah lelaki atau perempuan, Kena sama-sama ambil tahu nama-nama ikan ni. Mana tahu kot mertua or bakal mertua nak uji suruh beli ikan kan. Ajak ke pasar bersama-sama. Sekali dia suruh beli ikan sekian-sekian. Kat pasar pula tak letak tag ikan apa. Haaa!!!... Kan dah kena. Jadi nya… Mari lah kita bersama-sama belajar apakah nama-nama ikan ini ye. Masih belum terlambat lagi… Hahaha… Jom Kenali Jenis-jenis Ikan Untuk Masakan.

Ikan ni biasa beli. Masak apa pon sedap.

Jarang beli ikan bawal ni. Sebab harga nya boleh tahan juga. Kalau beli saya selalu buat masak sweet sour. Goreng garing-garing.

Buat goreng sambal berlada sedap ni

Selalu buat masak kari saja. Kalau buat sambal macam keras sikit isinya.

Antara ikan yang selalu beli kalau ada dekat kedai. Sebab sedap sangat. Selalu buat masak sambal. 

Rasa macam tak pernah beli ikan ni. Tau nama tapi tak tau rupa ikan ☺

Ikan siakap ni pon jarang beli. Kalau beli pon mesti beli dekat kedai runcit. Kalau beli dekat supermarket kena siang sendiri. Tak cukup kelengkapan sebab banyak sisik kan.. hehe..

Sedap ikan ni. Tak pernah beli. Selalu makan dekat kedai je. Sedap buat gulai, asam pedas dan kari

1st time kot dengar nama ikan ayam ni. Nampak sangat tak pergi pasar kan. Tak tahu lah pernah rasa ke tak ikan ni. Tau makan saja ☺


Ikan paling stress nak makan. Kalau terambil tu rasa macam nak menyumpah saja. Sebab banyak tulang. Tapi ikan ni sedap. Cuma orang yang penyabar saja boleh makan.. ngeee... 

Ni selalu orang buat ikan masin kan
Tak pernah beli ikan ni. Sebab mahal. Pernah rasa sekali je kot. 

Tak pernah beli ikan ni

Tak pernah beli dan tak pernah makan. Sedap ke? Elok untuk luka kan

Ikan kerisi ni kalau nak beli kena beli yang fresh. Kalau tak fresh tu dia dah lembik sangat. Boleh hancur kalau goreng. Saya suka buat masak taucu kalau beli ikan kerisi ni.

Memang tak beli ikan ni. Ikan banyak tulang juga kan. Buat ikan masin sedap ni. Lepas tu masak gulai nenas ikan terubuk.. Pergghhh...

Biasa juga beli ikan ni

Atau lebih dikenali dengan ikan jaket. 
Macam lebih kurang ikan kembung je rupamya 
Jarang beli ikan sardin. Pernah sekali buat sardin macam sardin dalam tin tu. 

Ikan ni sedap buat masak tempoyak lah kan

Tak pernah beli pon ikan ni

Pertama kali dengar ikan rohu ni. 

Ikan merah pon mahal juga kan. Jarang beli. Kalau teringin saja baru beli. Sedap masak sup

Ok... Dah kenal kan. Ingat tau apa nama ikan-ikan ni. Nanti senang kalau ada yang tanya ikan apa. Ni sebahagian saja. Kalau nak letak semua panjang sangat pula nanti. Sekarang ni pon dah jarang sangat beli ikan. Sebab ikan pon dah mahal lah. Nak nangis rasa tengok harga ikan. Asyik beli ayam saja. Naik bosan dah. Nak kena cari ikan juga ni ☺

You Might Also Like

0 komen


Labels

Instagram